jump to navigation

Blogger Terlampau? June 29, 2009

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
3 comments

Sesetengah blogger, akibat terlalu taksub dengan sesetengah pihak atau sesetengah pempimpin atau sesetengah fahaman, akan bertindak memberi pendapat yang keras dan kadangkala melulu. Mungkin IB sendiri pun mungkin juga boleh terpengaruh dengan suasana maka tertaip pandangan bagi sesetengah orang ianya agak berat sebelah.

Dalam kekecohan pemilihan Timbalan Presiden PAS baru-baru ini, kita boleh lihat sokongan yang ditunjukkan sesetengah pihak – ada yang boleh dikatakan agak keras dan agak melulu sehingga berlaku “character assasination”. IB sendiri menyuarakan agar para pemimpin PAS Janganlah Ghairah Hendak Bertanding – ukurlah diri kita, kemampuan untuk berjasa, penerimaan ahli, penerimaan rakan-rakan seperjuangan, dan sebagainya.

Tetapi, bagi sesetengah bloggers ada yang terus hentam sesetengah calon dan dikaitkan dengan beberapa perkara yang bukan-bukan sehingga melodehkan strategi jangkajauh kita dan melemahkan kita dengan mendedah pelbagai perkara yang tidak sepatut dan melaga-lagakan kita dan menguntungkan musuh. Musuh senyum lebar …

IB petik satu posting di bawah ini sebagai satu gambaran. Tidaklah IB setuju 100% dengan penulisnya tetapi itulah hasilnya apabila kita hentam seseorang dengan pelbagai teori (dan mungkin juga fitnah) yang akhirnya banyak membongkarkan kelemahan diri kita apabila fakta atau rententan peristiwa tidak berlaku seperti kita tuduh.

Sekian, IB

*********************************

Petikan dari Tranungkite Online:

KICKDEFELLA & MALAYSIA WAVES.. SIAPAKAH MEREKA.. AGEN UMNO??


“Al-hamdulillah, akhirnya pd Isnin 22/06/2009 telah selesai suatu konflik yg melanda PAS dalam 1 – 2 minggu yg lepas.. Tok Guru Nik Aziz telah dengan rendah diri menarik balik kenyataan beliau terhadap Ust Nasharuddin Mat Isa..

Antara petikan dari kenyataan Tok Guru Nik Aziz adalah seperti berikut ;

“Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di pejabat agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan prihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno.”

“sumber Malaysiakini”

Apakah maksud dari kenyataan ini ;

1) Segala tuduhan buruk kpd Ust Nasha adalah mainan dr media UMNO

2) Segala tuduhan kepada Ust Nasha sebelum ini adalah FITNAH

Saya secara peribadi, terfikir, siapa kah yang banyak melakukan fitnah terhadap Ust Nasha sehingga wujud salah tanggapan dikalangan pimpinan PAS terhadap Ust Nasha??

Adakah mereka ini yg digelar sebagai “permainan politik UMNO“??

Cuba para pembaca merujuk Artikel dr Blog Kickdefella ;

Selepas Racun Lipas, Najib Sedia Sapukan Gam Tikus

Cuba rujuk pula Artikel dr Blog Malaysia Waves ;

http://www.malaysiawaves.com/2009/06/apabila-pembohong-menjadi-su-agung-pas.html

Dalam kedua2 blog ini, terkandung pelbagai tohmahan terhadap pimpinan2 PAS.. Terdapat pelbagai kata – kata nista dan FITNAH terhadap pimpinan..

Dalam masa sama, kedua – dua pemilik Blog ini menggambarkan mereka semacam Orang KUAT PAS.. Pendokong TEGAR PAS.. Ahli Seumur Hidup PAS..

Menjadi persoalan di benak fikiran saya ialah ;

1) Adakah mereka menjadi “Agen UMNO” bg memecah belah kan PAS??

