jump to navigation

Siapa Yang Bakal Anwar Tipu? ABIM atau Islamic Shura Council? May 5, 2011

Posted by ibrahimbaba in Anwar.
2 comments

DSAI dijadualkan akan berada di dua tempat berasingan dalam satu hari yang sama yang jarak antara dua tempat tersebut sejauh lebih 14,000 km.

Pada 14 Mei 2011, Anwar warwarkan akan menghadiri satu majlis anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia ABIM iaitu Forum Pengkisahan Sejarah sempena menyambut 40 tahun ABIM di Unisel Shah Alam. Surat jemputan dan poster telah disebar. Maklumat ini juga boleh diperolehi di laman web ABIM sendiri.

Memang biasa dilakukan oleh DSAI dalam siri ceramah dan kempen beliau untuk mengatur pelbagai program sempena lawatan beliau pada sesuatu tempat.

Namun, jarak di antara dua tempat ini sejauh ribuan km dan mengambil masa perjalanan sekurangnya 20 jam.

Anwar juga telah mengesahkan kehadirannya di satu majlis makan malam di Los Angeles. Beliau akan hadir di majlis Shura Council’s Annual Benefit Banquet di hotel Crowne Plaza dekat Los Angeles, Amerika Syarikat. Itu bukan satu lokasi yang dekat.

Promosi majlis makan malam ini telah dihebahkan semenjak hampir dua bulan lalu, dan tiket berharga USD50.00 seorang untuk majlis tersebut sudahpun 80% dijual. Pantauan terhadap laman web rasmi Islamic Shura Council of Southern California hari ini masih mengesahkan kehadiran beliau.

Persoalan awal tadi ialah jika Anwar telah mengesahkan bahawa beliau akan hadir untuk kedua-dua majlis ini, apakah mungkin untuk beliau terbang dari KL ke LA kemudian terbang balik ke KL untuk hadir di mahkamah pada 16 Mei untuk hadir pembicaraannya?

Benar bahawa di antara KL dan LA, perbezaan waktunya ialah sebanyak 15 jam. Tetapi masa perjalanan memakan masa 18 jam, untuk penerbangan terus tanpa henti dan jika beliau mempunyai kapal terbang khas menanti beliau di airport membawanya dari KLIA terus ke LAX. Namun beliau juga perlu menambah masa perjalanan ke KLIA dan sebagainya, kemudian tiba di LAX, melepasi kastam dan imigresen dan menaiki kenderaan ke Garden Grove (jarak perjalanan antara LAX ke hotel sekitar 1 jam). [perlu diingatkan juga beliau terpaksa mengharungi kesesakkan petang Sabtu yang teruk di sekitar LA]

Memang ini MASIH satu kemungkinan. Beliau mempunyai pesawat khas yang menanti beliau di KLIA.

NAMUN, beliau juga terpaksa pulang sebaik sahaja habis ucapan beliau di LA untuk hadir kes pembicaraannya pada hari Isnin 16hb. Ya ada dua hari beza. Tetapi apabila beliau terbang kembali ke KL, beliau hilang hari Ahad itu sebaik melepasi garisan hari antarabangsa (International Date Line) di lautan Pasifik. Bermakna beliau hanya mempunyai sekitar 18 jam sahaja setelah selesai majlis di LA untuk pulang menghadiri pembicaraan di Jalan Duta hari Isnin tersebut.

Walaupun dengan pesawat peribadi, ianya amatlah mustahil.

Dan jika beliau mempunyai pesawat peribadi yang menanti beliau, berapa pula kos perjalanan pergi balik ke LA semata-mata untuk menghadiri satu majlis?

Satu lagi kemungkinan, peguam beliau akan memohon tangguh pembicaraannya di mahkamah. Itu pun biasa kita dengar …

Jika tidak, siapa yang bakal Anwar tipu, ABIM atau Islamic Shura Council di LA. Yang malangnya ialah kepada mereka yang sudah beria-ia hendak hadir majlis-majlis tersebut. Bagi di LA sudah kena bayaran.

Ini bukan pertama kali Anwar mungkir untuk hadir majlis yang telah diwarwarkan bahawa beliau akan hadir. Awal tahun ini satu seminar di Hotel Singgahsana (NPC) telah mengecewakan ramai rakan-rakan lama beliau dalam ABIM apabila beliau tidak hadir walaupun poster tersebar megesahkan kehadirannya. Walhal, beliau telah juga mengesahkan akan berada di luar negara pada masa yang sama.

Apakah penganjur yang tidak amanah atau pengajur sendiri tertipu?

Sekian, IB