jump to navigation

Lebih 100 NGO Islam Bantah Kenyataan Nazri dan Keputusan Kabinet April 25, 2009

Posted by ibrahimbaba in akhbar, Anti-Islam, Islam, Kehakiman, Kerajaan.
Tags: , , , , ,
3 comments

dipetik dari http://membelaislam.wordpress.com/Lebih 100 NGO Islam Bantah Kenyataan Nazri dan Keputusan Kabinet

di antara wakil NGO Islam yang hadir untuk sidang media pagi tadi

di antara wakil NGO Islam yang hadir untuk sidang media pagi tadi

Lebih 100 NGO-NGO Islam mengeluarkan kenyataan bersama membantah kenyataan Dato’ Seri Nazri Abdul Aziz dan keputusan kabinet dalam kes Mohd Ridhuan Abdullah lwn M. Indra Ghandi. Satu sidang akhbar telah diadakan di pejabat Persatuan Peguam Syar’ie Malaysia pagi tadi. Berikut adalah kenyataan media bersama mereka:

Isu ini bermula daripada sebuah konflik keluarga yang menyaksikan sebuah keluarga telah terpecah. Dalam situasi sebegitu, kami berpandangan bahawa kepentinga, hak dan kebajikan semua pihak iaitu anak-anak, ibu dan bapa perlu diambil-berat dan diutamakan. Kes seumpaman ini menjadi lebih kompleks kerana ia turut melibatkan elemen pertukran agama yang terkait dengan soal isu pertukaran agama, bidangkuasa berkaitan Islam dan Mahkamah Syariah.

Kami menegaskan apa-apa cadangan perubahan yang berkaitan mesti mengambil-kira undang-undang yang sedia ada dan pendangan semua pihak yang berkenaan. Proses ini harus melibatkan perbincangan yang menyeluruh dan lengkap serta tidak terlalu reaktif kepada tekanan mana-mana pihak. Jika tidak, adalah dibimbangi keputusan atau cadangan perubahan yang dikemukakan akan tetap gagal berlaku adil kepada semua pihak yang terlibat. Sebagai contohnya, kami tidak bersetuju dengan keputusan kabinet yang menetapkan agama anak-anak adalah berdasarkan agama asal perkahwinan kerana ini akan menafikan hak pihak yang memeluk Islam.

Mengambilkira sensitiviti yang tinggi berkaitan dengan kes-kes seumpaman ini, kami menyeru semua pihak untuk menangani isu ini secara bersama dan saksama. Kami pertubuhan-pertubuhan Islam sekali lagi menyatakan kesediaan kami untuk turut terlibat dalam proses ini.

Ulasan-ulasan lanjut akan disusuli di blog ini nanti. [http://membelaislam.wordpress.com/] InshaAllah.

di antara wakil media yang hadirdi antara wakil media yang hadir

Siapa PM? Mahathir atau Najib? April 24, 2009

Posted by ibrahimbaba in Kerajaan, Mahathir, politik, Uncategorized.
Tags: , ,
2 comments

dari Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 24 April (Hrkh) –“Seolah-olah macam dia Perdana Menteri pula sekarang ini.”

Demikian pandangan yang dikemukakan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa kepada Harakahdaily dalam satu wawancara semalam.

Menurutnya, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini dilihat mempunyai pengaruh ke atas Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

“Saya melihat unsur mempengaruhi itu ada dalam kabinet Najib ini.Mutakhir ini saya tengok makin banyak kelibat Tun Mahathir di atas pentas.

“Dia juga buat kenyataan dalam akhbar, hadir dalam program-program besar kerajaan dan mendapat liputan yang agak menyerlah di dalam media.Seolah-olah macam dia (Mahathir) pula PM sekarang ini,”jelasnya.

Dalam pada itu, Nasharuddin dalam mengulas mengenai kabinet ‘Mesra Rakyat’ yang dibentuk Najib menjelaskan, memang wujud pertikaian terhadap anggota kabinet yang dilantik.

“Berkenaan kabinet mesra rakyat,bagi saya ada lagi yang boleh dipertikaikan terutamanya pelantikan mereka yang telah ditolak oleh rakyat, dalam kabinet hari ini mereka bukan sahaja ditolak oleh parti tetapi rakyat.

“Tanpa saya menyebut nama sesiapa pun menteri atau timbalan menteri, kita semua sudah mengenai hal tersebut.Ada di kalangan menteri atau timbalan menteri yang dilantik itu yang menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat,”jelasnya lagi.