2) Jikalau mereka benar – benar Ahli PAS, adakah mereka seperti Agen CIA yg dihantar Amerika yg di hantar UMNO untuk menyusup ke dalam PAS bg melakukan FITNAH terhadap pimpinan – pimpinan PAS?? Sehingga kebanyakan Pimpinan dan Ahli PAS terpedaya dan termakan dengan FITNAH ini????

Saya tak berniat menuduh, tetapi CURIGA…

Kepada pembaca yg mengenali Kickdefella & Malaysia Waves ini, tolong lah jelaskan.. SIAPAKAH MEREKA?????

Mahathir – Anti Hadith (?) June 20, 2009

Posted by ibrahimbaba in Anti-Islam, Islam.
Tags: , , , , , ,
2 comments

Semalam, Dr. Mahathir sekali lagi melancarkan buku yang ditulis oleh orang kuat anti hadith di Malaysia ini – Syed Akbar Ali.

Tun Dr Mahathir launched my 3rd book yesterday (Friday 19th June 2009) which is titled ‘Things In Common’. He was accompanied by Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. The event was held at the Kelantan Delights Restaurant which is owned and run by my good friend Juhaidi Yean Abdullah.

Dua tahun lalu, Dr. M telah juga melancarkan buku dari penulis yang sama:

“It’s is important that Muslims read and gain knowledge in everything, including science, technology and mathematics and not only read the Quran and recite the Hadith”, said Tun Dr. Mahathir Mohamad said this afternoon. He was invited to speak at the launching of Syed Akbar Ali’s second book, “Malaysia and the club of Doom: The collapse of the Islamic Countries”, at Kelantan Delight restaurant, KLCC Suria.

Apakah ini sekadar mengesahkan bahawa apa yang pernah diperkatakan orang sebelum ini adalah benar? Jika tidak tidakkan pula beliau lancar buku penulis tersebut lagi sekali.

Pernah satu ketika dulu heboh bahawa sebahagian bab dalam buku ‘Hadith Satu Penilaian Semula’ tulisan Kassim Ahmad adalah sebenarnya tulisan Dr. M sendiri. Persahabatan ini memang sudah lama terjalin di atas dasar ideologi yang sama. Sebab itulah Kassim Ahmad dibebaskan dari tahanan ISA 15 hari selepas Mahathir menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981.

Dan hubungan Kassim Ahmad dengan Syed Akbar juga akrab dan menterjemahkan buku anti-hadith Kassim Ahmad yang diharamkan itu sepertimana ditulis Syed Akbar sendiri dalam blognya – “Meeting an old friend – Dr. Kassim Ahmad”:

Since 1988 Dr Kassim and I became quite close friends. Close enough that I translated his controversial book into English somewhere in the early 90s.

IB pernah duduk di dalam satu majlis bersama dengan Syed Akbar mendengar ceramah seorang professor hadith dari Oxford. Syed Akbar adalah orang yang terawal menanyakan soalan. Sebenarnya soalannya telah melondehkan faham ilmu Islamnya yang cetek dan hanya menyandarkan ulasan kepada tulisan-tulisan orientalis.

Melalui jaringan persahabatan ini maka tidaklah hairan apabila Mahathir mengeluarkan kata-kata yang menghina Junjungan Agung s.a.w. dengan memerli janggut Nabi s.a.w.

Sekian, IB

“Idris Cap Ayam” June 19, 2009

Posted by ibrahimbaba in Kerajaan, Kuala Terengganu, politik, Terengganu, UMNO.
Tags: , , , , , ,
add a comment

dipetik dari Tranungkite Online

KUALA TERENGGANU, 18 Jun: Malang datang bertimpa-timpa kepada bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh. Yang terbaru, beliau disifatkan “Idris cap ayam” selepas beberapa projeknya terus-terusan memberikan masalah kepada Umno Terengganu sendiri.

Ia bermula dengan robohnya bumbung Sekolah Menengah Wakaf Tapai April 2008 lalu dan kemudiannya bumbung Stadium Sultan Mizan baru-baru ini.

Kolam renang yang menjadi pusat sukan akuatik di Batu Burok juga didakwa bocor oleh peniaga sekelilingnya apabila air tidak berhenti-henti membasahi kawasan perniagaan mereka yang terletak dikawasan kolam renang itu.


