jump to navigation

Rindu Untuk Melihat Cikgu Pa Duduk Sebelah TG Hadi June 6, 2013

Posted by ibrahimbaba in Anwar, PAS, politik.
add a comment

sidangmedia-pakatanKenapa akhir-akhir ini hanya Cikgu Pa seorang sahaja yang duduk sebelah Anwar dalam siding-sidang media Pakatan Rakyat? Kenapa Presiden PAS tidak ada bersama dengan SUAnya?

Begitu juga dengan mana-mana temubual Presiden PAS dengan media pun tidak kelihatan Cikgu Pa sebelah Tok Guru. Rindunya IB untuk melihat semula SUA PAS berdiri atau duduk sebelah Presiden partinya.

Katanya dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS yang mana ada ahli JK yang mencadangkan agar Presidennya dipecat kerana mengeluarkan watikah untuk bertanding di Kota Damansara menentang calon PR dari PSM baru-baru ini pun Cikgu Pa tidak hadir.

Malah Cikgu Pa sendiri pergi berkempen untuk Nasir dari PSM walaupun ada calon PAS untuk kawasan tersebut. Kenapa Cikgu Pa berkempen menentang calon partinya sendiri?

Khabarnya sekarang Cikgu Pa sejak beberapa bulan ini sudah cuba mengelak mana-mana majlis yang Presidennya hadir. Pelik juga apabila Setiausaha Agung parti bermasalah dengan Presiden.

Sekian, IB

Perihal novel The “I” Files dan video I-Files: Manusia Pelbagai Wajah March 3, 2013

Posted by ibrahimbaba in Anwar, conspiracy, politik.
add a comment

SEMAKIN hari semakin menarik novel perisikan bertajuk The “I” Files ini.

Novel berbahasa Inggeris itu hanya boleh dibaca melalui talian di alamat https://ifilesjs.wordpress.com/. Ia mula disiarkan bab demi bab sejak tahun lalu.

Kini sudah ada 14 bab dan ia dijangka terus ditulis. Penulisnya bernama Jonathan Smith, dikatakan seorang perisik Barat yang menyimpan banyak fail-fail rahsia mengenai personaliti-personaliti tertentu di negara ini.

Jonathan dikatakan telah bertapak menjejak rahsia di negara ini sejak zaman komunis lagi dan mengumpul maklumat untuk dihantar ke negaranya sehingga tamat Perang Dingin sekitar 1980-an.

Namun selepas itu, dia dikatakan diarah pula mengikuti seorang tokoh politik Malaysia bernama Encik “I”.

Oleh sebab keseluruhan kisah novel itu mengenai Anwar Ibrahim, maka saya percaya “I” itu bermaksud Ibrahim. Dalam budaya Barat panggilan rasmi seseorang itu dipanggil dengan nama bapa atau surname.

Maka oleh kerana buku atas talian itu diberi nama The “I” Files atau Fail-Fail “I”, ia sudah pasti membawa maksud Anwar Ibrahim.

Perisikan beliau mengenai Anwar cukup teliti dan amat mendalam sekali. Ia berkisar mengenai Anwar sejak di zaman sekolahnya di MCKK, ke Universiti Malaya. Terbabit dalam pergerakan pelajar di universiti serta terbabit dalam pergerakan prodemokrasi luar negara.

Jika kita membaca The “I” Files, seolah- olah kita sedang membaca novel-novel spy atau perisikan terkenal di pasaran sekarang seperti The Thirty-Nine Steps tulisan John Buchan atau yang lain-lain.

The “I” Files juga mendedahkan penglibatan Anwar dalam pergerakan Ikhwanul Muslimun yang diasaskan oleh Hassan Al- Bana di Mesir sehinggalah kepada sebuah pertubuhan Islam yang berpangkalan di Virginia, Amerika Syarikat, IIIT (disebut Triple IT). Triple IT atau International Institute of Islamic Thought dikatakan adalah alat Amerika untuk menyusup ideologi Pluralisme ke dalam masyarakat Islam global.

“I” Files ternyata sebuah novel fiksyen dan realiti yang hebat. Kita tidak dapat mensahihkan kebenarannya, namun banyak faktanya yang boleh diterima akal.