Tambahnya, memang tidak dapat dinafikan bahawa ada perubahan yang mahu atau cuba dibuat oleh Najib dalam peringkat awal pemerintahannya.

“Tetapi saya rasa masih terlalu awal untuk dinilai sama ada positif atau sebaliknya perubahan yang cuba diusahakan Najib,”tegasnya. – mks.

(Ikuti wawancara sepenuhnya dalam Harakah cetak akan datang) _

<!––>

<!– .style3 { font-family: Arial, Helvetica, sans-serif; font-size: 11px; color: #CC0000; } .style4 { font-family: Arial, Helvetica, sans-serif; font-size: 12px; font-weight: bold; color: #2B6BAC; } #adlist { padding-left: 15px; margin-left: 10px; border-bottom: 1px solid gray; width: 510px; } #adlist li { margin: 0; padding: 0.25em; list-style-type: square; font: Arial; font-size: 11px; font-weight: bold; font-color: #2B6BAC; color: #2B6BAC; } #adlist li a { text-decoration: none; } #adlist li a:link { color: #2B6BAC; } #adlist li a:visited { color: gray; } .style6 {color: #3333FF} .style7 { font-size: 11px; font-family: Arial, Helvetica, sans-serif; color: #2B6BAC; } –>

Krisis politik Terengganu menghala ke arah pembubaran Dun? April 23, 2009

Posted by ibrahimbaba in Kerajaan, Kuala Terengganu, Melayu, politik, UMNO.
Tags: , , , , ,
add a comment

dipetik dari Harakahdaily

BESUT, 23 April (Hrkh) – Mungkinkah krisis politik yang melanda Terengganu sekarang akan membawa kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun).

Ia dianggap sebagai langkah selamat bagi meredakan keadaan.

Teori itu boleh menjadi kenyataan sekiranya Dato’ Ahmad Said digugurkan sebagai pengerusi Perhubungan Umno Terengganu. Ahmad tentunya tidak akan mudah menyerah kalah.

Apa yang berlaku di negeri minyak tersebut hampir serupa dengan situasi di Perak apabila Menteri Besar cuba disingkirkan.

Biar apa pun krisis politik dalaman Umno Terengganu mungkin tambah membesar esok.

Pengumuman siapa dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Negeri akan menentukan pemenang di antara Ahmad atau Dato’ Seri Idris Jusoh.

Atau kedua-duanya terpinggir. Mungkin juga tokoh baru akan muncul dari kalangan 22 Adun Barisan Nasional (BN yang ada sekarang.

Sekiranya telahan itu menjadi kenyataan selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno esok, Terengganu sudah pasti akan mendapat Menteri Besar yang baru tidak lama lagi.

Kedudukan Ahmad sudah goyang ekoran 10 Adun BN yang pro Idris memulaukan persidangan Dun baru-baru ini.

Dan keadaan tambah celaru apabila tiga rakan mereka dikatakan menerima ugutan bunuh melalui SMS yang hantar seorang individu.

SMS tersebut dikatakan sebagai tindak balas memandangkan ada hasrat Adun terbabit membawa usul undi tidak percaya terhadap Ahmad di persidangan Dun baru-baru ini.

Manakala Idris pula tidak disenangi pihak istana biar pun menang sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno pada perhimpunan Mac lalu.

Anggota Parlimen Machang, Saifuddin Nasition Ismail berkata, Terengganu hampir pasti akan mendapat menteri besar baru selepas Mei ini sekiranya Ahmad tidak dilantik semula sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Negeri.

“Mungkin muka baru dari kalangan Adun BN akan dilantik ke jawatan tersebut.

“Adun yang akan dilantik nanti boleh jadi bukan lagi Ahmad dan Idris sebaliknya salah seorang daripada 22 Adun BN,” katanya pada ceramah di Markaz PAS Dun Hulu Besut di Kampung Lubok Kawah, malam tadi.

Bagaimanapun katanya adakah Ahmad akan menyerah kalah begitu sahaja tanpa menggunakan kuasa membawa ke arah pembubaran Dun.

Spekulasi pertukaran jawatan menteri besar bertiup kencang di Terengganu ekoran krisis perebutan kuasa di antara Idris dan Ahmad.

Ahmad dilantik sebagai menteri besar selepas pilihan raya umum ke-12 Mac tahun lalu memandangkan pihak istana tidak berkenan kepada Idris.