Ketiga-tiga projek ini dikaitkan dengan projek Wang Ehsan yang diuruskan kerajaan negeri dibawah Idris sebelum ini.
Kini Idris berdepan dengan tuduhan bahawa beliaulah sebenarnya di belakang bekas Setiausaha Politiknya, Datuk Ahmad Ramzi Ahmad Zuber yang kini sedang menghadapi tuduhan kes jenayah di mahkamah ekoran SMS ugutan kepada tiga Adun Umno.

Ramzi dituduh membuat ugutan bunuh kepada ketiga-tiga mereka di samping membuat fitnah kepada Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar Terengganu sekarang, Datuk Ahmad Said.


Dakwaan ini dikemukakan kepada Ramzi ekoran tiga Adun BN termasuk Datuk Rosol Wahid, menerima satu SMS ugutan terhadap nyawa mereka dari telefon bimbit yang nombornya dimiliki oleh Ketua Setiausaha Sulit MB Terengganu.


Selepas menerima SMS itu, Ramzi telah menemani mereka membuat laporan polis. Ekoran SMS ini juga, ketiga-tiganya membuat sidang akhbar dan mengajak Adun BN Terengganu memboikot sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu yang sepatutnya berjalan hari itu.
Ekoran itu, 14 Adun BN memboikot sidang Dun Terengganu yang gambarnya telah disiarkan di muka depan hampir semua akhbar.


Ia telah memalukan kerajaan negeri Terengganu pimpinan Ahmad Said dan beliau telah dipanggil menemui Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin di Kuala Lumpur.


Namun, selepas disiasat polis, didapati Ramzi didakwa orang yang sebenarnya menghantar SMS tersebut menggunakan komputer dan meletakkan Ketua Setiausaha Sulit MB sebagai sender (penghantar).
Ekoran itu, terbukti bukan pegawai Ahmad Said yang menghantar mesej ugutan tetapi dari kem Idris Jusoh sendiri apabila tertangkapnya Ramzi.


Tindakan Ramzi ini disifatkan sebagai usaha kem Idris untuk memalukan Ahmad Said dan seterusnya memaksa beliau meletakkan jawatan sebagai MB Terengganu.


Kini, bukan Ahmad Said yang malu tetapi Idris sudah digelar ‘cap ayam’ kerana ungkapan itulah yang selalu digunakan Idris semasa menjadi Menteri Besar dahulu terhadap apa-apa sahaja yang berkualiti rendah.

Mustafa Ali Sudah Menjernihkan Keadaan, Kini Yang Tinggal Hanya Dendam Kesumat June 19, 2009

Posted by ibrahimbaba in Melayu, PAS, politik.
Tags: , , , , , ,
add a comment

Oleh: ramziredang – dipetik dari Tranungkite Online


Tahniah dan syukur dengan kenyataan Mustafa Ali. “Kalau Najib tak sedia (bincang) dengan PKR dan DAP, PAS pun tak sedia nak bincang dengan Umno-BN,” katanya. Di harap ahli PAS faham betul betul dengan statement tersebut. Bolehlah dirumuskan kenyataan tersebut adalah kenyataan yang mendamaikan dua pihak, pihak yang menyokong TGHH dan TGNA.

Jika anda masih belum dapat memahami kenyataan tersebut atau merasa buruk sangka dengan kenyataan tersebut, ternyata sekarang andalah yang bermasalah.

Jika anda masih belum berpuas hati dan masih ingin memanjang isu ini, ternyata andalah anasir yang anda sendiri sebut selama ini.

Marilah kita berlapang dada, kepada yang menyokong TGNA, anggaplah kenyataan itu tanda rasa bersalah dan tanda memohon maaf orang yang menyokong UG. Kepada yang menyokong TGHH, anggaplah ini satu kenyataan merendah diri atas kesilapan berkata kata.

