jump to navigation

Rindu Untuk Melihat Cikgu Pa Duduk Sebelah TG Hadi June 6, 2013

Posted by ibrahimbaba in Anwar, PAS, politik.
add a comment

sidangmedia-pakatanKenapa akhir-akhir ini hanya Cikgu Pa seorang sahaja yang duduk sebelah Anwar dalam siding-sidang media Pakatan Rakyat? Kenapa Presiden PAS tidak ada bersama dengan SUAnya?

Begitu juga dengan mana-mana temubual Presiden PAS dengan media pun tidak kelihatan Cikgu Pa sebelah Tok Guru. Rindunya IB untuk melihat semula SUA PAS berdiri atau duduk sebelah Presiden partinya.

Katanya dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS yang mana ada ahli JK yang mencadangkan agar Presidennya dipecat kerana mengeluarkan watikah untuk bertanding di Kota Damansara menentang calon PR dari PSM baru-baru ini pun Cikgu Pa tidak hadir.

Malah Cikgu Pa sendiri pergi berkempen untuk Nasir dari PSM walaupun ada calon PAS untuk kawasan tersebut. Kenapa Cikgu Pa berkempen menentang calon partinya sendiri?

Khabarnya sekarang Cikgu Pa sejak beberapa bulan ini sudah cuba mengelak mana-mana majlis yang Presidennya hadir. Pelik juga apabila Setiausaha Agung parti bermasalah dengan Presiden.

Sekian, IB

Harun Din Tempah Maut Hina Karpal February 23, 2013

Posted by ibrahimbaba in Anti-Islam, PAS, politik, PRU13.
add a comment

BUNYINYA macam bagus sahaja “akan mempertahankan kalimah Allah sehingga ke akhirnya”.

Itulah kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS dan arkitek anti Pakatan Rakyat dalam parti tersebut, Datuk Harun Din kepada media semalam bagi menyanggah kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh beberapa hari sebelumnya yang menyifatkan Majlis Syura Ulama PAS hanya kelompok minoriti dalam Pakatan Rakyat.

Sementara ada yang menyifatkan kenyataan itu menunjukkan ketegasan Harun Din dalam mempertahankan kalimah Allah dari digunakan dalam Bible berbahasa Melayu, penulis sendiri melihatnya sebagai cubaan terdesak untuk mempertahankan jawatan yang disandang.

Hakikatnya, semua kelebihan dan keistimewaan yang dinikmati Harun Din sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS sekarang adalah datang dari kuasa politik, bukan turun begitu sahaja dari langit, Harun Din perlu ingat itu.  Tanpa politik, Harun Din masih lagi pensyarah biasa di UKM, disamping menjadi perantara alam hantu/syaitan dengan alam nyata.

Karpal Singh di satu pihak lagi, bercakap tentang fakta.

Memang jika nak dibandingkan dengan Majlis Presiden Pakatan Rakyat sebagai badan tertinggi Pakatan Rakyat, Majlis Syura Ulama PAS hanyalah suara minoriti, terpakai di dalam PAS sahaja.

Perkara ini bukan baru kerana konsep sama turut diguna pakai dalam BN sejak sekian lama. Keputusan di dalam MCA umpamanya, tidak mempengaruhi dasar yang telah ditetapkan oleh BN, hanya Dewan Tertinggi BN sahaja yang boleh berbuat begitu.

Apa yang susah sangat Harun Din nak faham?

Begitu juga dengan Datuk Harun Taib yang bersama-sama Harun Din mengecam Karpal Singh dalam isu sama.  Gandingan ini bukan luar biasa pada penulis.  Penulis sudah lama sebut, kedua-duanya adalah ulama bangsat yang melindungi Nasharudin Mat Isa sehingga menyebabkan begitu banyak kerosakan di dalam Pakatan Rakyat.

Entah dimana silapnya. PAS masih membiarkan mereka bertiga berlegar di dalam lingkungan parti tersebut, sebagai pemimpin atau tidak, untuk menjahanamkan persepakatan Pakatan Rakyat terutama dalam isu kalimah Allah untuk digunakan di dalam Bible bahasa Melayu ini.

