jump to navigation

Anwar Cekal Dalam Pendiriannya Berhubung Pluralisme Agama February 22, 2011

Posted by ibrahimbaba in Anwar, Islam.
1 comment so far

Biar apa pun dikata, Anwar Ibrahim cekal dalam menyatakan pendiriannya berhubung pluralisme agama. Terbaru, apabila PM Najib mengatakan perlunya ada usaha untuk menyekat penyebaran fahaman yang bertentang dengan ajaran Islam ini, DSAI mengatakan ‘‘Hypocrisy to exhort pluralism and use umno media to condemn it” dalam tweetnya kepada beberapa kelompok tweeternya.

Mengenal DSAI begitu lama serta mengasihi beliau agar tidak tersasar dari perjuangan asal, IB selalu mendoakan agar DSAI diberi hidayah dan bertaubat dari kesilapan-kesilapan yang besar sebegini. Ini soal aqidah. Bukan main-main. Jika tidak sempat kita bertaubat sebelum ajal – ianya membezakan antara syurga dengan neraka yang kekal abadan di dalamnya. Nauzubillah.

Kalaulah setakat dosa merompak, bunuh orang, rasuah dan seumpamanya serta meninggal yang wajib tetapi sempurna tauhid kita, mungkinlah terhumban di dalam neraka dahulu untuk menikmati keindahan syurga akhirnya. Tetapi kalau sudah tersasar aqidah, maka kekal dalam neraka selama-lamanya. Nauzubillah.

Oleh kerana itu, IB sentiasa membangkit isu ini bagi mengingatkan seorang sahabat. Dan sebab itulah IB berterusan menulis perkara ini semoga jika Anwar bebal dengan pendiriannya biarlah kita yang menyokong hasrat perjuangan reformasi dan demokrasi ini tidak terikut sama ke dalam lubang biawak.

[Tulisan IB sebelum ini: 1. Anwar dan Pluralisme Agama 2. Anwar dan Pluralisme Agama Lagi? 3. Isu Kalimah Allah – Kesian Kat Anwar …, 4. Perlu Menegur DSAI dan begitu jugalah IB memetik SS Mufti Harussani Bertaubatlah Anwar – Mufti]

Maka IB amatlah berharap agar Anwar tidak berpanjangan dalam mempersoalkan pengharaman fahaman pluralisme agama. Namun ianya tetap mengecewakan IB dan begitu juga rakan-rakan seperjuangan Anwar dahulu. Perjumpaan untuk mencari penyelesaian dalam memahami pendirian Anwar dalam isu ini yang diadakan di rumah sahabat kami Prof Osman Bakar berakhir dengan semakin menjelaskan pendirian Anwar (Ulasan IB di sini). Dia nampaknya kekal dengan fahaman bawaan John Hick itu.

Kita betulkan aqidah kita kemudian kita sempurnakan amalan ibadah kita serta memurnikan muamalat kita dan tetap berterusan dengan tazkiyatul nafs. Ameen.

Sekian, IB

Agihan Pakaian Sekolah Terengganu RM1,000 Seorang Pelajar? February 17, 2011

Posted by ibrahimbaba in Kerajaan, Ketelusan, Pembaziran, politik, Terengganu.
1 comment so far

Cuba tolong kirakan untuk IB.

Mat Said kata kos untuk “Program agihan bantuan pakaian sekolah … menelan kos RM12 juta”.

Seramai 12,000 pelajar yang layak menerima bantuan.

Maka, RM12,000,000/12,000 pelajar = RM1,000 seorang pelajar.

Bukankah begitu?

{laporan dari berita Bernama di bawah}

Apa yang terkandung dalam pakej program tersebut untuk seseorang pelajar?

Agak IB, jika kita ambil program MAIWP/Baitul Mal sebagai contoh:

a. pelajar lelaki diberi satu set pakaian sekolah beserta dengan kasut, dan satu set pakaian untuk sekolah agama i.e. baju Melayu beserta songkok dan kain samping.

b. pelajar perempuan pun begitu; cuma baju Melayu diganti dengan baju kurung dan tudung sebagai ganti songkok.

Berapa kos sepasang? Tidak lebih dari RM180 satu pasang.

Berapa pasang seorang?

Satu? Teruk sangat … macam tak nak beri je.