Malah sebenarnya, untuk menulis, tidak sepatutnya saya menyebut puak TGHH dan puak TGNA. Kerana kita adalah di bawah payung yang sama. Kita berlambangkan sama. Kita menuju ke arah yang sama. Tetapi mungkin masa telah mengalpakan kita. Sejenak kita terlupa untuk mengasihi saudara kita yang selama ini kita kasihi.

Marilah kita berlapang dada, kerana musuh kita bukannya saudara kita, pun musuh kita yang paling besar bukanlah jugak musuh zahir yang berada di depan mata kita, tetapi musuh kita adalah rasa dendam yang bersarang di lubuk hati kita.

Ini bukannya masa untuk kita mendabik dada siapa yang benar siapa yang salah, tetapi ini adalah masa kita menjadikan diri kita mulia kerana sifat pemaaf kita. Kasihilah sesiapa sahaja saudara kita yang sedikit khilaf. Kerana dengan takdir Allah segalanya pun akan boleh tertimpa kembali ke atas kepala kita jika kita alpa bahawa semuanya adalah atas kehendak khudrat dan iradat ALLAH jua.

Janganlah kita cuba bertegang lagi. Kendurkanlah. Bagilah masa kepada sesiapa sahaja. Cubalah saudara berkata kepada diri saudara sendiri, rupa rupanya aku telah terlalai dan alpa, nescaya apa yang kita nampak adalah kemuliaan di kemudian hari. Usahlah lagi diungkit siapa yang betul siapa yang bersalah, kerana itu semua hanya menguntungkan musuh musuh kita.

Sebenarnya kita semualah yang bersalah kerana bila kita diuji, kita lupa bahawa yang menguji adalah yang empunya segala kerajaan langit dan bumi. Maka bila kita lupa kita sedang diuji, jadilah kita mendabik dada.
Marilah kita membuktikan kepada musuh musuh kita dan musuh musuh Allah bahawa strategi mereka untuk memecah belah ikatan ukhuwah yang terjalin sekian lama tidak berjaya. Malah mereka  sendirilah yang akan berpecah belah.

Stadium Runtuh – Hasil Kerja BN Cap Ayam? June 5, 2009

Posted by ibrahimbaba in Kerajaan, Kuala Terengganu, Pembaziran, politik, Terengganu.
Tags: , , , , , , , , , , ,
add a comment

dipetik dari Harakahdaily:

INSIDEN keruntuhan bumbung utama Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Kuala Terengganu, Selasa (2 Jun) lalu masih diperkatakan masyarakat, terutama di Terengganu. Selain ulasan dan pandangan pelbagai pihak masih diberi liputan lewat media cetak dan elektronik, isu itu juga masih memanaskan forum-forum informal dalam masyarakat.

Di mana saja wujud medan bual bicara, sama ada di anjung masjid dan surau, di atas wakaf dan hentian pengangkutan, di warung dan kafe, mahu pun di bengkel dan pejabat, cerita bumbung stadium runtuh meniti bibir rakyat. Pendek kata, hampir tidak ada warga negeri Terengganu yang mumayyiz dan akil baligh, yang tidak buta, pekak dan bisu, yang tidak ikut serta membicarakan isu tersebut.

Ia diakui pelbagai pihak sebagai isu besar dan menggemparkan. Sebab-musababnya sangat banyak. Pertama kerana kehadiran stadium itu terlalu hebat digemariuhkan, terutama oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), sebermula tercetusnya idea pembinaannya sejak tahun 2004 lagi.

Penuh papan tanda besar

Bayangkan, hampir tiada lokasi strategik sepanjang beberapa jalan utama sekitar Kuala Terengganu yang tidak dipacakkan dengan papan tanda besar memaparkan gambar stadium yang bakal dibina itu. “Nak stadium? Impian Kini Menjadi Realiti!” begitulah lebih kurang bait tertulis di atasnya.

Kata-kata itu disertakan dengan empat gambar projek besar BN yang kononnya sangat-sangat diimpikan seluruh rakyat, sedangkan ia hanyalah pemuas nafsu serakah dan ego para pemimpin BN sendiri. “Nak universiti? Nak lebuh raya? Nak lapangan terbang?” papan-papan tanda itu memasyhurkan projek mega BN itu.