Perkembangan terbaru ini tidak akan menyelesaikan masalah di dalam Pakatan Rakyat, ia boleh diibaratkan seperti menghina Karpal selaku Pengerusi DAP.  Dari sudut politik, menghina Karpal, samalah seperti meletakkan tali gantung di leher sendiri kerana,  berbanding dengan Karpal, kedua ulama bangsat ini tidak ada secebis jasa pun kepada Pakatan Rakyat secara keseluruhannya.

Penulis sudah ulang banyak kali, berpolitik hanyalah untuk mendapatkan kuasa semata-mata.  Hanya orang bodoh seperti kedua Harun ini saja yang berpolitik untuk mencari peluang masuk ke syurga.  Kalau nak masuk syurga, tak payah masuk politik, duduk bertapa di dalam surau dan masjid.

Taklah menyusahkan orang macam sekarang.

Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com/?p=67101

Apa Yang Anwar Janjikan Kepada Husam? December 20, 2012

Posted by ibrahimbaba in Anwar, PAS.
add a comment

Kenapa Husam di antara yang galak berdiri teguh membawa agenda Anwar di dalam PAS? Kenapa Husam dilihat sebagai membawa suara Anwar di dalam PAS?

Apa rahsianya?

Husam menjadi jambatan untuk Anwar “menipu” Nik Aziz.

Anwar pernah berjanji dengan Husam untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam perjumpaan mereka di Dubai.

Memang tak masuk akal. Kenapa Husam?

Hanya Husam boleh memperakui perjumpaan dua pasang mata itu dan apa isi perbincangan dan janji Anwar. Namun, demi politik Husam pasti nafi.

Begitu juga sudah ada orang yang bertanya sendiri dengan Hadi berhubung dua perkara yang IB sebut dalam posting sebelum ini – dan Hadi nafikan.

1. Mustapha Thahan Ingatkan Hadi Pesanannya Terhadap Anwar dan

2. Syed Azman “Confirm”kan Mat Sabu Syiah

[IB masih ada rakaman kenyataan yang Hadi buat berhubung pesanan Mustapha Thahan]

Sekian, IB

Dalam PAS ada amalan syirik – Ismail Mina December 14, 2012

Posted by ibrahimbaba in Islam, PAS, politik, UMNO.
Tags: , , , , ,
2 comments

dari Antarapos:

SHAH ALAM: Ada syirik dalam PAS kerana terdapat ahlinya yang beramal dengan ajaran Syiah, liberalisme dan pluralisme, kata Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (MUAFAKAT), Haji Ismail Mina Ahmad.