Saifuddin yang juga Pengarah Strategik KeADILan berkata, pemulauan 10 Adun BN pada persidangan Dun baru-baru ini menyebabkan lapan Adun PAS menguasai keadaan.

“Selepas Tuan Guru Abdul Hadi berucap, Dr Syed Azman pula bangun diikuti Haji Wahid Endut, Ustaz Harun Taib dan lain-lain lagi Adun PAS,” katanya.

Krisis kepemimpinan kerajaan Terengganu terus berlarutan apabila Adun pro Idris mendesak Ahmad meletak jawatan kerana mereka mendakwa memperolehi sokongan 18 Adun BN.

Ahmad sebelum ini pernah mengugut akan memecat mana-mana Adun yang membawa usul undi tidak percaya terhadapnya. – mj _

Ada Astro – Tiada Bantuan Kebajikan April 22, 2009

Posted by ibrahimbaba in akhbar, masalah sosial, sosial.
Tags: , , ,
1 comment so far

IB setuju untuk batalkan bantuan dari Jabatan Kebajikan jika mereka melanggani Astro. Sebahagian dari apa yang dilaporkan oleh NST (di bawah) disokong oleh IB.

Jika mereka mampu untuk melanggani Astro – kenapa perlu bantuan kebajikan dihulurkan.

IB amat hairan ramai dari rakyat Malaysia yang tergila melanggani Astro walhal kemampuan kewangan mereka tidak mengizinkan. Lebih banyak lagi keperluan lain untuk keluarga yang perlu didahului tetapi mereka tetap melanggani Astro.

Bayangkan berapa buah buku dapat dibeli dari yuran langganan setahun Astro. Berapa banyak keperluan persekolahan anak-anak mereka dapat dipenuhi jika tidak dihabiskan kepada langganan Astro? Berapa tin susu anak dapat dibeli untuk nilai langganan Astro setiap bulan?

IB sedih, apabila melawat kawasan-kawasan pendalaman serta melihat kawasan-kawasan setinggan, mahu pun di perumahan kos rendah yang dipenuhi dengan cakera satelit Astro. Di manakah keutamaa mereka?

Semasa IB menuntut di luar negara dahulu, IB dapati masih ramai dari kalangan masyarakat mereka yang sekadar menonton TV saluran-saluran percuma dan tidak melanggani “cable TV”.

Namun, mungkin Jabatan Kebajikan perlu memperhalusi kriteria dan syarat untuk dilaksanakan agar mereka ini tidak pula dianiayai. Mungkin kes seperti di bawah ini perlu dipertimbangankan dengan wajarnya.

Sekian, IB

Laporan NST:
Got Astro or TV? Sorry, no welfare aid for you

KUALA LUMPUR: The words “disabled, Astro” and “aid” cannot occur in the same sentence, as far as the Welfare Department is concerned.

The department bars the disabled from getting welfare aid if they have Astro or a television set at home.

The rule applies even if one lives in someone else’s house, temporarily or otherwise.

S. Karupanan, 73, found this out the hard way three months ago when the department cut the RM200 aid to him as he was temporarily staying in a house which “had Astro service”.

The department had paid for surgery on one knee and promised to underwrite the cost of the operation on the other knee.
But while awaiting the second surgery, he moved into his daughter’s house and his troubles began.

Welfare officers who came to visit him saw red when they chanced upon the Astro connection and immediately withdrew the aid.

For K. Shanmugam, 51, who applied for welfare assistance in 2005 on becoming paralysed, it has been a string of “no’s” from the department for aid.

His mistake, he believes, was his honest reply when asked if he had a television set and Astro at home.

“That’s the first question they asked. When I said I had both, they immediately said that I was not eligible for assistance as there were others poorer than me.”

The former crane driver, who was earning RM2,000 in Singapore when a motorcycle accident four years ago left him paralysed, was baffled by the department’s decision.

He said that the bills of the family of six were paid by relatives who realised that he only had Astro to keep him company when the children were out of the house.

“I cannot work. The only pleasure in my life now is the Astro service,” he said.

Another extreme case is that of a a disabled 40-year-old, paralysed from the neck downwards, who lives with her partly-paralysed mother.

The disabled woman, who declined to be identified, decided against applying for an Astro connection after being warned by a welfare officer that they would cut aid to them if she did so.