Sebab itu boleh dikatakan hampir tidak ada rakyat Terengganu yang tidak tahu kehadiran stadium baru di negeri mereka. Setahun sebelum bermulanya kerja pembinaannya, cerita mengenainya sudah bertebaran serata negeri. Hinggakan nyaris nak termuntah rakyat mengulangbacanya bertahun-tahun.

Kedua, liputan media mengenai pembinaannya agak menonjol. Kos pembinaan stadium itu dikatakan RM292 juta. Ia memuatkan kapasiti penonton sejumlah 50,000 orang. Selain menempatkan padang bolasepak, ia juga menyediakan gelanggang tertutup untuk prasarana boling dan skuasy.

Banyaknya TER …

Uniknya, ada beberapa “TER …” yang dimiliki stadium itu. Antaranya penggunaan spesifikasi TERmoden, TERkini dan berteknologi tinggi dalam pembinaanya.

Ia merupakan stadium pertama di Pantai Timur menggunakan rumput TERmoden dikenali sebagai ‘cow grass’.

Sejarah lebih membanggakan bagi Terengganu ialah apabila SSMZA dikatakan stadium pertama di Asia menggunakan sistem bumbung tanpa kolum (space frame structure), yang mana kesemua 134 meter bumbungnya dibina tanpa tiang sokongan. Hebat! Hebat! Kalah semua stadium di Jepun, Korea mahu pun China. Tak usah disebut Thailand, Singapura atau pun Laos!

Ketiga, sebaik siap, stadium itu menjadi gelanggang utama temasya sukan tahunan yang paling berprestij dalam negara. Sukan Malaysia (Sukma) 2008 berpusat aktiviti utamanya di SSMZA. Maka cerita dan gambar pelbagai sudut stadium yang baru siap dibina itu memenuhi tidak sedikit ruang media dan turut menerobos ruang minda rakyat.

Keempat, lokasi kompleks sukan itu yang berdekatan dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) menyebabkan ia menjadi tumpuan untuk tujuan lain. Bermula musim haji lalu stadium tertutup bersebelahan SSMZA dijadikan tempat para hujjaj berhimpun sebelum bertolak ke tanah suci dari LTSM.

Terlopong dengan hebatnya stadium

Maka budaya rakyat yang gemar mengerah seluruh anggota keluarga menghantar sanak-saudara yang nak berangkat ke Makkah membantu memasyhurkan lagi stadium yang serba canggih itu. Setiap yang hadir, walau pun bukan atas hasrat menyaksikan acara sukan, ternganga dan terlopong dengan keperkasaan binaan SSMZA dan keunikan struktur bumbungnya. Cerita ketakjuban mereka terhadap stadium itu dibawa balik ke segenap pelusuk negeri.

Sebab itu apabila pada Selasa lalu ia runtuh, berita mengenainya sukar lekang dari bualan masyarakat. Macam-macam luahan dan soalan timbul. Bagaimana mungkin stadium yang baru siap sudah runtuh? Macam mana boleh stadium yang sangat canggih runtuh juga? Belum pernah berlaku dalam negara kita kse seperti itu.

Ada yang pernah tengok stadium itu, belum puas menengoknya dan berniat menengoknya sekali lagi. Ada yang baru dengar cerita mengenai kehebatannya dan sudah pasang niat nak ke Gong Badak menengok sendiri struktur unik itu. Tahu-tahu ia sudah runtuh.

Setakat ini semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan pembinaan SSMZA dipertanggungjawab dan dituntut memberikan penjelasan. Namun, masing-masing kelihatannya lebih berminat saling menuding jari.

Apa yang dapat difahami dari kenyataan pelbagai pihak itu, projek ini adalah di bawah kerajaan negeri Terengganu, bukan kerajaan Pusat. Bagaimana pun keaiban atas keruntuhannya turut ditanggung negara.

