jump to navigation

Melawan Fitnah Dengan Fitnah – Langkah Silap Anwar July 7, 2008

Posted by ibrahimbaba in Anwar, politik, UMNO.
Tags: , , , , , ,
6 comments

Apabila Bala membuat akuan bersumpahnya membabitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya dan beberapa pendedahan “explicit” dan keji yang lain, ada yang bersorak kerana dikatakan memerangkapkan Najib dan merasakan Najib sudah tersungkur.

Tetapi apakah benar begitu?

Mungkin ada kebernarannya bahawa Najib tersepit dan terpaksa berhempas pulas menangkis tuduhan dalam akuan bersumpah tersebut. Mungkin Najib mengelabah dibuat Bala.

Namun, apakah “bala” benar-benar menimpa Najib atau ianya turut terpalit terkena Anwar? Walapun mungkin ada yang tidak bersetuju, tetapi hakikatnya “bala” akibat dari bersama Balasubramanian pada hari pendedahan akuan bersumpah itu turut dirasai oleh Anwar.

Amat tidak wajar Anwar hadir sama apabila Bala membuat pendedahan tersebut. Ianya mengaitkan dengan Anwar. Walaupun tidak, seolah-olah Anwar terlibat merancangnya. Anwar kini sama-sama terbabit dengan “penyebaran fitnah” yang belum kita tahu kesahihannya.

Apa-apa pun Anwar seharusnya lebih cekap untuk tidak membabitkan dirinya dengan serangan peribadi seperti itu kerana itulah yang terkena ke atasnya. Maka tidak wajar DSAI mengguna senjata yang sama untuk menyerang balas Najib.

Sepatutnya Anwar membuat kenyataan akhbar lain di tempat berbeza selepas Bala mendedahkannya. Dan sepatutnya Bala tidak membuat kenyataan tersebut di premis PKR.

Namun, ianya sudah terjadi. Berhempas pulaslah Anwar dan PKR untuk menidakkan kaitan mereka dengan pendedahan Bala.

Sebagai orang Islam dan pemimpin yang sudah matang, Anwar tidak sepatutnya melawan fitnah dengan fitnah.

Sekian, IB

Pertembungan DSAI-Najib – Pak Lah Lega July 7, 2008

Posted by ibrahimbaba in Anwar, Melayu, politik, UMNO.
Tags: , , , , , , ,
add a comment

Kemungkinan DSAI memimpin kerajaan baru dikira sedang memuncak sehiingga terbantut semua harapan tersebut akibat kes laporan Saiful. Benar atau tidak itu soalan kedua. Berikutan dari kes tersebut, untuk tempoh yang terdekat, DSAI dan keseluruhan jentera PKR and juga Pakatan akan sibuk dengan pelbagai urusan termasuk siasatan dan akan banyak menghabiskan masa di mahkamah.

Begitulah juga Najib. Momentum yang sudah dibina untuk mencabar Pak Lah kini terhenjut. Tumpuan Najib kini teralih kepada menjawab tuduhan DSAI dan kes mahkamah. Mungkin di fikiran Najib buat masa ini lebih kepada melepaskan diri dari siasatan dan tindakan mahkamah.

Apakah kerana terzahir hasrat Najib kepada kemnya (walapun seberapa rahsia sekalipun) untuk menandingi Pak Lah untuk jawatan Presiden telah mengakibatkan laporan Bala terlaksana?

Akibat dari pertembungan Najib-Anwar dengan tuduhan fitnah dari “nominee” masing-masing disiarkan meluas, maka tumpuan kedua-dua mereka untuk menduduki kerusi PM kini teralih untuk menjawab serta menangkis tuduhan-tuduhan. Dan ianya sudah pasti membantut usaha-usaha dan perancangan asal mereka.

Anwar tidak dapat lagi mejelajah segenap negara sibuk meraih sokongan dan menyusun strategi jika tidak disertakan juga masa dan tumpuan untuk menangkis tuduhan terhadapnya.

Begitu juga Najib. DIa terpaksa perlahankan sedikit gerak-kerja menarik sokongan untuk mencabar Pak Lah kerana terpaksa menjawab tuduhan terbaru. Walaupun akuan bersumpah sudah ditarik – “damage has been done”. Hendak atau tidak Najib terpaksa menurunkan “gear”nya kerana terlalu bimbang Pak Lah akan mengguna peluang ini untuk benar-benar melemahkan asakan Najib.

Bukan sahaja kedua-dua mereka teralih tumpuan, rakyat pun tersentak dan sibuk berbicara pertembungan kedua-dua mereka ini hingga tenggelam semua isu lain.

Pak Lah pastinya tersenyum lega melihat kemelut yang dihadapi oleh lawannya dan juga oleh bakal pesaingnya. Apakah “budak-budak Tingkat 4” ada peranan mereka dalam krisis terkini?

Sekian, IB

Astaghfirullah … July 3, 2008

Posted by ibrahimbaba in Kerajaan, masalah sosial, Melayu, politik.
Tags: , , , ,
3 comments

Amat mengerunkan. Dan beristighfar panjang bila IB membaca akuan bersumpah Balasubramanian, penyiasat persendirian yang diupah oleh Razak Baginda.

(Kalau nak bacalah … statutory_declaration-balasubramaniam-altantuya)

IB tidak hairan sangat dengan pendedahan bagaimana polis menutup sesetengah yang ingin mereka lindungi. Memang itu kerap kita dengar. Penyalah gunaan kuasa di kalangan pegawai dan anggota polis sudah menjadi budaya di kalangan kebanyakan mereka. Sebab itu bagi sesetengah orang yang meneliti gejala social yang berlaku – kerap kali kita dapati berlaku di kalangan anak-anak polis.

Tetapi IB AMAT TERKEJUT apabila membaca kandungan yang didedahkan oleh Bala. Terlalu “explicit” dan keji!

Jika benar apa yang diperkatakan dalam perakuan 16 muka surat itu … tidak tahu apa lagi yang ada boleh berlaku di kalangan orang-orang kenamaan kita.

Baru semalam, IB dimaklumkan peribadi dan perlakuan tidak bermoral dua orang menteri Melayu kita. Itu pun sudah menganggu fikiran IB hingga sukar untuk tidur. Perkara-perkara seperti ini amat menganggu fikiran IB kerana merenung nasib bangsa dan agama di tanah air kita nanti.

Apakah yang akan jadi pada negara, bangsa dan umat Islam kita jika dipimpin oleh mereka yang seperti ini. Apa akan jadi pada generasi berikutnya?

Astaghfirullah …

Sekian, IB