jump to navigation

Apakah Kerana Dia Pengusaha Melayu? December 16, 2009

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
trackback

IB sekadar melontar satu kemungkinan di sini.

Apakah benar bekalan susu dari kilang ini tidak menepati tahap piawainya? Apakah kerana pengusahanya seorang  Melayu (betul ke?) ingin membekal kepada industri yang mungkin dikawal oleh bangsa lain? Apakah peranan kerajaan dalam hal seperti ini?

Telah banyak sebelum ini disebut bahawa sesetengah orang kita yang cuba melakukan pelbagai usaha untuk menembusi pasaran yang dikawal oleh orang lain akhir mereka gagal dan mengalami kerugian yang amat besar.

Ambil contoh industri ternakan ikan. Ramai pengusaha yang cuba tetapi akhirnya kerugian apabila pembeli atau pemborong menekan dan mengenakan pelbagai sekatan yang menyulitkan sehingga akhir mereka terpaksa kerugian samada terpaksa jual dengan harga yang murah atau menanggung kos lebih kerana terpaksa menyimpan bekalan yang semakinhari semakin membesar dan perlu makanan yang semakin banyak.

Penternak ikan tahu bila tempoh yang patut dijual. Jika terlewat maka mereka terpaksa menanggung kos makanan. Ini juga diketahui oleh mereka yang mengawal industri ini, di mana jika mereka tidak beli, penternak terpaksa jual dengan murah atau rugi lebih banyak.

Satu lagi kawalan atau tekanan ialah penternak ini perlukan bahan makanan untuk ikan mereka. Mereka pula kadang-kadang dimainkan pula oleh pembekal bahan ini dan terpaksa mengawal kos untuk menepati harga yang telah juga ditetapkan oleh orang lain.

Bukan sekadar industri ini sahaja, malah pelbagai industri yang cuba diceburi oleh orang Melayu dalam bidang yang dikawal oleh orang lain akhir terpaksa bungkus. Perkara seperti ini diakui oleh pegawai-pegawai yang terlibat dalam pelbagai agensi kerajaan yang terbabit. Cuma apakah kesudahan dan tindakan kerajaan?

Sekian, IB

—————–

75,000 liter susu segar dibuang dalam parit

SYED Muhd. Alwi Abdullah (kiri) bersama pekerja ladang terpaksa membuang 16,500 liter susu lembu segar ke dalam parit kerana pengilang enggan menerima susu tersebut di ladang Fidaf, Muadzam Shah, Pahang, semalam.


ROMPIN 15 Dis. – Sebuah syarikat pengeluar susu lembu tempatan terbesar di Semenanjung menanggung kerugian apabila terpaksa membuang sebanyak 75,000 liter susu segar berikutan keengganan pengilang menerima produknya sejak hampir dua bulan lalu.

Dalam kes terbaru hari ini, syarikat terbabit, First Dairy Farm (M) Sdn. Bhd. (Fidaf) membuang sebanyak 16,500 liter susu segar ke dalam parit di ladang ternakannya di Bandar Muadzam Shah dekat sini.

Berikutan keengganan pengilang menerima susu segar keluaran tempatan itu, syarikat terbabit terpaksa menanggung kerugian hampir RM200,000 sejak pertengahan bulan lalu.

Pengarah Urusan Fidaf, Datuk Syed Muhd. Alwi Abdullah mendakwa, keengganan pengilang menerima susu segar keluaran tempatan kerana harganya dikatakan lebih mahal berbanding susu segar import dari Australia dan New Zealand pada masa ini.

”Keadaan ini amat membimbangkan kita kerana ia boleh menjejaskan industri pengeluaran susu segar tempatan apabila pengilang lebih berminat untuk membeli susu segar import yang lebih murah.

”Dengan teknologi pengeluaran susu yang kita miliki, kita tidak mampu menawarkan harga yang lebih rendah daripada RM2.50 seliter berbanding susu segar import,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas membuang sebanyak 16,500 liter susu segar di sebatang parit di ladangnya di Muadzam Shah hari ini.

Fidaf yang diwujudkan di bawah Ministry Of Agriculture Incorporated (MOA Inc.) pada tahun lalu, dibangunkan di kawasan seluas 920 hektar dan kini mempunyai 1,600 ekor lembu susu.

Fidaf kini mengeluarkan kira-kira 6,000 liter susu segar sehari kepada tiga pengilang terkemuka di negara ini.

Syed Muhd. Alwi menegaskan, bagi menangani masalah kesukaran susu tempatan memasuki pasaran, kerajaan menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani perlu campur tangan dengan mengkaji semula permit import (AP) yang dikeluarkan kepada pengilang.

Menerusi kajian semula itu, katanya, kerajaan perlu menilai semula kuota pengimportan susu segar import berdasarkan kadar tertentu supaya produk tempatan dapat terus bersaing di pasaran.

”Saya sedang menyiapkan surat berhubung kajian terhadap permit import untuk diserahkan kepada kerajaan dalam tempoh terdekat ini,” katanya.

Comments»

1. mietawar - December 16, 2009

Dulu FAMA ada program memasarkan susu keluaran tempatan dan dihantar nya ke Singapura, program itu amat berjaya. Selepas itu pihak DVS telah mengambil alih pemasaran susu keluaran tempatan , ini lah akibat nya.
Buat lah bising kat dada media agar kerajaan UBN terpaksa ambil tindakan.

2. suratkhabarlama - December 21, 2009

Salam,

Datuk Alwi sebenarnya bukannya bangsa Melayu..tetapi bangsa India yang memeluk Islam.

Susu beliau sememangnya tidak menepati piawai kerana kandungan kuman yang terlampau tinggi sehingga jika dicairkan sebanyak 2 kali susu tersebut, tahap kandungan kuman dalam susu beliau masih tinggi lagi.

Bekalan susu segar tempatan ke kilang sememangnya tidak cukup dan sepatutnya beliau tidak ada masalah untuk menjualnya terus ke kilang tetapi kilang tidak boleh berkompromi mengenai kualiti susu yang mereka terima.

Tidak ada sentimen bangsa di sini. Pihak yang perlu disalahkan ialah beliau sendiri kerana tidak menjaga kualiti susu beliau sendiri.

Wallahualam bissawab.

3. ibrahimbaba - December 21, 2009

Komen diterima melalui emel (Bxxx AbuBakar )

Salam,
Cukup menghibakan melihat susu dilambakkan ke parit. Begitu ramai rakyat miskin dan mungkin kebuluran sekarang ini di mana-mana. Tidak adakah usaha untuk mengagihkan susu tersebut kepada rakyat miskin diluar bandar sebelum dicurahkan begitu?
Ada benarnya juga mereka mungkin disabotaj. Namun, bukankah yang menguasai pentadbiran negara kita adalah orang Melayu juga? Apakah kita perlu bertanya: Apakah Kerana Dia Pentadbir Melayu? Elok juga kita meneroka jalan penyelesaian isu-isu seperti ini dengan merenung ke dalam diri kita sendiri sebagai orang Melayu.
” Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri.”


Leave a comment