Sudah banyak aduan

Selaku ketua kerajaan negeri, Dato’ Ahmad Said menjadi orang paling “panas telinga”. Beliau mendedahkan telahpun beberapa kali memberi amaran kepada pihak bertanggungjawab mengenai kebimbangannya atas tahap keselamatan bumbung stadium itu. Malah, katanya, kerosakan itu telah pun beliau sedari sejak hari perasmiannya pada 10 Mei 2008 lalu.

Ahmad juga mempersoalkan ketelusan cadangan dan kelulusan daripada juruperunding yang memeriksa struktur stadium berkenaan kerana mereka dilantik pihak kontraktor. Sedangkan pada pandangannya pemilihan itu sewajarnya diputuskan Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Konsultan yang buat pemeriksaan ini dilantik oleh kontraktor sendiri. Macam mana konsultan itu nak buat pemeriksaan terperinci (termasuk menolak apa yang dibuat kontraktor) sebab dia pun dibayar oleh kontraktor? Sebab itu struktur bangunan seperti ini perlu diperiksa oleh juruperunding bebas,” Ahmad meluahkan rasa tidak puas hatinya.

Ungkapan itu bagaikan tidak cukup memuaskan baginya menerangkan perasaan bengangnya atas insiden memalukan itu, menyebabkan beliau tidak segan melabelkan pihak terbabit sebagai ‘cap ayam’.

“Sebab itu sekarang ini banyak kita tengok projek yang tak berjalan dengan sempurna kerana konsultannya ‘cap ayam’,” Ahmad menzahirkan keperibadiannya yang sebenar.

Istilah ‘cap ayam’ adalah antara label yang laris digunakan di Terengganu. Ia bermaksud koman, tidak berkualiti atau tidak professional, malah tidak boleh digunapakai.

Dalam keadaan yang ada, memang mudah bagi Ahmad melonggokkan kesalahan pada pihak lain. Apatah lagi beliau tidak terlibat dengan idea pembinaan SSMZA dan kerja awalnya, termasuk pemilihan kontraktor dan konsultannya.

Bagaimana pun, sepertimana diakuinya sendiri bahawa kelemahan dan kerosakan pada binaan stadium itu telah pun disedarinya sejak tahun lalu, mengapa beliau sendiri mengambil masa terlalu lama memastikan ia diperbetulkan?

Apakah label ‘cap ayam’ itu tidak wajar turut diberikan kepada kerajaan BN yang seolah-olah tidak berupaya mengarahkan tindakan segera jabatan, agensi dan semua pihak terlibat dengan projek itu memperbaikinya?

Jika konsultannya dikatakan ‘cap ayam’, kontraktor yang melantiknya juga ‘cap ayam’. Maka bukankah kerajaan yang memilih kontraktor itu juga ‘cap ayam’?_

PAS jangan jadi tunggul dalam Pakatan Rakyat June 5, 2009

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
add a comment

dipetik dari Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Hrkh) – PAS jangan sekali hanya menjadi tunggul dalam Pakatan Rakyat, tegas wakil Dewan Pemuda PAS Perlis, Muhamad Yassin Desa dalam sesi perbahasan ucaptama Ketua Pemuda PAS dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-50 di Taman Melewar, dekat sini, hari ini.

Katanya sejak Mac 2008, Pemuda PAS melihat semakin ramai di kalangan ahli PAS bagitu gopoh dan gelojoh dalam membuat penilaian.

“Mungkin kita melihat kemenangan itu sudah begitu hampir dengan kita sehingga menjadi kita lupa sejenak untuk menoleh ke belakang sebentar di mana kita berada.

“Apakah matlamat asal perjuangan parti kita, jangan diulit mimpi kemenangan semata-mata sehingga menjadi kita alpa, sekali gus membuka ruang-ruang untuk musuh kita membuat serangan balas yang bakal merugikan kita kelak,” tegasnya.

Katanya, dalam ucaptama Ketua Pemuda malam tadi, beliau menyebut setiap parti dalam Pakatan Rakyat menjadi komplimenter antara satu sama lain.