Kisah hubungan manis hingga ke pahit Anwar-Mahathir turut dikisahkan dalam novel itu.

Ia juga berkisar mengenai teori konspirasi Barat yang cuba ‘menguasai’ Anwar untuk dijadikan ally atau pakatan atau boneka mereka. Barat mahu melihat, akhirnya Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Mungkin ada logiknya kerana Malaysia adalah sebuah negara yang cukup strategik bagi Barat, terutamanya Amerika Syarikat, selepas Perang Dingin dengan Soviet Union.

Perlu diingat Perang Dingin era kini ialah AS dengan China. Malaysia mempunyai Selat Melaka yang banyak digunakan oleh China dalam mengangkut barangan dan minyak.

Di rantau ini hanya Malaysia yang belum menjadi mangsa regime changed atau ditukar regim atau dikuasai secara pakatan (ally) oleh Amerika.

Pendek kata, sesiapa yang berminat mengenai cerita-cerita spy atau perisikan boleh membaca novel online itu, secara percuma.

The “I” Files dalam video YouTube?

Namun apa yang menarik mengenai novel The “I” Files ini ialah dengan kemunculan video yang kelihatan mula disiarkan melalui YouTube bertajuk I-Files : Manusia Pelbagai Wajah.

Saya mengesan video itu (taip di YouTube: Anwar Ifiles) sudah berlegar di dalam YouTube selama empat hari lalu dan dengan yang terbaharu selama kurang daripada 24 jam. Ia sudah ditonton oleh beribu penonton.

Carian menunjukkan ia diterbitkan dalam bahasa Melayu dan Mandarin.

Sudah ada Bab 1 (http://youtu.be/WZhtn 8jv8L8) dengan tiga bahagian yang mungkin hasil olahan semula daripada buku The “I” Files tulisan Jonathan Smith itu.

Persembahannya cukup menarik seolah- oleh seperti kita sedang menonton siri CI (Crime and Investigation) di saluran Astro. Muzik latarnya juga sama seperti siri CI itu.

Kita tidak pasti siapa yang menerbitkannya, namun ia cukup menarik. Saya merasakan ia juga patut disiarkan oleh stesen- stesen televisyen tempatan.

Bab 1 I-Files : Manusia Pelbagai Wajah itu, setakat ini mewawancara seorang bekas sahabat karib Anwar, Ustaz Ismail Mina, yang bersama-sama aktif sebagai pemimpin pelajar di Universiti Malaya dan kemudian menubuhkan ABIM dan Yayasan Anda.

Ustaz Ismail kini sudah berpatah arang dengan Anwar dan bergerak dalam sebuah NGO untuk menentang ‘kemungkaran akidah’ yang dikatakan dilakukan oleh bekas sahabat seperjuangannya itu.

Sebelum ini, Ismail menyatakan sokongannya yang tidak pernah luntur kepada Anwar, daripada zaman pelajar, bersama-sama menubuhkan Yayasan Anda dan ABIM hingga terlibat dalam Sekretariat Pembebasan Anwar, ketika Ketua Umum PKR itu merengkok di penjara Sungai Buloh.

Namun semuanya berubah selepas Anwar dibebaskan dari penjara pada 2 September 2004. Setelah mendapat rawatan di Munich, Jerman, Anwar mengambil keputusan berpindah ke Amerika Syarikat (AS) dengan menjadi pensyarah pelawat di Universiti John Hopkins dan Georgetown di AS.

Sejak menjadi pensyarah pelawat di Center for Muslim and Christian Understanding (CMCU), Universiti Georgetown, AS, aliran pemikiran Islam Anwar mula berubah.

Di luar negara, Anwar sering bercakap tentang topik agama khususnya berkaitan dengan “Islam dan Demokrasi”.

Salah satu ucapannya di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010 bertajuk “Religion and Pluralisme in a Divided World”, benar-benar menyentak sahabat-sahabatnya di Malaysia.

Perbahasan secara teliti dilakukan oleh sahabat-sahabatnya berkenaan ucapan itu mendapati Anwar kini telah mendokong satu fahaman baru yang dinamakan Pluralisme Agama, iaitu menganggap semua agama adalah sama.