Beliau berkata demikian ketika membandingkan keadaan ini dengan Umno dalam Wacana Meja Bulat terbitan Antarapos yang membincangkan tajuk ‘Ulama Sebagai Pemimpin’ di sini, baru-baru ini.
“Pada hemat saya, kezaliman yang paling besar adalah syirik… Saya tidak nampak dalam Umno ada kesyirikan dalam pemikiran dan akidah. Tidak ada…
“Tapi dalam PAS ada syirik, di mana ada orang beramal dengan syiah… di mana ada orang yang liberalis dan pluralis..,” kata Haji Ismail yang mengaku beliau adalah ahli PAS seumur hidup.
Bagaimanapun hujah beliau itu disanggah seorang lagi ahli panel – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mendakwa pemimpin Umno jauh lebih liberal dan plural daripada PAS.
“Saya tak bersetuju la (PAS syirik)… jauh lebih liberal, jauh lebih plural dalam Umno kerana asas parti itu tak jelas… sedangkan dalam PAS, asasnya dah jelas kerana pemimpin-pemimpin Umno dahulu dah keluarkan kenyataan,” katanya.
Ismail Mina kemudian berkata dalam apa jua tindakan dan keputusan mana-mana parti sekalipun, fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah perlu dipegang dan diutamakan.
“Jadi maknanya, dalam kita memerlukan, dalam PAS, mana-mana parti pun (termasuk) Umno, dan saya juga, mesti meletakkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya.
Sambil mendakwa tuduhan Ismail Mina bahawa PAS adalah syirik sesuatu yang tidak berasas, Khalid berkata sebenarnya Umno mengkhianati umat Islam dan perjuangan Islam.
“Saya rasa pasal yang disebut oleh Ustaz Ismail Mina cukup serius… dia menuduh PAS ini ada syirik dan sebagainya… saya rasa itu merupakan satu tuduhan yang tidak berasas.
“Kerana kita menolak (syirik), sedangkan dalam perlembagaan kita amat jelas… kalau nak cakap pasal mempertahankan dan mengembangkan Islam itu terlalu umum, kita tak merujuk kepada apa-apa.
“Dan dari segi tindakan Umno untuk mengkhianati umat Islam dan perjuangan Islam adalah amat jelas… dalam soal pelaksanaan hukum hudud yang telah diluluskan (di Kelantan)..itu sebahagian… kalau tolak sebahagian tak mengapakah?” soalnya kepada Ismail Mina.
Bagaimanapun Ismail Mina berkata, Umno tidak pernah menolak pelaksanaan hudud.
“Mereka bukan tolak, cuma tidak buat (laksanakan)…,” jawabnya.
Selain Khalid dan Ismail Mina, wacana kali ini juga disertai oleh bekas mufti Perlis Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Pengerusi Ulama Muda Umno (ILMU) Fadlan Othman.

 

Mustapha Thahan Ingatkan Hadi Pesanannya Terhadap Anwar November 9, 2012

Posted by ibrahimbaba in Anwar, PAS, politik.
1 comment so far

Bagi mereka yang terlibat dengan gerakan harakah (bukan surat khabar Harakah PAS!), nama Shaikh Mustapha Thahan sudah pasti tidak asing bagi mereka – terutama bagi penggerak era 70an dan 80an. Walaupun nama beliau jarang kita baca dalam paparan akhbar, Mustapha Thahan adalah merupakan pemikir dan strategis Ikhwanul Muslimin satu ketika dahulu.

IB yakin ramai yang pernah mengikuti ceramah beliau dalam program tamrin dan lain-lain perjumpaan tertutup. Begitulah cara beliau bergerak dan bersemuka dengan para pendakwah.

Dalam pertemuan ringkas yang tidak dirancang di suatu pagi di sebuah hotel di Istanbul, Mustapha Thahan, dalam umur yang agak lanjut namun masih tegap bersemangat, mengingatkan kembali kepada Presiden PAS, Haji Hadi Awang akan pesanannya beberapa tahun lampau supaya berwaspada dengan Anwar Ibrahim dengan memaklumkan beberapa perkara yang MESTI Hadi berjaga-jaga dengan Anwar. Shaikh Mustapha telah mengenali Anwar semenjak penglibatan Anwar dengan gerakan dakwah di awal 70an dan mula berjinak dengan Ikhwanul Muslimin pada ketika itu.

Perjumpaan kali ini, berlangsung ketika Anwar sedang bergelut dengan kes Liwat II dengan Syaiful Bukhari. Hadi tidak mampu berkata panjang hanya sekadar mempersetujui apa yang diingatkan oleh Shaikh Mustapha akan pesanan yang telah dibuat lama dahulu kepadanya.

Dalam penceritaan Haji Hadi kepada kami bertiga, Haji Hadi diteman oleh Dr. Samsuri Mokhtar. Apabila IB bertanyakan apakah yang telah dipesan oleh Shaikh Mustapha, Hadi hanya sekadar ketawa kecil seolah-olah menggambarkan kami semua sudah maklum perkaranya. IB pada ketika itu hanya mengagak sahaja di benak fikiran sambil tersenyum dan sama-sama menambah suasana ketawa di bilik kecil hotel 3 bintang di Kuala Lumpur itu.

