jump to navigation

Kesian Jugak Kat Khalid Samad January 27, 2010

Posted by ibrahimbaba in Anti-Islam, Anwar, Islam, Melayu, PAS, politik.
Tags: , , , , ,
1 comment so far

Setelah membaca Khalid is Making a Fool of himself tulisan ahmadhadeed, IB tergerak untuk menonton rakaman 101 East tersebut di youtube. Seperti IB nyatakan di atas sebagai tajuk, memang IB kesian kat Khalid Samad.  Sama macam kesian kat Anwar Ibrahim. Semoga Allah memberi petunjukNya.

Dalam sesi kurang setengah jam tersebut, nampak seolah-olah Khalid Samad bersama Marina Mahathir melawan Yusri Mohamed pulak. Semacam semasa Marina dan puak Islam Liberal berganding bahu bersama Asri Zainal Abidin menghentam institusi agama JAIS sedikit masa dahulu.

Mereka yang bersama Khalid semasa dalam jemaahnya yang tersendiri [bukan main-stream] ketika menuntut di UK dahulu amat kita fahami cara berfikirnya.

Kontroversi Khalid tidak habis-habis dengan establishment agama dan arus perdana Islam semenjak dari dahulu lagi. IB banyak menerima emel dan sms yang menzahirkan perasaan tidak senang dengan komen-komen beliau semasa program 101 East tersebut.

IB terasa agak gusar dengan perkembangan pada PAS di akhir-akhir ini. Dalam menjayakan slogan “PAS for All” mereka, PAS menjadi berkecamuk. Segalanya ada dalam PAS. Syiah, Wahhabi, Liberal dan sebagainya.

Malah, dengan pendirian Lujnah Politik yang mengatasi pendirian tokoh dalam Dewan Ulamak dalam isu kalimah Allah, PAS dilihat mementingkan mainan politik mengatasi prinsip dan kepentingan umat Islam yang menjadi “core” pengundi mereka yang besar. Sudah ada rungutan sesetengah ahli yang mempersoal sesetengah pemimpin yang cuba memenangi hati orang-orang bukan Islam yang ingin dipinangi waktu PRU tetapi melupakan perasaan dan semangat perjuangan pengundi teras mereka.

Khalid adalah diantara tokoh yang kurang disenangi oleh sebahagian ahli PAS dan pengundi Islam yang merasakan pendirian Khalid banyak merugikan parti dan memberi “peluru” kepada puak liberal dan musuh Islam.

IB memang kesian kat Khalid dan PAS.

Sekian, IB

Angkuhnya Manusia Bernama Asri Zainal Abidin December 30, 2009

Posted by ibrahimbaba in Islam.
Tags: , , , , , , , , , , , , , ,
9 comments

Memang benar angkuhnya!

Mana-mana pihak atau agensi dan sesiapa juga yang tidak sehaluan atau yang dia rasakan menentangnya, dia akan memperleceh dan merendah-rendahkan agensi atau seseorang itu.

Sikap angkuh dan sombong melampaunya bukan suatu yang baru. Bagi sesiapa yang pernah menonton ceramahnya dalam Youtube atau mana-mana rakaman – pasti telahpun banyak yang dapat mengesahkannya. Itulah angkuhnya manusia yang bernama Dr. Mohd Asri Zainal Abidin @ Abdul Talib (MAZA) [komen lencongan sikit … pelik sikitlah Abdul kepada Talib … hmmm]

Contoh terbaru ialah berikut (yang dipetik dari tulisan terbarunya semalam – tak payahlah IB tambah “hits” dia dengan meletakkan pautannya [lagi tambah act dia]):

Pihak RTM 1, pula semalam (28 Disember 2009) menyiarkan siaran langsung Hj. Uthman Muhammady dan seorang penceramah yang tidak dikenali membuat tafsiran yang salah terhadap perbezaan pendapat dan usaha pembaharuan.