Tiga pasang? Munasabahlah, ataupun dua pasang pun boleh – seperti program Baitul Mal MAIWP (dua pasang seorang).

Lima pasang? Satu hari satu? Itu agak melampau.

Kalau tiga pasang … belum sampai RM600 seorang. Yang MAIWP punya tidak lebih RM400 seorang (maklumat terus dari pegawai yang terlibat dengan pengagihan bantuan BaitulMal.

Bagaimana sifir Mat Said menjadi RM1,000 seorang? Mungkin itu bajet untuk tabung pilihanraya …

Satu perkara lagi berhubung tarikh pengagihan.

Kalau sekarang ini sudah masuk bulan kedua persekolahan masih belum diagihkan pakaian apa gunanya lagi. Bila hendak diberi bantuan, kita bantulah sebelum ibubapa terpaksa bersusah-payah membeli pakaian dah. Agih selepas sekolah dah buka apa ertinya?

Apakah pelajar yang memohon tangguh beli pakaian? Nak pergi sekolah tanpa pakaian sekolah dulu sementara dapat tahu keputusan bantuan? Habis kalau sudah dibeli, nanti berlebihan pulak baju. Bukannya boleh simpan. Budak-budak ini semua membesar dengan cepat.

Hendak disalahkan permohonan bertindih?

Sekian, IB

*************

February 16, 2011 14:43 PM

Agihan Pakaian Sekolah Di Terengganu Ditangguh Kerana Pertindihan Permohonan

KUALA TERENGGANU, 16 Feb (Bernama) — Kerajaan Terengganu terpaksa menangguhkan pengagihan bantuan pakaian sekolah kepada pelajarnya disebabkan terdapat 2,654 permohonan bertindih beberapa kali.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata permohonan yang bertindih itu mungkin disebabkan ibu dan bapa murid sudah berpisah.

“Pertindihan mungkin berlaku apabila ibu buat permohonan, bapa buat permohonan, mungkin nenek pun ada buat permohonan kerana pelajar tinggal bersamanya,” katanya selepas mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri di sini Rabu.

Ahmad berkata perkara disedari apabila disemak melalui kad pengenalan dan surat beranak pelajar melalui data peribadi mereka.

Program agihan bantuan pakaian sekolah yang menelan kos RM12 juta itu sepatutnya bermula minggu depan terpaksa ditunda sehingga dua minggu lagi berikutan masalah yang berlaku itu.

Kini terdapat 106,000 permohonan bagi mendapatkan bantuan pakaian sekolah manakala yang layak adalah 12,000 pemohon, kata Ahmad.

— BERNAMA

Lokman – Carilah Cerita Lain … February 16, 2011

Posted by ibrahimbaba in Anwar, politik.
2 comments

Membaca laporan pasal “Lokman selar ‘gaya hidup mewah’ Wan Azizah” tu teramatlah rasanya Lokman ini tersilap sasaran. Kenalah dia cari orang lain, kalau nak serang pasal “kemewahan” membeli pakaian. Kecuali laporan yang IB baca tu tidak berapa tepat.

Kalau hendak tuduh “Wan Azizah membelanjakan banyak wang untuk kelengkapan pakaiannya bagi menghadiri pelbagai jamuan makan malam rasmi dengan suaminya” semasa DSAI menjadi TPM, maka kurang tepatlah isu yang Lokman Nor Adam hendak bawa. Kalau setakat 20 pasang tu tidaklah begitu melampau kalau DSWA kena hadir pelbagai majlis rasmi hampir setiap malam/hari.

Kalaulah dalam setahun itu, DSWA kena hadir selang setiap hari – itu sudah 180 majlis yang perlu dihadiri. Takkanlah hendak pakai baju sama setiap majlis? Kalau pagi program lain dan malam program lain – itu sudah dua pasang.

Tapi kalau sasarannya pasal harga pakaian RM8,000 sepasang, itu isu lain. Dan perlulah Lokman buktikan. Dan apakah satu sahaja? Sebab Lokman kata “ada yang mencecah …” – berapa pasang yang bernilai sedemikian? Takkan semuanya hampir mencecah sedemikian. Ada tidak yang murah sikit? Berapa harga pula?