Bagaimanapun katanya, PAS harus berasa di hadapan, menjadi dominan dalam Pakatan Rakyat.

“Sekali lagi, dipertegaskan PAS tak mahu dilihat menjadi tunggul di dalam Pakatan Rakyat dan PAS juga harus jadi faktor penentu di dalam Pakatan Rakyat.

Kerana itu katanya, bagi menyahut cabaran untuk memimpin pemuda Malaysia, Pemuda PAS Perlis berharap agar pemimpin Pemuda PAS Pusat dapat merangka formula atau satu plan bertindak yang terbaik bagi merealisasi matlamat tersebut.

Terdahulu, beliau turut mengucap terima kasih kepada ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub yang akan meninggalkan kerusi tersebut selepas ini.

Runtuhnya kebanggaan BN June 3, 2009

Posted by ibrahimbaba in Ketelusan, Kuala Terengganu, Pembaziran, politik, Terengganu.
Tags: , ,
add a comment

dipetik dari Tranungkite Online

Semasa Terengganu di bawah Dato’ Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar, antara kebanggaan mereka ialah JUSA (iaitu Jalanraya/Lebuhraya, Universiti, Stadium dan Airport). Billboard atau papan tanda gergasi terpampang di mana-mana dengan slogan-slogan seperti “Nak Lebuhraya? Nak Universiti? Nak Stadium? Nak Lapangan Terbang?” Itulah projek mega yang sangat dibanggakan oleh kerajaan BN.

Hari ini pada kira-kira jam 9.00 pagi, Allah SWT telah menunjukkan kekuasaan-Nya apabila meruntuh dan meranapkan salah satu dari kebanggaan manusia itu iaitu Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Terengganu setelah kira-kira setahun ia digunakan.

Stadium tersebut telah dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei 2008. Ia menelan belanja RM270 juta dan telah digunakan buat kali pertamanya bagi program Sukan Malaysia (SUKMA) 2008 yang bermula pada 31 Mei hingga 9 Jun 2008.

Sebenarnya memang menjadi bualan orang, termasuk pihak yang bertanggungjawab dengan stadium itu sendiri bahawa ia tidak selamat untuk digunakan. Ada sebahagian mereka begitu berhati-hati ketika berada di stadium itu dengan memilih tempat duduk yang difikirkan agak ‘selamat’ sedikit.

Hari ini kekhuatiran itu telah terbukti apabila bumbungnya runtuh yang mengakibatkan sebuah kereta Kancil dan 4 buah motorsikal rosak dan tertimbus. Kerosakannya dikatakan berpunca daripada strukturnya yang tidak stabil.

Sejak selepas perasmian lagi ia telah mengalami kerosakan dan terpaksa dibaiki sehari selepas dirasmikan. Selepas itu, ada-ada sahaja pekerja duduk di bumbung untuk membaiki kerosakan yang berlaku.

Stadium Runtuh: Apa Manifestasinya? June 3, 2009

Posted by ibrahimbaba in Kerajaan, Kuala Terengganu, Pembaziran, Terengganu, UMNO.
1 comment so far

dipetik dari Tranungkite Online

Kalau kita menjadi rakyat yang cerdik, sudah cukup kita menghukum UMNO/BN dengan hal-hal penyelewengan dan rasuah dalam projek-projek pembangunan untuk rakyat. Di negara maju seperti Amerika Syarikat dan Negara Eropah yang lain, pembayar cukai menyedari hak mereka dan tidak teragak-agak menggunakan hak mereka untuk menghukum kerajaan yang korup.

Mereka tahu bahawa pembangunan negara menggunakan wang mereka yang dipotong dari cukai pendapatan dan ribuan cukai lain. Bezanya ialah wang rakyat itu bukan secara langsung keluar dari poket mereka. Kalaulah mereka berfikir sudah tentu mereka sedari bahawa wang mereka awal-awal lagi telah diambil oleh kerajaan melalui potongan cukai, duti import dan sebagainya.