What she cannot understand is why they would do so as Astro was the “only” company she and her mother could have at home.

“We cannot leave our house and we live on donations and welfare aid. What’s wrong if some people who sympathise want to get us an Astro connection?”

Welfare director-general Datuk Meme Zainal Rashid could not be reached for comment.

Awie (Wings) Hina Islam April 20, 2009

Posted by ibrahimbaba in Anti-Islam, Islam, masalah sosial, Melayu.
Tags: , , , ,
18 comments

Malam tadi dalam rancangan Mentor TV3, Awie dikatakan menghina Islam dengan mengeluar kata-kata bahawa penyanyi Rock adalah ahli syurga.

Oleh kerana IB tidak menonton sendiri dan hanya sekadar menerima panggilan telefon seorang rakan yang menonton, IB tidak dapat dengan pasti apa yang diperkatakan oleh Awie. Namun, jika benar apa yang disebut oleh Awie disiarkan oleh TV3, maka pihak yang bertanggung jawab wajar mengambil tindakan.

TV3 pula sepatutnya menapis agar kata-kata seperti itu tidak keluar dan disiar kepada penonton. IB tidak pasti samada itu rancangan ‘live” atau yang dirakamkan. Kalau ianya suatu rakaman, maka sudah pasti TV3 mampu untuk “censor” jika mereka mahu. Melepaskannya tanpa dicensor menunjukkan TV3 tidak prihatin sensitiviti hukum-hakam Islam.

Sekian, IB

Kelab Penyokong BN Memperakui Kejahatan Mereka Selama Ini April 19, 2009

Posted by ibrahimbaba in Kerajaan, Kuala Terengganu, politik, UMNO.
Tags: , , , ,
add a comment

Akhirnya mereka sendiri memperakui kejahatan yang selalu mereka lakukan selama ini. Cuma bezanya kali ini ialah mereka lakukan terhadap sesama mereka dari puak yang berlawanan dengan mereka.Selalunya yang menjadi mangsa ialah parti lawan atau orang awam yang dituduh menjadi penyokong parti lain dari mereka.

Kali ini Kelab Penyokong BN Terengganu telah membuka pekung mereka sendiri apabila menuduh puak Ahmad Said yang memerintah bertindak jahat dengan memecat serta menukar mana-mana pegawai kerajaan dan GLC Terengganu yang tidak bersama puak mereka atau yang menyebelahi puak lawan mereka dalam parti yang sama. Termasuk dalam tindakan jahat dikatakan juga sesetengah mereka ini ada yang kena turun pangkat.

Laporan The Star hari ini menceritakan semua ini. Antaranya:

“… drastic step of removing, demoting and redesignating senior officers of state-linked companies and agencies …”

“… Ahmad’s decision to stop the uniform aid to schoolchildren”

hinggakan amaran bunuh!

“… were also upset when three of their peers received death threats purportedly originating from the Mentri Besar’s office …”

Mana satu yang benar? Kalau pejabat MB nafikan bermakna 3 yang menerima amaran tersebut berBOHONG!

Sekian, IB

The Star, Sunday April 19, 2009

MB failed to explain raft of changes, says club

KUALA TERENGGANU: Mentri Besar Datuk Ahmad Said’s failure to explain his drastic step of removing, demoting and redesignating senior officers of state-linked companies and agencies may be one reason for his fallout with the 10 Barisan Nasional assemblymen.

Another reason, claimed the Terengganu Barisan Nasional Supporters Club, was Ahmad’s decision to stop the uniform aid to schoolchildren.

Club secretary Alias Abdullah said what Ahmad did sowed resentment on the ground.

“I don’t think ties would have soured if the Mentri Besar had briefed the state assemblymen properly on the reasons for his actions,” said Alias, who is also the Alur Limbat assemblyman.

Ahmad had earlier removed and re-designated many state senior officers. They included chief executive officers of state-owned companies, while several top government officials felt that they had been demoted when they were re-assigned to head less important agencies.

Alias said the assemblymen were also caught in a bind when they could not explain why some aid to the constituents were stopped.

He claimed that Ahmad ignored the difficult situation of the state assemblymen.

Alias said the 10 assemblymen were also upset when three of their peers received death threats purportedly originating from the Mentri Besar’s office, leading them to stay away from the second day of State Legislative Assembly proceedings.

In another development, state police chief Senior Asst Comm Datuk Sukhri Dahlan said investigations into the death threats were still in progress.