Sekian, IB

sila baca jugak ni:

Kes Mat Sabu Sokong Rejim Assad Syria – Ikhwanul Muslimin Beri Ultimatum Kepada Hadi November 8, 2012

Posted by ibrahimbaba in Islam, PAS, politik, PRU13.
3 comments

Dek kerana keangkuhan Mat Sabu mencabar sensitiviti umat Islam terutama para pejuang yang menentang rejim Bashar Assad dengan melakukan kunjungan hormat berjumpa dengan menteri kanan pemerintahan kuku besi Damsyik (baca), Ikhwanul Muslimin telah memberi kata putus kepada PAS.

Dalam satu pertemuan khas baru-baru ini, wakil Ikwanul Muslimin Syria datang khas ke Tanah Air kita untuk bertemu dengan Presiden PAS, Haji Hadi Awang. Kedatangan mereka adalah semata-mata untuk menegur serta memberi ultimatum kepada pimpinan PAS agar menjaga sensitiviti mereka, para pejuang di Syria dan seluruh umat Islam. Ultimatum ini diberi setelah tersebarnya rakaman video siaran TV Syria berhubung kunjungan hormat Mat Sabu tersebut.

Ultimatumnya bernada keras sekali. Jika PAS tidak sensitif dengan perjuangan Ikhwanul Muslimin Syria dan terus memberi sokongan moral kepada rejim Assad, maka pertemuan itu adalah yang terakhir dan hubungan Ikhwan dengan PAS akan diputuskan.

Lawatan Mat Sabu ke Syria sudah pasti bagi memberi sokongan kepada rejim Syiah Assad yang pro-Iran (baca: Pengawal Revolusi Iran Ditangkap/Culik Oleh Penentang Bashar Assad) yang juga sealiran dengan fahaman kufur Syiah Mat Sabu (baca: Syed Azman “Confirm”kan Mat Sabu Syiah).

Keberanian dan keangkuhan Mat Sabu adalah kerana kedudukannya yang sudah kukuh sebagai Timbalan Presiden PAS berserta dengan sokongan padu puak-puak Syiah di Malaysia yang sudah menyelinap penuh di dalam keahlian PAS serta memegang beberapa posisi penting dalam PAS (Bilang sahaja berapa orang Pesuruhjaya (PJ) Negeri yang sudah menganuti fahaman Syiah!!!). Hinggakan MB Azizan sendiri (satu-satunya pimpinan PAS yang berani menyanggah Anwar) turut diberi amaran agar tidak  ganggu Syiah di Kedah jika mahukan sokongan mereka dalam PRU akan datang. Terduduk Azian hingga sekarang kerana sayangkan kedudukan MB dari bertegas dalam isu akidah.

Sekian, IB

sila baca jugak ni:

Syed Azman “Confirm”kan Mat Sabu Syiah November 7, 2012

Posted by ibrahimbaba in Anti-Islam, conspiracy, Ketelusan, PAS, politik.
14 comments

Setelah tersebarnya video lawatan Mat Sabu, selaku Timbalan Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), membuat kunjungan hormat ke atas rejim ganas Bashar Assad, membuat Presiden PAS tidak senang duduk.

Mat Sabu merupakan satu-satu pimimpin tertinggi sebuah parti dari Malaysia yang membuat penghormatan sebegini (baca) dalam pada ketika semua pimpinan dan penduduk negara Islam mengecam serta mengutuk keganasan yang telah dilakukan oleh regim Assad terhadap rakyat jelatanya termasuk wanita dan anak-anak kecil.

Apabila penyiaran video meluas dan sampai ke pengetahuan Haji Hadi Awang, beliau telah memanggil Dr. Syed Azman Syed Ahmad untuk mendapat beberapa pengesahan. Syed Azman dipilih kerana beliau dilihat dan dianggap sebagai antara pimpinan PAS yang yang paling rapat dengan Mat Sabu dan juga Syed Azman pernah menjadi orang kanan Haji Hadi sebelum kini menjadi loyalis dalam kem Anwarinas.