Stadium runtuh adalah manifestasi pengurusan projek yang gagal. Sudah tentu berlaku penyelewengan dan urus tadbir yang tidak baik. Ini mengakibatkan kos yang melambung tinggi tetapi hasil kerjanya tidak memuaskan. Entah berapa juta lagi diperlukan pula duit rakyat untuk membaiki kerosakan. Rakyat, seperti dinyatakan tadi, tidak berasa apa-apa kerana duit tidak diambil dari poket mereka secara langsung.

Izinkan penulis, mendedahkan beberapa ‘projek menyakitkan hati’ di daerah Kemaman,  yang penulis lihat dan ketahui. Para pembaca lain sudah pasti mempunyai lebih banyak maklumat tentang projek-projek kerajaan BN yang menyakitkan hati ini. Antaranya, mercutanda ala UFO di depan Balai Bomba, Taman Chukai Utama. Setelah habis hampir RM5 juta, ada hasilnya sekarang? Indahkah UFO itu (umpama UFO rosak yang mendarat di Chukai)? Satu lagi projek BN. Duit siapa tu? Siapa kaut untung? Kedua, Jambatan Sungai Pinang yang terbengkalai sudah dua tahun. Sampai ke hari ini, pengguna yang berulang-alik setiap hari terpaksa menanggung seksa. Jalan sementara tidak diturap, berlopak apabila hujan dan berlubang-lubang. Duit sudah habis berjuta-juta untuk projek itu tetapi apakah hasilnya kini? Siapa untung dari satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional ini?

Ketiga, projek pembetungan sepanjang jalan Kampung Mak Chili Paya. Sudah berapa kontraktor yang meninggalkan tugas dengan tidak sempurna? Sudah berapa juta duit rakyat hangus tetapi kualiti buatannya amat menyedihkan. Ada tempat bertutup dan ada bahagian tidak bertutup sehingga membahayakan pengguna jalan raya. Itu belum pasti lagi pembentungan itu berjaya mengalirkan air ke sungai dengan sempurna. Sudahlah jalan di hadapan JPJ menghala ke arah parit dan jalan bertebingkan parit dalam yang tidak baiki. Apabila berlaku kemalangan dan kematian, barulah wakil rakyat BN turun padang.

Keempat, pergilah ke jalan dan lorong mana pun, sudah pasti kita akan sakit hati melihat jalan rosak yang tidak dibaiki. Rosaknya masuk berbulan-bulan tanpa tindakan kerajaan Barisan Nasional. Seolah-olahnya wakil rakyat tidak pernah melalui jalan itu dan wakil rakyat BN memang tidak peduli pun kesusahan rakyat. Mereka cuma ghairah hendak bagi projek besar kepada kroni-kroni mereka. Dan kontraktor kroni inilah yang membaham keuntungan untuk di bahagikan komisyen sesama mereka. Tengoklah Jalan Mak Lagam-Cheneh dan Pasir Gajah-Air Putih. Selesakah rakyat setelah habis wang berjuta.

Kelima, bocor di sana bocor di sini bermula dari Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung) dan terkini Masjid Kristal kebanggaan Idris Jusoh. Macam mana projek yang melibatkan ratusan juta duit rakyat di bawah satu lagi projek Kerajaan Barisan Nasional boleh menjadi begitu rendah mutu buatannya. Apa yang dapat dibanggakan untuk pelancongan kalau pelancong didedahkan dengan baldi dan besen penadah air hujan.

Stadium runtuh adalah rentetan jambatan terbengkalai, pembentungan separuh masak, jalan beralun dan berlubang dan kebocoran di sana sini. Untuk dibaiki segala kerosakan ini, kerajaan akan menyuntik ratusan juta ringgit lagi. Poket dan akaun bank rakyat disedut lagi. Hanya rakyat yang tolol terus bermurah hati untuk memberi undi setiap kali pilihanraya untuk Barisan Nasional. Kalau kalian menjadi rakyat yang cerdik, penyelewengan dan korupsi dalam kerajaan sahaja pun sudah cukup untuk kalian menafikan undi untuk BN.