Najib sakit hati bila ada pilihan raya kecil April 19, 2009

Posted by ibrahimbaba in Kerajaan, politik, Uncategorized.
Tags: , ,
add a comment

dipetik dari Harakahdaily

Bila dimaklumkan kemungkinan akan berlaku pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti di Pulau Pinang, ramai yang mula bersungut keletihan. Malah setengahnya pula menyalahkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana tidak berhati-hati mengambil calon semasa pilihan raya umum lalu.

Apakah PKR hanya menyediakan calon bidang terjun kerana keghairahan mahu kerusi lebih apabila mengadakan perundingan dengan parti lain iatu PAS dan DAP? Apakah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kepercayaan terhadap kelayakan calonnya yang lain sehingga gagal mengemukakan mereka yang sesuai mengisi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1.

Apakah tidak ada jalan penyelesaian sehingga bekas Timbalan Ketua itu, Mohammad Fairus terpaksa meletakkan jawatan sebagai Ahli Dun, Penanti? Kalau dalam isu Elizebeth Wong, PKR dapat mengatasi supaya tidak berlaku pilihan raya kecil kenapa tidak di Penanti.

Banyak persoalan berlegar disebabkan kegagalan Anwar sendiri? Bagaimanapun persoalan tersebut boleh menjadi kabur bila mendengar rintihan dan keluhan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersungut tentang pilihan raya kecil yang terlalu terlalu banyak buang masa, tenaga dan wang ringgit dibelanjakan.

Kenyataan Najib mula mendedahkan bahawa Barisan Nasional (BN) sudah tidak mampu menyekat kemaraan pakatan rakyat. BN hanya menunggu masa mahu tumbang.

Hilang segala keletihan maka timbul semangat untuk terus beriltizam membangkit suasana politik yang sentiasa panas secara tidak langsung memingkatkan kesedaran rakyat tentang arus politik perdana sehingga melahirkan hilang kepercayaan kepada BN untuk terus memerintah negara.

Bercakap kepada pemberita di Klang, Najib berkata, keputusan yang dibuat oleh Fairus, adalah satu keputusan politik.

“Terlalu banyak masa, tenaga, wang ringgit dibelanjakan untuk pilihan raya kecil yang tidak perlu sebenarnya,” katanya selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian China Malaysia di sini, semalam.

Najib mula terseksa dan perit akibat tekanan daripada empat kekalahan dalam pilihan raya kecil selepas pilihan raya umum Mac 2008. Bermula pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh diikuti Parlimen Kuala Terengganu dan Bukit Gantang serta Dun Bukit Selambau.

Pakatan rakyat mengekalkan tiga kerusi di Parlimen Permatang Pauh dan Bukit Gantang serta Dun Bukit Selambau manakala Parlimen Kuala Terengganu yang dimenangi Umno dalam pilihan raya umum Mac 2008 dirampas oleh PAS. Percapaian BN kali ini hanya dapat mempertahankan satu kerusi Dun Batang Ai di Sarawak.

Mengapa Najib mula merintih dan mengeluh sedangkan beliau beria-ia sangat mahu merampas kerajaan dan kerusi yang dimenangi pakatan rakyat. Najib juga berkata lebih baik menumpukan ekonomi dan menyifatkan perletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti sebagai satu mainan politik untuk tujuan-tujuan tertentu.

Perkembangan politik bagi BN juga menunjukkan amat berbeza dengan masa dahulu dimana BN amat berminat dengan pilihan raya kecil kerana sering menang. Sebaliknya sekarang ia bertukar wajah dan amat berbeza untuk dihadapi Najib.

Terdapat dua perkara utama yang menyakitkan hati Najib tentang pilihan raya kecil. Pertama ia mendedahkan kelemahan BN dan kedua ia menyusutkan wang kerajaan. Walaupun terdapat banyak alasan yang boleh dihuraikan tetapi memadai untuk membincangkan dua perkara pokok yang menjadi Najib gundah gulana.

Sebagai parti memerintah, BN tidak mahu mendedahkan keadaannya yang sedang nazak politik kerana ia boleh menjatuhkan kredibiliti pemerintah. Sekiranya suasana pilihan raya kecil berterusan dan Umno mengalami kekalahan berpanjangan maka akan wujud hilang keyakinan kepada kerajaan.