Dalam pertemuan 3 pasangan mata, Syed Azman, Haji Hadi dan ??? itu, Syed Azman mengesahkan bahawa Mat Sabu sememangnya seorang penganut Syiah. Syed Azman turut memperakui bahawa sepanjang persahabatannya dengan Mat Sabu sememangnya Mat Sabu tidak solat Jumaat kecuali dalam suasana beliau cuba menunjukkan kepada orang ramai yang dia solat Jumaat juga (takiyyahnyalah). Itupun amat jarang sekali.

Syed Azman turut memperakui bahawa Mat Sabu turut beramal dengan amalan-amalan Syiah lain dan turut melakukan pelbagai takiyyah dalam banyak ketika sambil memberi beberapa contoh bagi memperjelaskan kepada Presidennya itu.

Malah ini bukanlah kali pertama Haji Hadi mendapat pengesahan bahawa Mat Sabu menganuti serta beramal dengan ajaran Syiah. Sudah beberapa kali beliau dimaklum dan lebih dari mafhum lagi. Dan ini turut disahkan sendiri oleh Presiden itu termasuk tidak membiarkan Mat Sabu mempengerusi mesyuarat (rakaman perbualan ini dengan Haji Hadi masih dalam simpanan IB). Namun, apakah kini sudah berubah.

Kenyataan terbaru Haji Hadi menunjukkan ketidakberaniannya lagi menegur Mat Sabu dalam hal ini. (Jangan terperangkap dengan agenda musuh di Syria – Hadi) Malah dalam perjumpaan terbaru dengan pimpinan Pemuda PAS Selangor, apabila ditanya berhubung kunjungan hormat Mat Sabu terhadap regim Syiah-Alawi Assad Syria, Presiden PAS hanya sekadar mampu berkata “biarlah dia buat tu atas kapasiti peribadi”. Apakah Hadi sudah jadi penakut dengan Timbalannya?

Sekian, IB

 sila baca jugak ni:

Pemimpin PAS Bersama Dengan Kerajaan Assad Syria – Apa Hadi Kata? November 6, 2012

Posted by ibrahimbaba in conspiracy, Ketelusan, PAS.
6 comments

Ini adalah antara gambar yang kerap kita tonton di kaca TV mahupun di akhbar dan dari paparan skrin komputer.

Kita juga dipaparkan dengan gambar para pejuang kebebasan yang dibunuh dengan kejam oleh regim Assad. Mahfum, inilah keganasan yang telah dilakukan oleh regim Assad (sejak Pak dia – Hafiz dan kini dituruti oleh anaknya Bashar) yang zalim dan seluruh umat Islam kecam.

Dalam pada kecaman masyarakat antarabangsa terhadap regim Assad ini tersebar pula rakaman video Mat Sabu melawat Damsyik dan bertemu dengan pimpinan kanan Assad. Video di Youtube ini bertarikh 19 September 2012.

Lebih sebulan sebelum itu IB pernah bertanya Apa Komen Mat Sabu Berhubung Kebangkitan Di Syria? Sebab IB bertanya adalah kerana orang ramai sudah mahfum Mat Sabu penganut Syiah yang kufur hukumnya.

Dengan penyiaran video lawatan Mat Sabu bertemu junta tentera pro-Iran di Syria mengesahkan segalanya.

Petikan gambar dari pertemuan tersebut adalah seperti berikut:

Pertemuan empat pasangan mata di pejabat menteri (Kalau di Malaysia – di Putrajaya lah!)

Rakaman pertemuan ini disiarkan TV Syria dengan tersiar juga sedikit “bahasa Inggeris” yang diguna Mat Sabu 😉

Mat Sabu ditemani oleh orang kuatnya yang juga berjawatan dalam parti PAS peringkat negeri

Persoalan IB ialah – Apa kata Haji Hadi dan rakan-rakan seperjuangan PAS yang lain. IB nak pergi jumpa beliau – insha Allah.

