jump to navigation

PANAS!!! Siapa MB Terengganu Yang Sebenar? August 12, 2009

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
1 comment so far

Kemelut MB di Terengganu masih tidak berkesudahan. Walaupun Mat Said telah terselamat dari menerima anugerah MB Terengganu yang paling sekejap memegang jawatan setelah mengatasi Mahmud yang pernah menjadi MB 35 tahun lalu.

Namun, kedudukannya masih tidak teguh. Tetap kedengaran desas-desus kem lain yang mencabar kedudukannya. Yang paling ketara ialah apabila Mat Said tidak mendapat kepercayaan Najib untuk mengetuai UMNO Terengganu. Najib terpaksa meletakkan sepupunya untuk memerintah Terengganu.

IB tak pasti kenapa Najib hantar sepupunya. Apakah agar sepupunya nostalgia dengan Atuknya yang pernah berpolitik di Terengganu selepas meninggalkan UMNO lebih 50 tahun lalu?

[Orang-orang muda kena ingat semua bekas pemimpin UMNO pernah meninggalkan UMNO – termasuk pengasasnya sendiri Dato’ Onn Jaafar. Hanya Tun Razak seorang sahaja yang tidak kerana dia mati sebelum menjadi bekas pemimpin. Pak Lah juga belum lagi keluar UMNO selepas digugurkan dari pimpinan UMNO – tetapi dia pernah mengikuti S46 bersama Ku Li menentang sebentar walaupun tidak secara rasmi. Mahathir sudah kita maklum telah keluar UMNO sebelum ini – 2 kali!!!]

Berbalik kepada kisah MB di Terengganu, ura-ura geng lain ingin mencabar kedudukan Mat Said masih kedengaran.

Namun, apa yang IB dapati ini paling mengejutkan.

Kalau anda melayari laman web rasmi kerajaan negeri Terengganu … semacam Derih tu masih lagi MB … rasenya.

MBT1

Lihat “screen-shots” yang IB rakamkan ini. INGAT – ini dari laman rasmi kerajaan!

Taip

http://www.terengganu.gov.my/

Kemudian pilih:

Utama

Kerajaan Negeri

Pejabat Menteri Besar

Ini paparan yang akan dapat!!!

MBT2

Siapa MB?

Tersenyum Derih dalam gambar ini. Dan pastinya tersenyum juga Derih bila membaca posting ini …

Lihat juga maklumat yang diberikan …. kosong?

Dan ini bukan setakat itu sahaja, malah IB dapati team ICT Kerajaan Negeri kita mungkin terlena tidur dengan keasyikan desiran bayu Laut China Selatan.

Lihatlah sendiri maklumat-maklumat yang dipaparkan. Cubalah … samada ianya kosong atau berita basi.

MBT3

MBT4MBT5

IB mengatakan PANAS pada tajuknya kerana anda perlu periksa sendiri sekarang … lepas ini mungkin disedari mereka dan akan memperbaikinya.

Percubaan polis masuk pejabat Agung PAS gagal! August 1, 2009

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
add a comment

dipetik dari Harakahdaily.net:

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Hrkh) – Kira-kira jam 5.15 petang tadi, pihak polis cuba memasuki Pejabat Agung PAS dipercayai bagi menahan beberapa pimpinan utama Pakatan Rakyat.

Namun cubaan itu berjaya dipatahkan oleh anggota Unit Amal yang berkawal di Pejabat Agung PAS.

Pada jam 5.20 lima trak FRU mengawal di pejabat tersebut, namun beberapa minit selepas gagal memasuki Pejabat Agung PAS, mereka beredar.

Harakahdaily difahamkan, pimpinan utama Pakatan Rakyat masih berada di pejabat tersebut.

Sementara di Maju Junction, polis masih bertempur dengan peserta himpunan, namun lebih ganas dengan mengejar serta melemparkan gas pemedih mata.

Penyokong dari Masjik Jamek terperangkap di jalan Masjid India August 1, 2009

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
add a comment

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Beribu-ribu terperangkap di Jalan Masjid India apabil polis mengepung laluan menuju ke Sogo. Mereka penyokong Mansuh ISA yang bergerak dari Masjid Jamek selepas usai menunaikan solat fardu Zuhor jam 2 petang tadi.

Menurut Yang Dipertua PAS Batu, Ishak Surin yang terperangkap di sana, kumpulan penyokong tidak boleh bergerak dan beberapa orang terus di tahan.

Kumpulan tersebut mengambil jalan menuju Masjid India apabila FRU melepaskan gas pemedih mata di pintu utama keluar dari Masjid Jamek. Laungan takbir terus bertalu-talu mengiringi perarak tersebut.

Sementara itu, di luar komplek membeli belah, beberapa penggerak utama Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) ditahan dalam percubaan mereka berhimpun sebelum berarak ke Istana Negara mulai jam 2 petang.

Antara yang ditahan termasuklah Ahli Jawatankuasa GMI merangkap Pengerusi Sokongan Keluarga ISA, Norlaila Othman, dan Bendahari GMI, Narshita Mohd Nor. Meraka ditahan bersama pemimpin Pengerusi Lajnah Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah al-Jundi.

Sebuah trak digunakan mengangkut mereka dari kompleks membeli-belah itu menuju suatu tempat yang tidak dapat dipastikan.

Sehingga kini, menurut polis Kuala Lumpur, kira-kira 200 penyokong himpunan MANSUH ISA sudah ditahan di beberapa tempat di tengah bandar dalam percubaan menganjurkan demonstrasi besar-besaran membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini.

Lebih 20,000 peserta himpunan aman bertembung polis dekat Sogo August 1, 2009

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
1 comment so far

dipetik dari Harakahdaily.net

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Hrkh) – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dilihat mengetuai perarakan beberapa kumpulan yang terpisah dari Sogo ke Dataran Merdeka. Turut bersamanya, Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali dan Naib-Naib Presiden, Dato’ Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub.

Menurut wartawan Harakahdaily polis sudah menggunakan kekerasan dan keganasan dengan membelasah peserta perhimpunan aman Mansuh ISA yang mula digerakkan dari kompleks membeli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman ke Dataran Merdeka dan Masjid Jamik.

Keadaan dilihat semakin tidak terkawal dengan tindakan ganas polis itu. Laungan takbir dan reformasi bersahut-sahutan. Dianggarkan lebih 20,000 orang terbabit dengan perarakan berkenaan.

Kumpulan yang bersama dengan Tuan Guru Abdul Hadi Awang dilihat menjadi sasaran pihak polis. Kelihatan juga beberapa insiden ‘pertempuran’ antara peserta himpunan dengan anggota polis yang semakin ganas bertindak.

Peserta demonstrasi menggunakan jalan lain menuju ke Dataran Merdeka untuk bertemu dengan kumpulan yang berarak dari Masjid Negara.

Polis juga menggunakan anjing pengesan membantu operasi mereka. Beberapa pimpinan Pakatan Rakyat dilihat mengetuai perarakan yang semakin ramai sambutan. Polis membelasah menggunakan belantan.

Sebelum itu, Setiausaha Pemuda PAS, Kamaruzaman Mohamad dan aktivis Arutchelvan sedang berbincang dengan pihak polis bagi mendapatkan laluan ke Dataran Merdeka dan Masjid Jamik. Namun pihak polis bukan sahaja tidak membenarkan, malah memberi amaran akan melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan himpunan.