Mungkinkah video YouTube I-Files : Manusia Pelbagai Wajah juga akan terus disiarkan lagi seiring dengan bab-bab yang banyak terdapat dalam novel itu?

Saya melihat fenomena ini cukup menarik. Nampaknya jentera perang saraf PRU-13 sudah mula dilancarkan satu persatu.

Kita tunggu dan lihat perkembangan seterusnya…

sumber: © Utusan Melayu (M) Bhd

Cincin Berlian Rosmah Tersenarai Dalam Top-5 Termahal Di Dunia February 28, 2013

Posted by ibrahimbaba in Ketelusan, politik.
add a comment

Dalam dunia ini tidak banyak cincin yang mencecah jutaan DOLLAR Amerika (USD).

Hanya ada beberapa pusat lelongan terkenal sahaja yang menjual cincin yang mahal-mahal.

Dan sebarang transaksi barangan yang mahal mencecah jutaan dollar akan memikat catatan pengumpul maklumat termasuk penjualan berlian yang berharga tinggi.

Maka apabila Rosmah Mansor ingin dikatakan memiliki cincin berlian berharga RM24 juta (lebih kurang USD8 juta) transaksi tersebut telah dirakamkan dalam senarai nilai cincin termahal di dunia. Itu sudah PASTI. Rosmah tidak boleh lari.

Maka siapa yang terperangkap dalam isu cincin RM24 juta milik Rosmah.

Perhatikan senarai di bawah ini (cincin Rosmah menjadi yang kedua termahal di dunia mengikut http://www.bornrich.com ini):

1. A rare pink diamond ring – Price: $10.8 million
An amazing pink diamond ring that is studded with five carats of diamond is the world’s most expensive diamond ring. The ring was auctioned in Hong Kong for a record $10.8 million.

Vivid-Blue-Diamond-Ring2. The vivid blue diamond ring – Price: $7.9 million
Next in the most expensive list is the vivid blue diamond ring that was sold at the Sotheby’s auction. The ring weighs six carats and has a beautiful blue diamond. The diamonds are set on a platinum ring with emerald cut diamonds on both the sides of the blue diamond.

3. Oval-cut diamond ring – Price: $4.2 million
A pure white diamond ring that fetched $4.2 million at Christie’s Important Jewels sale in New York is next on the list. An oval cut diamond that weighs 46.51-carat is placed in a platinum ring and has VVS2 diamond mounted with E color clarity.

4. Elizabeth Taylor diamond ring – Price: $ 1.3 million
This platinum diamond ring is from the Elizabeth Taylor Jewelry House, Los Angeles and costs $ 1.3 million. The stunning oval diamond ring weighs 5.98 carats and is surrounded by 3.96 carats of round diamonds making a flower around it.

5. De Beers Platinum diamond ring – Price : $1.83 million
The De Beers Platinum diamond ring perfectly dazzles in nine-carat diamond stone. This beautiful piece of jewelry costs $1.83 million.

6. Novo Yellow diamond ring – Price: $1.35 million
Although this ring is last on the list, this is surely one of the most attractive pieces of ring one can have. The yellow color of the ring is what makes it different from other regular rigs. This Novo Yellow diamond ring was sold by Tiffany’s for $1.35 million. The diamond weighs 25.27 karats and is set in a yellow gold platinum ring.

ATAU, kalau menurut senarai ini (http://www.top5ives.com), cincin Rosmah menjadi juga menjadi yang kedua termahal di dunia.

Sekian, IB

Mana suara Wan Azizah? February 24, 2013

Posted by ibrahimbaba in Anwar, politik.
add a comment

KUALA LUMPUR 22 Feb. – Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail didesak menyatakan pendiriannya berhubung spekulasi penolakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri oleh Majlis Syura Ulama Pas seandainya pakatan pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata, sikap mengunci mulut Presiden PKR itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan ahli PKR dan seluruh rakyat Malaysia.

“Selaku Presiden PKR, kedudukan Wan Azizah dalam parti cukup besar, setanding Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Ini bukan persoalan rumahtangga, ini soal parti. Mengapa Wan Azizah takut untuk bersuara. Diam, senyap seolah-olah tidak wujud lagi.