Keadaan ini mengwujudkan saling tuduh menuduh dalam BN yang boleh menambah parah perpecahan dan hilang keyakinan dengan Umno sebagai parti tunjang BN. Umno juga dilihat sudah tidak mampu memenangi hati rakyat dan hanya menunggu masa untuk jatuh. Maka kebergantungan kepada BN sudah tidak relevan lagi.

Namun begitu perkara yang paling sukar bagi Najib dalam menghadapi dilema itu ialah soal kewangan. Setiap kali pilihan raya umum dan kecil, BN menggunakan jentera kerajaan. Dalam pilihan raya kecil di Parlimen Kuala Terengganu, sebanyak RM15.153 juga dibelanjakan untuk operasi polis di situ sahaja.

Perbelanjaan tersebut hanya operasi polis sahaja belum termasuk jabatan lain dan tuntutan menteri serta pegawai kerajaan bila turun di program rasmi kerajaan. Bagaimana pula dengan projek yang disifatkan Najib `projek mee segera�. Sudah tentu melibatkan wang jutaan ringgit.

Dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Kerajaan BN memberi enjin bot percuma dan wang sebanyak RM600 seorang kepada golongan nelayan di Kuala Sepetang. Pengundi di Changkat Jering pula dapat basikal percuma dan wang RM400 seorang.

Bagaimana pula dengan wang petugas BN? Terdapat laporan semua wang petugas dikebas oleh pemimpin setempat Umno maka petugas bawahan tidak dapat merasa duit yang dikatakan upah kerja pilihan raya.

Itu cuma sebahagian kecil daripada laporan bagaimana wang dibelanjakan kerajaan BN dalam pilihan raya. Boleh dibayangkan jutaan ringgit wang kerajaan dibelanjakan bagi hanya satu pilihan raya kecil.

Namun begitu yang menjadi pelik kepada Umno makin banyak wang dicurah BN makin kalah. Inilah perkara yang sukar diterima oleh Najib. Bagi Najib, ia sudah hilang kepercayaan kepada rakyat.

Bagaimanapun harus juga disedari oleh PKR jika parti tersebut sengaja mengundang berlakunya pilihan raya kecil secara berterusan ia amat dibimbangi boleh menampah kebencian rakyat akan lahir kebosanan akibat kegagalan PKR menyediakan calon yang baik. _

Dewan tidak boleh bubar sendiri – Dr Aziz Bari April 19, 2009

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
add a comment

dipetik dari Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 18 April (Hrkh) – Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak akan terbubar dengan sendirinya jika ia tidak bersidang dalam masa enam bulan, demikian dijelaskan oleh Profesor Dr Abdul Aziz Bari. Beliau diminta mengulas mengenai tindakan terburu-buru setengah pihak untuk mengadakan sidang DUN Perak.

Katanya, peruntukan yang berkenaan ialah 36 Perlembagaan Negeri Perak. Peruntukan yang sama ada di dalam Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan.

Aziz berkata peruntukan yang sama juga ada di semua negeri yang lain.

“Apa yang penting di bawah peruntukan ini ialah bahawa menjadi tanggung jawab Agong atau Sultan atau Yang diPertua Negeri untuk memanggil sidang sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh enam bulan,” jelasnya. Peruntukan ini tidak menyatakan dewan terbubar jika ia tidak bersidang langsung selama enam bulan.

Aziz berpendapat dengan adanya peruntukan itu kerajaan yang memerintah tidak boleh lari atau mengelak dari ditanya mengenai dasar-dasar dan tindakannya oleh ahli-ahli dewan.

“Ia berkait rapat dengan kerajaan yang bertanggung jawab kepada dewan yang menjadi asas kepada undi tidak percaya itu,” tambahnya.

Pakar perlembagaan itu berkata Dewan Negeri dan Dewan Rakyat hanya bubar secara automatik lima tahun selepas ia bersidang buat kali pertama selepas pilihan raya umum.

“Ini disebut oleh Perkara 55(3) Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 36(3) Perlembagaan Negeri Perak,’ jelas beliau.

Apa yang menarik ialah ada di kalangan peguam sendiri yang menganggap dewan terbubar secara automatik jika tidak bersidang langsung dalam tempoh enam bulan.

Aziz berkata pandangan itu mungkin menjadi sebab mengapa kebelakangan ini timbul banyak keputusan yang ganjil dan tidak selaras dengan perlembagaan.

“Semacam ada usaha halus untuk mengelakkan berlakunya pilihan raya.