Persoalan satu lagi ialah apabila Lokman berkata “apa salahnya sekiranya Wan Azizah mengurangkan perbelanjaan untuk pakaian – daripada 20 kepada 18 (selepas suaminya tidak lagi menjadi TPM)” – sukar sedikit untuk diterima perbandingan yang dibawanya. Satu senario ialah ketika suami DSWA menjadi TPM, satu lagi ialah selepas DSAI terlucut dari kedudukan yang tinggi. Kalau setakat kurangkan dari 20 kepada 18 itu IB yakin DSWA telah kurangkan lebih dari itu.

IB rasa, apakah Lokman bercakap pasal perbelanjaan DSWA sebagai “smokescreen” tentang perbelanjaan isteri pembesar lain? Atau sebagai sindiran terhadap isteri pemimpin lain dengan maksud pampasan yang diterimanya sekarang kurang memuaskan?

Sekian, IB

‘Kecerdikan’ MB Mat Said Menonjol Lagi February 9, 2011

Posted by ibrahimbaba in Kerajaan, masalah sosial, Melayu, politik, Terengganu.
add a comment

Baru semalam IB tulis pasal “Lagi Satu Ide Bernas Dari Mat Said” merujuk kepada cadangan MB Terengganu untuk membawa pensyarah-pensyarah dari Mesir untuk mengajar para pelajar yang kini terpaksa balik ke Tanah Air kerana pergolakan yang berlaku di sana. (baca di sini)

Hari ini tersiar satu lagi berita yang menunjukkan “kecerdikan” akal MB dari Kijal ini.

Dengan paparan tajuk ‘E-books help bridge gap’ dalam NST hari ini, di akhir berita tersebut dipetik kata-kata MB:

“They proved it again when Penilaian Menengah Rendah candidates of Sekolah Menengah Agama Imtiaz in Kuala Berang achieved the best grade in last year’s examination.”

Mat Said dilaporkan berkata bahawa walaupun daerah Hulu Terengganu dikatakan kawasan yang terpencil, namun daerah ini telah mencapai keputusan terbaik dalam peperiksaan mereka tahun lalu. Dan contoh diberikan adalah kejayaan Sekolah Menengah Agama Imtiaz Kuala Berang (SMAIKB) yang mendapat keputusan terbaik dalam PMR lalu.

Persoalannya:

1. SMAIKB adalah sebuah sekolah berasrama penuh dan pelajar terpilih sahaja yang diambil masuk. Kalau setakat mendapat 4A dalam UPSR belum lagi boleh layak untuk memasukinya. Maka sudah pastilah dari pelajar-pelajarnya yang hanya terbaik sahaja dapat memasuki sekolah ini yang menghasilkan keputusan terbaik.

2. SMAIKB juga merupakan sekolah integrasi pendidikan agama dan kurikulum akademik biasa. Sudah banyak model sekolah-sekolah seumpama ini telah berjaya mencipta nama mereka. Antara yang satu masa dahulu tersohor adalah Sekolah Menengah Agama di Labu Negeri Sembilan, sebagai satu contoh.

Kalau MB hendak mengutarakan contoh sepatutnya gunalah hasil keputusan sekolah-sekolah biasa di daerah tersebut berbanding dengan (juga) sekolah-sekolah biasa di daerah lain dalam Terengganu (atau banding dengan daerah lain di negeri lain – jika hendak diperluaskan perbandingan). Takkanlah Mat Said tidak belajar kaedah “sampling” ketika mengambil kelas “Research Methodology” di USM dulu.

Kalau setakat hendak dikelentongkan orang-orang kampung mungkin bolehlah MB bercakap sedemikian. Namun, orang ramai kini semakin cerdik, mereka mungkin akan mengatasi kecerdikan MBnya sendiri dalam memikirkan dalihan politik untuk mencari nama sahaja.

Kalaulah kita terimalah ini sebagai kejayaan kerajaan yang memerintah, di manakah pula hendak kita menunding jari terhadap satu lagi kejayaan negeri Terengganu dalam mencipta nama dan dalam rekod gejala sosial, pergaulan dan seks bebas, fenomena anak luar nikah (tertinggi – seperti dilaporkan oleh media beberapa bulan lepas), tangkapan khalwat yang menjadi-jadi di sebuah pantai di Terengganu (yang dilaporkan tahun lepas), ribuan Mat Rempit yang berkeliaran (terutama pada hari Jumaat dan Sabtu) dan banyak lagi.