“Kalau dia takut, dia takut pada siapa, adakah Anwar? Kenapa perlu takut Anwar, sedangkan kedudukan beliau dalam parti cukup tinggi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau membuat kenyataan tersebut ekoran sikap Wan Azizah yang mendiamkan seribu bahasa berhubung pelbagai isu yang berbangkit sejak kebelakangan ini.

Katanya, sikap Wan Azizah itu cukup menghairankan seolah-olah beliau tidak lagi berada dalam radar politik.

“Bukan isu Anwar sahaja, malah, Presiden PKR itu langsung tidak mengulas atau menyatakan pendirian dalam isu kalimah Allah, pluralisme, dakwaan skandal Shamsidar Taharin serta lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT),” tegasnya.

Secara sinis, Aminah berkata, sikap Wan Azizah yang tidak mempertahankan Anwar dalam spekulasi berhubung keputusan Majlis Syura itu cukup luar biasa.

“Kalau sebelum ini beliau boleh mempertahankan Anwar dengan menyatakan Anwar adalah anugerah Allah kepada rakyat Malaysia kenapa kali ini tidak membuat perkara sama kepada Majlis Syura?

“Saya secara peribadi tertunggu-tunggu kalau Wan Azizah akan mempertahankan suaminya dengan membuat kenyataan Anwar adalah manusia paling bersih di negara ini,” ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Harun Din Tempah Maut Hina Karpal February 23, 2013

Posted by ibrahimbaba in Anti-Islam, PAS, politik, PRU13.
add a comment

BUNYINYA macam bagus sahaja “akan mempertahankan kalimah Allah sehingga ke akhirnya”.

Itulah kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS dan arkitek anti Pakatan Rakyat dalam parti tersebut, Datuk Harun Din kepada media semalam bagi menyanggah kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh beberapa hari sebelumnya yang menyifatkan Majlis Syura Ulama PAS hanya kelompok minoriti dalam Pakatan Rakyat.

Sementara ada yang menyifatkan kenyataan itu menunjukkan ketegasan Harun Din dalam mempertahankan kalimah Allah dari digunakan dalam Bible berbahasa Melayu, penulis sendiri melihatnya sebagai cubaan terdesak untuk mempertahankan jawatan yang disandang.

Hakikatnya, semua kelebihan dan keistimewaan yang dinikmati Harun Din sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS sekarang adalah datang dari kuasa politik, bukan turun begitu sahaja dari langit, Harun Din perlu ingat itu.  Tanpa politik, Harun Din masih lagi pensyarah biasa di UKM, disamping menjadi perantara alam hantu/syaitan dengan alam nyata.

Karpal Singh di satu pihak lagi, bercakap tentang fakta.

Memang jika nak dibandingkan dengan Majlis Presiden Pakatan Rakyat sebagai badan tertinggi Pakatan Rakyat, Majlis Syura Ulama PAS hanyalah suara minoriti, terpakai di dalam PAS sahaja.

Perkara ini bukan baru kerana konsep sama turut diguna pakai dalam BN sejak sekian lama. Keputusan di dalam MCA umpamanya, tidak mempengaruhi dasar yang telah ditetapkan oleh BN, hanya Dewan Tertinggi BN sahaja yang boleh berbuat begitu.

Apa yang susah sangat Harun Din nak faham?

Begitu juga dengan Datuk Harun Taib yang bersama-sama Harun Din mengecam Karpal Singh dalam isu sama.  Gandingan ini bukan luar biasa pada penulis.  Penulis sudah lama sebut, kedua-duanya adalah ulama bangsat yang melindungi Nasharudin Mat Isa sehingga menyebabkan begitu banyak kerosakan di dalam Pakatan Rakyat.

Entah dimana silapnya. PAS masih membiarkan mereka bertiga berlegar di dalam lingkungan parti tersebut, sebagai pemimpin atau tidak, untuk menjahanamkan persepakatan Pakatan Rakyat terutama dalam isu kalimah Allah untuk digunakan di dalam Bible bahasa Melayu ini.