Ini tidak logik dan tidak masuk akal kerana macam-macam boleh berlaku. Siapa yang boleh menyekat kematian atau orang disabitkan di mahkamah?” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak 17 April lalu, menyatakan bahawa pilihan raya kecil Dun Penanti ekoran perletakan jawatan bekas Timbalan Menteri Pulau Pinang tidak perlu kerana ia membuang masa dan wang negara.

Sebelum itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang pada mulanya begitu laju menyiasat dan dikatakan akan mendakwa bekas timbalan itu tiba-tiba mengambil sikap melambat-lambatkan keputusan siasatan. – tmj_

Mahkamah bertindak di luar kuasa atau ‘ultra vires’ – Dr Aziz Bari April 19, 2009

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
add a comment

dipetik dari Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 18 April (Hrkh) – Meskipun keputusan mahkamah mengisytiharkan tindakan Speaker DUN Perak menggantung Dato Dr Zambry Kadir mengecewakan banyak pihak, ia terpaksa diterima.

Demikian kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika diminta mengulas keputusan mahkamah tertinggi negara pada 16 April lalu. Dalam keputusan lisannya mahkamah membuat keputusan sebulat suara. Ketika menyampaikan keputusan itu Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Sherif memutuskan bahawa Speaker V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa berbuat demikian.

Aziz berkata, perlembagaan – baik negeri maupun persekutuan – tidak menyatakan dengan jelas kuasa-kuasa speaker dan selama ini undang-undang dan amalan yang ada baik di Malaysia dan seluruh Komanwel ialah ia tertakluk kepada budi bicara speaker dan ini dipandu oleh ‘Standing Orders’ atau peraturan dewan. Ini mempunyai asas di dalam perlembagaan dan kuasa mentafsir ‘Standing Orders’ itu ialah kuasa mutlak speaker.

“Saya tidak tahu apakah asas Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan tindakan Speaker DUN tidak sah. Dari mana mahkamah mendapat kuasa berbuat demikian?” soal profesor undang-undang itu.

Aziz berkata apa yang jelas ialah perlembagaan tidak membenarkan mahkamah mencampuri urusan dan prosiding dewan. Katanya ini dinyatakan dengan jelas oleh Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 72; khususnya 72(1) yang dengan jelas menyebut bahawa “Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah”.

Dengan itu, Aziz berpendapat, mahkamah telah bertindak di luar kuasa atau ‘ultra vires’.

Ditanya mengenai Perkara 63 Perlembagaan Negeri Perak beliau berkata: “Peruntukan itu hanya memberi kuasa kepada Mahkamah Persekutuan untuk mentafsir perlembagaan negeri. Peruntukan ini tidak memberi lesen kepada mahkamah untuk berbuat sesuka hati dan membelakangkan perlembagaan.”

Beliau bersetuju dengan pandangan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk NH Chan yang mengkritik keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai isu tersebut.

Mengenai soal pembahagian kuasa (separation of powers) pula Aziz mendedahkan Mahkamah Persekutuan memang masih kabur tentang konsep itu. Katanya, “Sesiapa yang tak percaya sila baca keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Kok Wah Kuan (2008) yang menangani isu berkenaan”.

Aziz menyeru Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Azmi sebagai ketua badan kehakiman mengambil perhatian dan memberi penghakiman muktamad mengenai isu pemisahan kuasa yang menjadi idea pokok dalam konflik undang-undang mengenai kuasa speaker itu.

Aziz berkata kekaburan dan kekeliruan itu menyebabkan mahkamah terlalu menumpukan kepada isu-isu teknikal dan prosedur yang sepatutnya dibaca dalam konteks teori tadi. Beliau berharap Mahkamah Persekutuan mengeluarkan keputusan bertulis secepat mungkin supaya kita dapat mengetahui asas keputusannya.

“Setakat ini ia masih kabur dan kalau kita melihat isu ini dalam konteks pemisahan kuasa yang menjadi tunjang kepada perlembagaan itu keputusan itu adalah keputusan yang salah”.

Bagaimanapun, oleh kerana Mahkamah Persekutuan adalah mahkamah paling tinggi yang sekaligus memainkan peranan mahkamah perlembagaan maka isu itu terhenti di situ. Aziz berkata terpulang kepada ahli-ahli politik untuk menjelaskan kepada rakyat isu yang sulit dan kontroversial ini.