Ustaz Muhammad `Uthman El-Muhammady hanya dipanggil dengan Hj. Uthman Muhammady! Saya serahkan kepada pembaca menilainya. Begitulah dalam banyak petikan ceramahnya yang lain … termasuk apa yang dipanggilnya kepada Sheikh Jaafar Al-Barzanji – ada rakaman Youtube tu.

Kepada panelis kedua, Prof. Madya Dr. Fakhruddin Mukti, disebut oleh Dr. Asri hanya sebagai seorang “penceramah yang tidak dikenali“. Dia nak kata dia lebih dikenali … ikut dialah. Nama Dr. Fakhrudin terpampang di skrin TV. Dr. Fakhruddin seorang Profesor Madya. Dr. Asri tu sekadar pensyarah kanan je! Jangan duk act lah! Perbezaan antara seorang PM dengan setakat pensyarah kanan adalah kayu pengukur kesarjanaan. Yang mencari populariti dengan berbangga dengan hits di blog, muka disiar oleh akhbar, puak Islam Liberal memberi sokongan, Mahathir suka, telefon Marina Mahathir bila kena tangkap …. dan panjang lagilah … itu bukannya kayu pengukur kesarjanaan.

Dr. Asri (MAZA) dalam banyak tulisannya telah melacurkan kesarjanaan yang dia sendiri selalu berbangga dengannya. Dia selalu tidak jujur dalam penyampaian maklumatnya, kerap sengaja diputarbelitkan fakta, pick-and-choose mana yang dia rasa membantunya dan menyorok sesetengah fakta lain … apakah itu nilai kesarjanaan yang dicari dan diwarwarkannya? Bacalah salah satu sanggahan Dr. Asmadi: Ulasan Terhadap Artikel Dr. MAZA: Salah Guna Nama Ijmak.

Kalau RTM tak jemput dia jangan terus “kecewa kerana ada saluran media yang tidak bersikap positif“. Yang hang duk bayar kat Astro untuk siar kisah perahu hang tu? Yang Majalah-i tu penuh dengan tulisan-tulisan menentang arus perdana – hang kata “memberikan laporan yang positif dan adil“. Kerana ikut hang, hang OK. Tak siar muka hang, hang kata tak positif … apalah!

Kalau orang Teganu, MAZA ni bunyinya semacam “majal” seperti sial majal. Agaknya bunyi itu mengambarkannya … boleh kita katakan begitu?

Mereka yang sealiran dengan dia ni sememangnya begitu. Kadang-kadang tu, bila kita tengok muka mereka ni nampak macam dia orang “gong”lah … kata orang Teganu. Tengok sajalah bagaimana kebiadaban Dr. Fauzi Deraman dalam rakaman Al-Kuliyyah (yang Asri marah sangat tak disiar secara langsung – lihat nota tambahan di bawah). Dengarlah gelak ketawa penonton yang sealiran dengannya – siap ada yang tepuk tangan. Tak pe … tu bukan bidaah.

Sekian, IB

… bagi mereka yang mengikuti penulisan IB, kali ini gaya penulisan dan bahasa yang IB guna agak berbeza sikit … sebab geramlah!

Nota tambahan:

Ini yang IB telah tulis sebelum ini berhubung siaran rakaman Al-Kulliyyah:

Pasal rakaman ini, apa yang IB dengar, ianya mungkin tidak akan disiarkan kerana “orang-orang tertentu” merasakan rakaman ini tidak menyebelahi mereka. Malah asalnya “mereka” hendak siarkan secara langsung kerana dirasakan mereka bakal dapat “pukul” Ustaz Uthman secara “live” dengan dua orang tokoh mereka. Allah Maha Bijaksana dalam perancanganNya.