Perkembangan terbaru ini tidak akan menyelesaikan masalah di dalam Pakatan Rakyat, ia boleh diibaratkan seperti menghina Karpal selaku Pengerusi DAP.  Dari sudut politik, menghina Karpal, samalah seperti meletakkan tali gantung di leher sendiri kerana,  berbanding dengan Karpal, kedua ulama bangsat ini tidak ada secebis jasa pun kepada Pakatan Rakyat secara keseluruhannya.

Penulis sudah ulang banyak kali, berpolitik hanyalah untuk mendapatkan kuasa semata-mata.  Hanya orang bodoh seperti kedua Harun ini saja yang berpolitik untuk mencari peluang masuk ke syurga.  Kalau nak masuk syurga, tak payah masuk politik, duduk bertapa di dalam surau dan masjid.

Taklah menyusahkan orang macam sekarang.

Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com/?p=67101

Apa Yang Anwar Janjikan Kepada Husam? December 20, 2012

Posted by ibrahimbaba in Anwar, PAS.
add a comment

Kenapa Husam di antara yang galak berdiri teguh membawa agenda Anwar di dalam PAS? Kenapa Husam dilihat sebagai membawa suara Anwar di dalam PAS?

Apa rahsianya?

Husam menjadi jambatan untuk Anwar “menipu” Nik Aziz.

Anwar pernah berjanji dengan Husam untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam perjumpaan mereka di Dubai.

Memang tak masuk akal. Kenapa Husam?

Hanya Husam boleh memperakui perjumpaan dua pasang mata itu dan apa isi perbincangan dan janji Anwar. Namun, demi politik Husam pasti nafi.

Begitu juga sudah ada orang yang bertanya sendiri dengan Hadi berhubung dua perkara yang IB sebut dalam posting sebelum ini – dan Hadi nafikan.

1. Mustapha Thahan Ingatkan Hadi Pesanannya Terhadap Anwar dan

2. Syed Azman “Confirm”kan Mat Sabu Syiah

[IB masih ada rakaman kenyataan yang Hadi buat berhubung pesanan Mustapha Thahan]

Sekian, IB

Dalam PAS ada amalan syirik – Ismail Mina December 14, 2012

Posted by ibrahimbaba in Islam, PAS, politik, UMNO.
Tags: , , , , ,
2 comments

dari Antarapos:

SHAH ALAM: Ada syirik dalam PAS kerana terdapat ahlinya yang beramal dengan ajaran Syiah, liberalisme dan pluralisme, kata Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (MUAFAKAT), Haji Ismail Mina Ahmad.

Beliau berkata demikian ketika membandingkan keadaan ini dengan Umno dalam Wacana Meja Bulat terbitan Antarapos yang membincangkan tajuk ‘Ulama Sebagai Pemimpin’ di sini, baru-baru ini.
“Pada hemat saya, kezaliman yang paling besar adalah syirik… Saya tidak nampak dalam Umno ada kesyirikan dalam pemikiran dan akidah. Tidak ada…
“Tapi dalam PAS ada syirik, di mana ada orang beramal dengan syiah… di mana ada orang yang liberalis dan pluralis..,” kata Haji Ismail yang mengaku beliau adalah ahli PAS seumur hidup.
Bagaimanapun hujah beliau itu disanggah seorang lagi ahli panel – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mendakwa pemimpin Umno jauh lebih liberal dan plural daripada PAS.
“Saya tak bersetuju la (PAS syirik)… jauh lebih liberal, jauh lebih plural dalam Umno kerana asas parti itu tak jelas… sedangkan dalam PAS, asasnya dah jelas kerana pemimpin-pemimpin Umno dahulu dah keluarkan kenyataan,” katanya.
Ismail Mina kemudian berkata dalam apa jua tindakan dan keputusan mana-mana parti sekalipun, fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah perlu dipegang dan diutamakan.
“Jadi maknanya, dalam kita memerlukan, dalam PAS, mana-mana parti pun (termasuk) Umno, dan saya juga, mesti meletakkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya.
Sambil mendakwa tuduhan Ismail Mina bahawa PAS adalah syirik sesuatu yang tidak berasas, Khalid berkata sebenarnya Umno mengkhianati umat Islam dan perjuangan Islam.
“Saya rasa pasal yang disebut oleh Ustaz Ismail Mina cukup serius… dia menuduh PAS ini ada syirik dan sebagainya… saya rasa itu merupakan satu tuduhan yang tidak berasas.
“Kerana kita menolak (syirik), sedangkan dalam perlembagaan kita amat jelas… kalau nak cakap pasal mempertahankan dan mengembangkan Islam itu terlalu umum, kita tak merujuk kepada apa-apa.
“Dan dari segi tindakan Umno untuk mengkhianati umat Islam dan perjuangan Islam adalah amat jelas… dalam soal pelaksanaan hukum hudud yang telah diluluskan (di Kelantan)..itu sebahagian… kalau tolak sebahagian tak mengapakah?” soalnya kepada Ismail Mina.
Bagaimanapun Ismail Mina berkata, Umno tidak pernah menolak pelaksanaan hudud.
“Mereka bukan tolak, cuma tidak buat (laksanakan)…,” jawabnya.
Selain Khalid dan Ismail Mina, wacana kali ini juga disertai oleh bekas mufti Perlis Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Pengerusi Ulama Muda Umno (ILMU) Fadlan Othman.