Sekian, IB

* sila baca jugak ni:

Apakah Benar Mat Sabu Antara 10 Pemimpin PAS Yang Terima Dana Bulanan Dari DAP? November 5, 2012

Posted by ibrahimbaba in Ketelusan, Melayu, PAS, politik, PRU13.
4 comments

Dalam posting lalu, IB bertanya soalan Siapa Pemimpin PAS Yang Setiap Bulan Mendapat Bayaran Tunai Dari … ? Dua hari selepas posting tersebut (pagi ini) IB menerima SMS menyenaraikan 10 nama tersebut.

Tersenarai di atas sekali ialah nama Mat Sabu. Maka IB ingin tahu jika ada sesiapa yang betul-betul maklum.

Menurut suatu khabaran bahawa Mat Sabu menerima setiap bulan sumbangan sebanyak RM15,000 tunai di Pulau Pinang. Biasanya Mat Sabu akan ke Pulau Pinang di awal bulan untuk kutip wang tersebut.

Seorang petugas dikatakan akan menyerah 150 keping wang tunai bernilai RM100 dalam sampul yang mana Mat Sabu terimanya tanpa mengira samada ianya cukup atau tidak.

Dikatakan juga bahawa petugas ini telah diamanahkan oleh majikannya untuk “jaga” keperluan Mat Sabu. Petugas ini turut maklum bahawa ada lagi beberapa rakannya yang ditugaskan untuk menyalurkan dana kepada pemimpin PAS yang lain namun beliau tidak tahu siapa yang “jaga” siapa. Strategi mereka ialah seorang “jaga” seorang pemimpin PAS – supaya maklumat tidak bocor.

Sekian, IB

Siapa Pemimpin PAS Yang Setiap Bulan Mendapat Bayaran Tunai Dari … ? November 3, 2012

Posted by ibrahimbaba in conspiracy, Ketelusan, Melayu, PAS, politik, PRU13.
4 comments

Disahkan bahawa terdapat 10 orang pemimpin kanan Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang setiap bulan akan diberikan sampul surat berisi ribuan RM.

Nama kesemua 10 orang pemimpin PAS tersebut dikatakan kini sedang dipantau oleh Presiden PAS sendiri selepas dimaklumkan oleh orang kanan beliau sendiri. Walaupun TG Hadi Awang tidak menunjukkan reaksi terkejut apabila dimaklumkan senarai tersebut namun beliau kemudian menzahirkan rasa terkejut dengan beberapa nama yang beliau sendiri tidak sangka penerima dana khas itu.

Haji Hadi mengatakan bahawa beliau telahpun maklum sebelum ini dengan 2-3 nama yang dalam senarai itu tetapi pada mulanya sukar untuk menerima beberapa orang yang lain lagi kerana bagi beliau “penama” tersebut sudahpun kaya sebelum ini kerana perniagaan yang besar sebelum menjadi pemimpin PAS.

Termasuk dalam senarai itu adalah pemimpin yang beliau sendiri kurang selesa kerana fahaman “mazhab” pemimpin tersebut yang dikatakan tidak betul kerana menghina sahabat sehingga sanggup mengkafirkan saiyidina Abu Bakar, Omar dan Uthman.

Namun, nama kesemua ini dipesan oleh sahabat-sahabat dalam pimpinan PAS yang tidak terlibat agar tidak dihebahkan. Maka IB terpaksa akur.

IB turut dimaklumkan bahawa bagi setiap pemipin yang menerima duit ini, mereka akan ditemui atau mereka pergi berjumpa dengan orang perantara mereka setiap bulan. Bagi setiap mereka ini, mereka berurusan dengan seorang orang perantara sahaja. Dan bagi perantara ini pula mereka berurusan dengan seorang pemimpin PAS sahaja. Mereka tidak maklum siapa yang berurusan dengan pemimpin PAS yang lain. Begitulah sulitnya kaedah pemberian dana politik ini.

Sekian, IB