Apakah “rekod-rekod” ini kerajaan memerintah tidak mahu “claim” sebagai rekod mereka?

Sekian, IB

Lagi Satu Ide Bernas Dari Mat Said February 8, 2011

Posted by ibrahimbaba in Kerajaan, Pembaziran, Terengganu.
add a comment

Kelmarin MB Mat Said sekali lagi mengeluarkan pendapat BERNASnya!

Kerana keprihatinan beliau dan kerajaan negeri, beliau menyatakan bahawa kerajaan negeri sedang memikirkan untuk membawa pensyarah dari universiti-universiti Mesir untuk membolehkan pelajar dari Terengganu meneruskan pengajian mereka di Terengganu.

Wah! Bagus sekali cadangan itu!

Ide dari Mat Said sendiri? Sudahkah dia fikir betul-betul? Memang indah sekali bunyinya.

Apakah dia fikir membawa pensyarah dari Mesir datang kat Terengganu ni untuk ajar ratusan pelajar Terengganu itu macam ajar kelas tuisyen?

Apakah pelajar kita di sana semua belajar satu bidang?

Apakah semua mereka dalam satu kelas/tahun yang sama? Dan dari universiti yang sama?

Berapa ramai pensyarah yang hendak dia bawa?

Pensyarah yang hendak dibawa ini apakah mereka yang mengajar subjek-subjek tersebut di universiti-universiti tersebut untuk kelas-kelas pelajar kita itu sekarang?

Apakah Mat Said ingat seorang pensyarah itu akan datang mengajar sepuluh jenis kelas yang pelbagai?

Di mana hendak dia adakan kelas tersebut?

Di mana hendak dia tempatkan semua pelajar tu? Suruh ibu bapa pergi hantar setiap hari macam kelas tuisyen?

Berapa banyak kerajaan negeri hendak belanjakan?

Kerajaan negeri ada duit? Baik – kenapa tidak sahaja belanjakan kepada puluhan lagi pelajar kita yang memohon bantuan kewangan sebelum ini yang Mat Said kata tak ada duit. Siapa ada rakaman kata-kata kesat Mat Said kepada pelajar itu apabila mereka memohon kerajaan negeri bantu mereka kerana terputus sumbangan dana awal tahun lepas?

Kesian kat orang Terengganu mendapat MB semacam ini.

Umum di kalangan orang UMNO tahu jarak perbezaan pemikiran antara Mat Said dengan Derih Jusoh. Ramai mereka yang dulu menentang Derih semasa peralihan kuasa Derih-Mat Said, kini menyatakan kekesalan mereka dalam pemilihan Mat Said. Sudahlah idea tidak berapa ada. Kalau yang “tubik” tu pelik-pelik belaka! Dok masuk akal! Nampok sangat dok reti mmikir! … antara kata-kata mereka.

Mmikir pung dok habih!

Ada pula seorang sahabat graduan USM yang semasa dengan beliau dulu mengatakan “buat malu kat alumni USM je”.

Sekian, IB

***

Berita yang dipetik dari NST:

State mulls getting Egyptian lecturers


KUALA TERENGGANU: The state government is considering bringing lecturers from Egyptian universities to enable Terengganu students to continue with their studies here.

Students who went to Egypt on the Terengganu Foundation (YT) scholarships will be given priority in the programme.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said said the state government would hold discussions with Egyptian universities on the matter.
He said the state government was concerned about the decision of Egyptian universities to shut down operations for up to a year due to the unrest there.

“The students and YT will be on the losing end if nothing is done to enable them to continue with their studies here while awaiting the Egyptian universities to reopen.”

Ahmad was speaking after presenting e-books to 775 Alor Limbat constituency primary school pupils at SK Kampung Baru Serada here yesterday.
He said there were 247 Terengganu students sponsored by YT and the Terengganu Religious and Malay Customs Council in six Egyptian universities.

“So far, 197 of them have returned here, including the 78 who landed at the Sultan Mahmud airport on Friday. The rest will come home on later flights arranged by the Federal Government.”

He said YT has a secretariat in Jeddah with a 24-hour operation room to monitor the situation and provide feedback to the students’ families.
In Alor Star, the state government commended the Federal Government’s effort and commitment in ensuring the safety of Malaysians stranded in Egypt.