 

Raja Nong Chik Sebak – Impian Penduduk Flat 4 Tingkat Kerinchi Tercapai December 13, 2012

Posted by ibrahimbaba in masalah sosial, politik, rumahtangga.
add a comment
dari: http://apakecoh2.blogspot.com

Dato’ Raja Nong Chik tidak dapat menahan sebak melihat rumah contoh yang bakal dimiliki penduduk Flat 4 Tingkat Kerinchi. Pak Aziz @ Ahmad Rahman, Pengerusi Persatuan Penduduk Flat 4 Tingkat Kerinchi turut mengalirkan air mata gembira.

Jarang kita dapat tengok Menteri mengalirkan air mata di depan kita. Jadi, bila aku turun ke pelancaran K-Residensi, iaitu pembangunan semula Flat 4 Tingkat Kerinchi, aku tergamam bila Dato’ Raja Nong Chik sebak dan mengalirkan air mata bila melihat rumah contoh yang bakal diterima penduduk Flat 4 Tingkat Kerinchi menggantikan flat usang tiada bilik sebelum ini.

Mengapa Dato’ Raja Nong Chik sebak hingga mengalirkan air mata?
Kerana pembangunan semula Flat 4 Tingkat Kerinchi yang telah lama diperjuangkan oleh Dato’ Raja Nong Chik, sejak dari 25 tahun dahulu, kini hampir tercapai walaupun berdepan pelbagai rintangan.

Wajah asal Flat 4 Tingkat Kg Kerinchi yang usang & uzur

Rintangan utama yang dihadapi ialah hasutan dari Nurul Izzah. Nurul Izzah berjaya menghasut segelintir penduduk untuk menolak rancangan pembangunan ini walaupun majoriti penduduk sendiri yang mengundi melalui referendum memilih pemaju. Penggunaan referendum untuk memilih pemaju adalah julung kali diadakan di Malaysia dan membuktikan Kerajaan BN prihatin kepada kemahuan rakyat.

Apartment mewah yang bakal jadi milik penduduk

Nurul Izzah menghasut segelintir penduduk untuk membuat bermacam tuntutan yang tidak masuk akal. Bayangkanlah, pemaju telah bersedia memberi apartment baru 3 bilik dengan keluasan 900 kaki persegi untuk menggantikan flat usang tiada bilik keluasan 380 kaki persegi. Anggaran harga rumah baru mereka ialah RM350,000!! Bukan murah tu!! Pemaju juga beri wang pampasan untuk perpindahan keluar dan masuk. Pemaju juga menanggung kos menyewa penduduk sepanjang projek dilaksanakan. Itu pun tak cukup lagi?

Kesian pakcik ni, kena tidur atas pangkin di luar rumah. Mana taknya, rumah takda bilik, kalau anak bini dah tidur kat dalam, mana cukup tempat tidur!
Penduduk gembira melihat suasana ruang tamu di rumah contoh. Ruang tamu je dah lebih besar dari rumah dulu!

Kesian pakcik ni, kena tidur atas pangkin di luar rumah. Mana taknya, rumah takda bilik, kalau anak bini dah tidur kat dalam, mana cukup tempat tidur!