“Merekalah hakim yang sebenar dalam kemelut politik di Perak. Apa yang malang ialah semua institusi yang sepatutya mempertahankan perlembagaan gagal berbuat demikian,” ujarnya.

Sebelum ini tokoh-tokoh dan NGO tertentu seperti Datuk Param Coomaraswamy (bekas Presiden Majlis Peguam), Prof. Dr Shad Faruqi dan ALIRAN meragui keberkesanan penyelesaian melalui jalan mahkamah.- tmj_

Zambry dan enam Adun BN tidak boleh hadiri sidang Dun Perak April 18, 2009

Posted by ibrahimbaba in akhbar, Kehakiman, Kerajaan, Melayu, Perak, politik, UMNO.
2 comments

oleh Mohamed Hanipa Maidin dipetik dari Harakahdaily

Saya sedar ramai yang ingin tahu kesan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu yang memutuskan bahawa keputusan V.Sivakumar, Speaker Perak menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya hadir di Dun Perak selama 18 bulan dan 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

Ramai yang bertanya saya adakah keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam exconya kini boleh menghadiri sidang Dun Perak?

Jika kita melihat kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar pro-Umno seperti Utusan Malaysia (17.4.2009) mereka dengan tidak bertanggungjawab menyatakan bahawa Zambry dan enam exconya kini dibenarkan menghadiri sidang Dun Perak yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.

Sebagai salah seorang peguam yang terlibat dalam kes tersebut, saya menasihati rakyat agar tidak terkeliru dengan kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar Umno tersebut. Banyak yang mereka sembunyikan dan tidak jelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Mahkamah Persekutuan pada tarikh tersebut.

Marilah kita mulakan dengan melihat apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya di dalam saman yang mereka kemukakan ke atas Sivakumar di Mahkamah Tinggi dan kemudiannya didengar di Mahkamah Persekutuan.

Sebenarnya Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja. Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:

Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan.

Kedua, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah

Itu sahaja dua perintah yang Mahkamah Persekutuan benarkan pada 16 April lalu. Tidak lebih dari itu. Apa sahaja kenyataan dari peguam Umno selain dari dua perintah tersebut bukanlah perintah Mahkamah sebaliknya adalah kenyataan mereka yang tidak berasas.

Memandangkan Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua perintah di atas, adalah jelas Mahkamah tidak membenarkan lapan (8) perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar.

Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan? Mari sama-sama kita saksikan lapan perintah yang TIDAK DIBENARKAN tersebut.

Meskipun peguam Umno berhempas pulas dan bermati-matian berhujah, Mahkamah Persekutuan TIDAK MEMBENARKAN perintah-perintah berikut:

1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.

3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.

5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.

6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak.

7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009.

8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.

Sekali lagi saya ingin tegaskan di sini bahawa lapan perintah di atas yang Zambry dan enam exconya pohon TIDAK DIBENARKAN oleh Mahkamah Persekutuan.

Atas dasar itu jika peguam Umno atau akhbar pro-Umno mengatakan bahawa Zambry dan enam exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak, jelas kenyataan itu bukan datang dari mana-mana perintah Mahkamah sebaliknya ianya hanya kenyataan tidak berasas dari peguam Umno dan akhbar mereka.

Kenyataan tersebut tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi undang-undang. Rakyat tidak perlu melayan kata-kata mereka yang dibuai khayalan tersebut.

Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya.

Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang Dun Perak.

Saya harap penjelasan di atas sedikit sebanyak dapat menjelaskan bahawa apa yang Umno kata di media massa adalah tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku.

Sivakumar masih Speaker dan beliau masih berbisa. Jika Umno terus mengeluarkan kenyataan mengelirukan tidak mustahil mereka mungkin akan dipatuk oleh Sivakumar dan saya percaya patukan selepas ini akan membuat Umno menderita lebih panjang.

Saya juga ingin tegaskan di sini apabila Zambry dan enam exconya membawa kes mereka di Mahkamah dengan mencabar keputusan Sivakumar sebagai Speaker yang sah, mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan satu kesalahan kerana mendedahkan dokumen-dokumen rasmi Dun Perak tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Sivakumar sebagai Speaker.

Marilah kita sama-sama tunggu dan lihat apakah yang berlaku selepas ini.

Nota: Penulis ialah Pengerusi Lajnah Undang-undang dan hak Asasi Manusia PAS Pusat.– tajdid_