[dipetik dari komen IB kepada artikel Kebiadaban Spiritual]

MAZA Mendapat Sokongan Marina dan SIS November 3, 2009

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
Tags: , , , , ,
2 comments

Pelbagai berita telah melaporkan bahawa Marina Mahathir dan Zainah Anwar Sisters-in-Islam (SIS) hadir memberi sokongan kepada bekas Mufti Perlis, Asri Zainal Abidin (MAZA), di Mahkamah Rendah Syariah semalam.

Sukar untuk IB fahami kalau MAZA yang begitu keras dalam isu-isu khilaf yang furu’ dalam perbezaan pendapat ulama’ boleh berkerjasama dalam puak-puak SIS. Tidak pula dia lantang dalam menghentam Zainah dan Marina. Yang dihentam ulama’-ulama’ tradisional arus perdana Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Perkara pelik seperti ini mengundang persoalan. Kalau doa qunut dan bacaan Yaasiin dibidaahkan bagaimana pula boleh bersengkongkol dengan pandangan ultra-liberal SIS? Apa agenda sebenar puak-puak yang dilabelkan sebagai wahhabi ini?

Sekian, IB

… ada yang minta bukti gambar “… jangan tuduh sebarangan“. Berikut ini dapat menjelaskan (dipetik dari blog-blog lain):

asri-marinaspot

asrimarinazarinahsis

Susahnya Bila Orang Jahil Membuat Komen October 31, 2008

Posted by ibrahimbaba in Islam, Uncategorized.
Tags: , , , , , , ,
1 comment so far

Apabila Prof. Zakaria Stapa menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana dibimbangi memesongkan akidah, maka ramai pula orang-orang awam termasuk yang bukan Islam mengeluarkan komen serta pendapat mereka.

Masalahnya ialah apakah mereka yang hendak membuat pelbagai komen ini layak membuat komen berhubung agama? Apakah mereka ini bab-bab usuluddin?

Antara yang selalu sibuk membuat komen ialah Marina Mahathir dalam blognya (saya tak akan link “url”nya – tak pasal-pasal bertambah hits dia). Marina ini memang sudah terkenal dengan pendapatnya berhubung isu-isu agama yang jauh terpesong. Bila dia menuduh ahli Majlis Fatwa Kebangsaan – apakah dia sendiri tahu di peringkat mana ilmu agamanya? Apabila dia menuduh pelbagai kesalahan dan maksiat yang dilakukan oleh, apa yang dia sebut, “orang agama” – pertama apakah mereka itu benar-benar “orang agama” dan kedua apakah itu majoritinya.

Yang menjadi masalah kerap yang berlaku dengan apa yang dikatakan sebagai kesalahan yang dilakukan oleh “orang agama” ialah mereka itu sendiri yang cetek agama tetapi berlagak macam “berilmu” dan kebanyakkan pula mereka ini adalah yang dari pelbagai ajaran sesat.

Dan yang kedua, media selalu menghebohkan satu dua kes yang berlaku dan digambarkan secara besar-besaran sebagai “orang agama” yang selalu membuat kesalahan. Apakah majoriti “orang-orang agama” ini sememangnya seperti apa yang digambarkan oleh Marina sepertimana kerap dilakukan oleh ayahnya Mahathir dalam mengherdik orang-orang agama? Ayahnya sememangnya amat terkenal dengan kata-kata sinisnya menghentam agama Islam – termasuk menghina Rasulullah S.A.W.

Kemudian pula, ada seorang yang dikatakan telah mengamalkan yoga selama 40 mempersoalkan Prof Zakaria dengan mengatakan yoga adalah “meditation technique – a science of health and had nothing to do with religion” Inilah yang dikatakan seseorang yang tidak belajar habis bab-bab asas dalam agama ingin menjustifikasikan kejahilannya.

Dan menambahkan masalah ialah ada di kalangan mereka yang bukan Islam dan tidak tahu apa-apa langsung tentang agama Islam ingin menuruti keceluparan mulut sesetengah orang-orang jahil tetapi mengaku Islam. Mereka mula memberi pendapat yang jelas tidak faham dengan isu sebenarnya.

Sekian, IB