Nurul cuba berlagak kononnya dia pejuang hak penduduk Flat 4 Tingkat Kerinchi, padahal dia baru je tunjuk muka di situ sedangkan Dato’ Raja Nong Chik telah 25 TAHUN MEMPERJUANGKAN HAK PENDUDUK FLAT 4 TINGKAT KERINCHI!

93% dari kesemua penduduk iaitu 433 dari 468 keluarga telah menyokong pembangunan semula ini tetapi hak 34 individu yang menentang dijadikan tiket oleh Nurul Izzah untuk cuba menggagalkan pembangunan semula ini.
Kawan-kawan tentu masih ingat lagi rusuhan di tapak Flat 4 Tingkat Kg Kerinchi yang didalangi Nurul Izzah. Nurul Izzah bawa masuk orang luar seperti Adam Adli, samseng tahi kucing yang sebelum ni tak pernah pun jejak kaki ke Kg Kerinchi dan juga samseng-samseng Cina dan India untuk merusuh.
Kawasan ini penduduknya 100% orang Melayu, tapi Nurul, mengapa kau bawa masuk samseng-samseng Cina dan India untuk buat kacau?
Alhamdulillah, penduduk telah bersatu-padu dan menghalau keluar anasir asing yang dibawa masuk oleh Nurul Izzah.
Kini sejarah telah tercipta. Pembangunan semula flat usang Kg Kerinchi telah bermula.
Tahniah kepada para penduduk yang berjaya merealisasikan impian mereka.
Untuk Nurul Izzah, aku ada soalan:
Mengapa kau dengki sangat dengan penduduk Flat 4 Tingkat Kerinchi sampai mati-matian berusaha menggagalkan impian mereka?
Kerana kau, hampir tiga tahun projek ni tergendala. Kau tahu tak ada penduduk asal yang dah meninggal dunia, kempunan menunggu rumah baru impian mereka?
Kau ni namanya je wakil rakyat, Ahli Parlimen, tapi harapan penduduk Lembah Pantai kau tolak ketepi semata-mata demi kepentingan politik sempit kau.
Pemimpin jenis apa kau ni?
Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

Kroni Azmin, Zuraidah Didakwa Miliki Kereta Mewah November 21, 2012

Posted by ibrahimbaba in Anwar, Ketelusan, politik.
2 comments

diambil dari

Mynewshub – Kritikan dan serangan bertalu-talu terhadap pemimpin dan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) oleh Pakatan Rakyat nampaknya seolah-olah tiada berkesudahan.

Mereka acapkali dituduh menyalahgunakan kuasa, mengamalkan kronisma dan sebagainya.

Tetapi pendedahan oleh blog sel13.com ini nampaknya mengundang pertanyaan, adakah pemimpin Pakatan Rakyat yang lain ‘bebas’ dan ‘bersih’ daripada masalah sebegini.

Ia mengenai Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin.

Dalam entrynya, penulis blog tersebut mendakwa, sebelum menjadi wakil rakyat di negeri yang diperintah oleh PKR, Zuraidah hanya menggunakan kenderaan Perodua Myvi yang dibelinya pada tahun 2005.

Itulah satu-satunya kenderaan yang dimiliki beliau pada masa itu.

No kenderaan : WNL 8994

No enjin : E94A84B

Model : Perodua Myvi 1.3 Ezi (Auto)

Tarikh daftar : 31.10.2005

Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin

KP : 580314 71 5206

Beberapa bulan selepas diangkat sebagai ahli parlimen dan PKR membentuk kerajaan di Selangor Zuraida telah membeli sebuah kenderaan baru seperti berikut.

No kenderaan : WRL 575

No enjin : B5254 T2 A027402

Model : VOLVO XC90 2.5 T

Tarikh daftar : 01.07.2008

Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin

KP : 580314 71 5206

Harga kenderaan : RM 355,000.00

Manakala pada tahun 2010 Zuraida membeli sebuah lagi kenderaan seperti berikut.

No kenderaan : WTY 1547

No enjin : 2KD650 8915

Model : Toyota Hilux Double Cab 2.5 AT

Tarikh daftar : 31.05.2010

Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin

KP : 580314 71 5206

Harga kenderaan: RM 99,000.00

Pada tahun 2011 Zuraida membeli lagi sebuah kenderaan seperti berikut.

No kenderaan : WNA 276

No enjin : 1KD687 8384

Model : Toyota Hilux Double Cab 3.0 AT

Tarikh daftar : 03.11.2011

Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin

KP : 580314 71 5206

Harga kenderaan: RM 107,000.00

Nampaknya tiga kenderaan di atas masih belum mengcukupi lagi buat Zuraida, satu lagi kenderaan berikut dibeli tahun 2012.

No kenderaan : BLR 9680

No enjin : 1129 1331 8818 93

Model : Mercedes Benz E240

Tarikh daftar : 24.05.2012

Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin

KP : 580314 71 5206

Sehingga setakat hari ini itulah kenderaan yang dimiliki oleh Zuraida sejak bergelar YB empat tahun lepas.

Menurut sel13.com, Semakan di laman web MyEG juga mendapati keempat-empat kenderaan Zuraida kecuali Mercedes E240 ada 20 saman tertunggak yang belum dibayar.

 

Kalau apa yang ditimbulkan ini merupakan fitnah politik, kita berharap pihak yang berkenaan agar tidak menggunakan serangan tidak bertanggung jawab sebegini untuk dijadikan modal ‘menyerang’ Zuraida.

Namun pada masa yang sama, Zuraida kenalah tampil memberi penjelasan kerana kita tahu, jarang Zuraida ‘duduk diam’ kalau dikritik.

Lagipun kalau kita sering mengkritik, bersedialah pula untuk menerima kritikan.

Jadi dalam hal ini macam mana YB Zuraidah? (sumber dari sel13.com)

Mustapha Thahan Ingatkan Hadi Pesanannya Terhadap Anwar November 9, 2012

Posted by ibrahimbaba in Anwar, PAS, politik.
1 comment so far

Bagi mereka yang terlibat dengan gerakan harakah (bukan surat khabar Harakah PAS!), nama Shaikh Mustapha Thahan sudah pasti tidak asing bagi mereka – terutama bagi penggerak era 70an dan 80an. Walaupun nama beliau jarang kita baca dalam paparan akhbar, Mustapha Thahan adalah merupakan pemikir dan strategis Ikhwanul Muslimin satu ketika dahulu.

IB yakin ramai yang pernah mengikuti ceramah beliau dalam program tamrin dan lain-lain perjumpaan tertutup. Begitulah cara beliau bergerak dan bersemuka dengan para pendakwah.

Dalam pertemuan ringkas yang tidak dirancang di suatu pagi di sebuah hotel di Istanbul, Mustapha Thahan, dalam umur yang agak lanjut namun masih tegap bersemangat, mengingatkan kembali kepada Presiden PAS, Haji Hadi Awang akan pesanannya beberapa tahun lampau supaya berwaspada dengan Anwar Ibrahim dengan memaklumkan beberapa perkara yang MESTI Hadi berjaga-jaga dengan Anwar. Shaikh Mustapha telah mengenali Anwar semenjak penglibatan Anwar dengan gerakan dakwah di awal 70an dan mula berjinak dengan Ikhwanul Muslimin pada ketika itu.

Perjumpaan kali ini, berlangsung ketika Anwar sedang bergelut dengan kes Liwat II dengan Syaiful Bukhari. Hadi tidak mampu berkata panjang hanya sekadar mempersetujui apa yang diingatkan oleh Shaikh Mustapha akan pesanan yang telah dibuat lama dahulu kepadanya.

Dalam penceritaan Haji Hadi kepada kami bertiga, Haji Hadi diteman oleh Dr. Samsuri Mokhtar. Apabila IB bertanyakan apakah yang telah dipesan oleh Shaikh Mustapha, Hadi hanya sekadar ketawa kecil seolah-olah menggambarkan kami semua sudah maklum perkaranya. IB pada ketika itu hanya mengagak sahaja di benak fikiran sambil tersenyum dan sama-sama menambah suasana ketawa di bilik kecil hotel 3 bintang di Kuala Lumpur itu.

Sekian, IB

sila baca jugak ni: