jump to navigation

“Idris Cap Ayam” June 19, 2009

Posted by ibrahimbaba in Kerajaan, Kuala Terengganu, politik, Terengganu, UMNO.
Tags: , , , , , ,
add a comment

dipetik dari Tranungkite Online

KUALA TERENGGANU, 18 Jun: Malang datang bertimpa-timpa kepada bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh. Yang terbaru, beliau disifatkan “Idris cap ayam” selepas beberapa projeknya terus-terusan memberikan masalah kepada Umno Terengganu sendiri.

Ia bermula dengan robohnya bumbung Sekolah Menengah Wakaf Tapai April 2008 lalu dan kemudiannya bumbung Stadium Sultan Mizan baru-baru ini.

Kolam renang yang menjadi pusat sukan akuatik di Batu Burok juga didakwa bocor oleh peniaga sekelilingnya apabila air tidak berhenti-henti membasahi kawasan perniagaan mereka yang terletak dikawasan kolam renang itu.


Ketiga-tiga projek ini dikaitkan dengan projek Wang Ehsan yang diuruskan kerajaan negeri dibawah Idris sebelum ini.
Kini Idris berdepan dengan tuduhan bahawa beliaulah sebenarnya di belakang bekas Setiausaha Politiknya, Datuk Ahmad Ramzi Ahmad Zuber yang kini sedang menghadapi tuduhan kes jenayah di mahkamah ekoran SMS ugutan kepada tiga Adun Umno.

Ramzi dituduh membuat ugutan bunuh kepada ketiga-tiga mereka di samping membuat fitnah kepada Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar Terengganu sekarang, Datuk Ahmad Said.


Dakwaan ini dikemukakan kepada Ramzi ekoran tiga Adun BN termasuk Datuk Rosol Wahid, menerima satu SMS ugutan terhadap nyawa mereka dari telefon bimbit yang nombornya dimiliki oleh Ketua Setiausaha Sulit MB Terengganu.


Selepas menerima SMS itu, Ramzi telah menemani mereka membuat laporan polis. Ekoran SMS ini juga, ketiga-tiganya membuat sidang akhbar dan mengajak Adun BN Terengganu memboikot sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu yang sepatutnya berjalan hari itu.
Ekoran itu, 14 Adun BN memboikot sidang Dun Terengganu yang gambarnya telah disiarkan di muka depan hampir semua akhbar.


Ia telah memalukan kerajaan negeri Terengganu pimpinan Ahmad Said dan beliau telah dipanggil menemui Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin di Kuala Lumpur.


Namun, selepas disiasat polis, didapati Ramzi didakwa orang yang sebenarnya menghantar SMS tersebut menggunakan komputer dan meletakkan Ketua Setiausaha Sulit MB sebagai sender (penghantar).
Ekoran itu, terbukti bukan pegawai Ahmad Said yang menghantar mesej ugutan tetapi dari kem Idris Jusoh sendiri apabila tertangkapnya Ramzi.


Tindakan Ramzi ini disifatkan sebagai usaha kem Idris untuk memalukan Ahmad Said dan seterusnya memaksa beliau meletakkan jawatan sebagai MB Terengganu.


Kini, bukan Ahmad Said yang malu tetapi Idris sudah digelar ‘cap ayam’ kerana ungkapan itulah yang selalu digunakan Idris semasa menjadi Menteri Besar dahulu terhadap apa-apa sahaja yang berkualiti rendah.

Stadium Runtuh – Hasil Kerja BN Cap Ayam? June 5, 2009

Posted by ibrahimbaba in Kerajaan, Kuala Terengganu, Pembaziran, politik, Terengganu.
Tags: , , , , , , , , , , ,
add a comment

dipetik dari Harakahdaily:

INSIDEN keruntuhan bumbung utama Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Kuala Terengganu, Selasa (2 Jun) lalu masih diperkatakan masyarakat, terutama di Terengganu. Selain ulasan dan pandangan pelbagai pihak masih diberi liputan lewat media cetak dan elektronik, isu itu juga masih memanaskan forum-forum informal dalam masyarakat.

Di mana saja wujud medan bual bicara, sama ada di anjung masjid dan surau, di atas wakaf dan hentian pengangkutan, di warung dan kafe, mahu pun di bengkel dan pejabat, cerita bumbung stadium runtuh meniti bibir rakyat. Pendek kata, hampir tidak ada warga negeri Terengganu yang mumayyiz dan akil baligh, yang tidak buta, pekak dan bisu, yang tidak ikut serta membicarakan isu tersebut.

Ia diakui pelbagai pihak sebagai isu besar dan menggemparkan. Sebab-musababnya sangat banyak. Pertama kerana kehadiran stadium itu terlalu hebat digemariuhkan, terutama oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), sebermula tercetusnya idea pembinaannya sejak tahun 2004 lagi.

Penuh papan tanda besar

Bayangkan, hampir tiada lokasi strategik sepanjang beberapa jalan utama sekitar Kuala Terengganu yang tidak dipacakkan dengan papan tanda besar memaparkan gambar stadium yang bakal dibina itu. “Nak stadium? Impian Kini Menjadi Realiti!” begitulah lebih kurang bait tertulis di atasnya.

Kata-kata itu disertakan dengan empat gambar projek besar BN yang kononnya sangat-sangat diimpikan seluruh rakyat, sedangkan ia hanyalah pemuas nafsu serakah dan ego para pemimpin BN sendiri. “Nak universiti? Nak lebuh raya? Nak lapangan terbang?” papan-papan tanda itu memasyhurkan projek mega BN itu.

Sebab itu boleh dikatakan hampir tidak ada rakyat Terengganu yang tidak tahu kehadiran stadium baru di negeri mereka. Setahun sebelum bermulanya kerja pembinaannya, cerita mengenainya sudah bertebaran serata negeri. Hinggakan nyaris nak termuntah rakyat mengulangbacanya bertahun-tahun.

Kedua, liputan media mengenai pembinaannya agak menonjol. Kos pembinaan stadium itu dikatakan RM292 juta. Ia memuatkan kapasiti penonton sejumlah 50,000 orang. Selain menempatkan padang bolasepak, ia juga menyediakan gelanggang tertutup untuk prasarana boling dan skuasy.

Banyaknya TER …

Uniknya, ada beberapa “TER …” yang dimiliki stadium itu. Antaranya penggunaan spesifikasi TERmoden, TERkini dan berteknologi tinggi dalam pembinaanya.

Ia merupakan stadium pertama di Pantai Timur menggunakan rumput TERmoden dikenali sebagai ‘cow grass’.

Sejarah lebih membanggakan bagi Terengganu ialah apabila SSMZA dikatakan stadium pertama di Asia menggunakan sistem bumbung tanpa kolum (space frame structure), yang mana kesemua 134 meter bumbungnya dibina tanpa tiang sokongan. Hebat! Hebat! Kalah semua stadium di Jepun, Korea mahu pun China. Tak usah disebut Thailand, Singapura atau pun Laos!

Ketiga, sebaik siap, stadium itu menjadi gelanggang utama temasya sukan tahunan yang paling berprestij dalam negara. Sukan Malaysia (Sukma) 2008 berpusat aktiviti utamanya di SSMZA. Maka cerita dan gambar pelbagai sudut stadium yang baru siap dibina itu memenuhi tidak sedikit ruang media dan turut menerobos ruang minda rakyat.

Keempat, lokasi kompleks sukan itu yang berdekatan dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) menyebabkan ia menjadi tumpuan untuk tujuan lain. Bermula musim haji lalu stadium tertutup bersebelahan SSMZA dijadikan tempat para hujjaj berhimpun sebelum bertolak ke tanah suci dari LTSM.

Terlopong dengan hebatnya stadium

Maka budaya rakyat yang gemar mengerah seluruh anggota keluarga menghantar sanak-saudara yang nak berangkat ke Makkah membantu memasyhurkan lagi stadium yang serba canggih itu. Setiap yang hadir, walau pun bukan atas hasrat menyaksikan acara sukan, ternganga dan terlopong dengan keperkasaan binaan SSMZA dan keunikan struktur bumbungnya. Cerita ketakjuban mereka terhadap stadium itu dibawa balik ke segenap pelusuk negeri.

Sebab itu apabila pada Selasa lalu ia runtuh, berita mengenainya sukar lekang dari bualan masyarakat. Macam-macam luahan dan soalan timbul. Bagaimana mungkin stadium yang baru siap sudah runtuh? Macam mana boleh stadium yang sangat canggih runtuh juga? Belum pernah berlaku dalam negara kita kse seperti itu.

Ada yang pernah tengok stadium itu, belum puas menengoknya dan berniat menengoknya sekali lagi. Ada yang baru dengar cerita mengenai kehebatannya dan sudah pasang niat nak ke Gong Badak menengok sendiri struktur unik itu. Tahu-tahu ia sudah runtuh.

Setakat ini semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan pembinaan SSMZA dipertanggungjawab dan dituntut memberikan penjelasan. Namun, masing-masing kelihatannya lebih berminat saling menuding jari.

Apa yang dapat difahami dari kenyataan pelbagai pihak itu, projek ini adalah di bawah kerajaan negeri Terengganu, bukan kerajaan Pusat. Bagaimana pun keaiban atas keruntuhannya turut ditanggung negara.

Sudah banyak aduan

Selaku ketua kerajaan negeri, Dato’ Ahmad Said menjadi orang paling “panas telinga”. Beliau mendedahkan telahpun beberapa kali memberi amaran kepada pihak bertanggungjawab mengenai kebimbangannya atas tahap keselamatan bumbung stadium itu. Malah, katanya, kerosakan itu telah pun beliau sedari sejak hari perasmiannya pada 10 Mei 2008 lalu.

Ahmad juga mempersoalkan ketelusan cadangan dan kelulusan daripada juruperunding yang memeriksa struktur stadium berkenaan kerana mereka dilantik pihak kontraktor. Sedangkan pada pandangannya pemilihan itu sewajarnya diputuskan Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Konsultan yang buat pemeriksaan ini dilantik oleh kontraktor sendiri. Macam mana konsultan itu nak buat pemeriksaan terperinci (termasuk menolak apa yang dibuat kontraktor) sebab dia pun dibayar oleh kontraktor? Sebab itu struktur bangunan seperti ini perlu diperiksa oleh juruperunding bebas,” Ahmad meluahkan rasa tidak puas hatinya.

Ungkapan itu bagaikan tidak cukup memuaskan baginya menerangkan perasaan bengangnya atas insiden memalukan itu, menyebabkan beliau tidak segan melabelkan pihak terbabit sebagai ‘cap ayam’.

“Sebab itu sekarang ini banyak kita tengok projek yang tak berjalan dengan sempurna kerana konsultannya ‘cap ayam’,” Ahmad menzahirkan keperibadiannya yang sebenar.

Istilah ‘cap ayam’ adalah antara label yang laris digunakan di Terengganu. Ia bermaksud koman, tidak berkualiti atau tidak professional, malah tidak boleh digunapakai.

Dalam keadaan yang ada, memang mudah bagi Ahmad melonggokkan kesalahan pada pihak lain. Apatah lagi beliau tidak terlibat dengan idea pembinaan SSMZA dan kerja awalnya, termasuk pemilihan kontraktor dan konsultannya.

Bagaimana pun, sepertimana diakuinya sendiri bahawa kelemahan dan kerosakan pada binaan stadium itu telah pun disedarinya sejak tahun lalu, mengapa beliau sendiri mengambil masa terlalu lama memastikan ia diperbetulkan?

Apakah label ‘cap ayam’ itu tidak wajar turut diberikan kepada kerajaan BN yang seolah-olah tidak berupaya mengarahkan tindakan segera jabatan, agensi dan semua pihak terlibat dengan projek itu memperbaikinya?

Jika konsultannya dikatakan ‘cap ayam’, kontraktor yang melantiknya juga ‘cap ayam’. Maka bukankah kerajaan yang memilih kontraktor itu juga ‘cap ayam’?_

Ramzi Diburu Kerana Mengugut Rosol? May 12, 2009

Posted by ibrahimbaba in Kerajaan, Kuala Terengganu, Melayu, politik, Terengganu, UMNO.
Tags: , , , , , , , , , , , , ,
add a comment

Maka Dr. Ramzi kini menjadi buruan polis bagi siasatan kes ugutan SMS kepada 3 orang ahli DUN Terengganu. Dari seorang setiausaha politik, kemudian kalah pilihanraya, akhirnya Datuk ini diburu polis. Apa hal ni?

Rakyat Terengganu umumnya menjadi tertanya-tanya:

  • Ramzi bekas SetPol Idris Jusoh semasa menjawat MB dulu
  • Ramzi kini diburu polis untuk siasatan kes SMS ugutan
  • Ramzi dipilih oleh bosnya bertanding lawan Haji Hadi – mengenepikan Man Bakar (giant-killer yang pernah kalahkan Haji Hadi)
  • Kes ugutan ialah pasal undi tidak percaya terhadap MB Ahmad Said
  • 3 ahli DUN yang terima SMS ugutan adalah dikatakan penyokong Idris Jusoh
  • 3 ahli DUN ini bersama beberapa lagi yang lain boikot sidang DUN kerana takut keselamatan mereka
  • Dulu dikatakan SMS tersebut dikirim dari pejabat MB Ahmad Said – kini polis dah buktikan tidak benar

Tetapi bagi mereka yang sudah boleh baca mainan politik ini – sudah tersenyum akan pergerakan mereka …

Jadi siapa sebenarnya ugut siapa? Apakah benar ini perancangan yang lebih besar hasil permainan Idris? Semakin kita teliti semakin aneh pergolakan politik UMNO di Terengganu.

“Oghang barat duk berlawang dengan oghang timur oghang kite jugok merana” kata seorang pakcik ketika berceritakan pertelingkahan antara mereka yang meyokong kem Besut dan kem Kemaman. Yang mana secara kebetulan Terengganu sudah sekian lama di perintah dari antara tokoh-tokoh dari Besut dan Kemaman – yang mana pertelingkahan antara mereka subur sepanjang masa – dengan strategi “peteh keting” dan slogan “padang muka“. Yang merana akhirnya mereka di Kuala Terengganu. Apakah UMNO ketandusan ketokohan seperti Ibrahim Fikri?

Sedih melihat suasana begini. Apakah anak seorangbekas mufti terlibat dengan politik kotor sebegini?

Sekian, IB

Krisis politik di Perak mulai tempias ke Terengganu May 7, 2009

Posted by ibrahimbaba in Kerajaan, politik, Terengganu.
Tags: , , , ,
1 comment so far

Dari Harakahdaily.net

KOTA BHARU, 7 Mei (Hrkh) – Ketika tumpuan seluruh negara terarah ke Perak di mana kemelut politik sedang berada di kemuncak, tiba-tiba dikejutkan pula berita wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan meninggalkan parti mereka di beberapa tempat.

Kalau sebelum ini ramai mempersendakan agenda 16 September 2008, yang berakhir tanpa kenyataan.

Namun situasi yang berlaku sekarang tidak dapat dinafikan begitu sahaja.

Ramai melihat pergolakan rumah tangga Umno menjadi faktor penolak dari dalam. Keadaan menjadi lebih cepat apabila ada faktor penarik pula dari luar Umno.

Krisis keyakinan yang melanda Umno di Terengganu tiada penghujungnya biar pun Dato’ Seri Hishamuddin Hussien dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Negeri.

Menurut sumber pelucutan jawatan Dato’ Ahmad Said sebagai pengerusi perhubungan sebelum ini dikatakan ada hubungkait dengan peranan dimainkan bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh.

“Biar pun Ahmad dilantik sebagai timbalan pengerusi perhubungan namun hakikatnya kuasanya dikurangkan sedikit demi sedikit.

“Tanpa mengambil kira pelantikan Menteri Besar sekarang atas kehendak istana sudah tentu kedudukan Ahmad tidak lagi selamat,” katanya di sini.

Namun kata beliau apa yang jelas berlaku di Terengganu sekarang Idris sudah mempunyai ruang untuk bangkit semula dengan pelantikan Hishamuddin.

Bagaimanapun Menteri Besar sekarang tidak akan membiarkan pengaruh Idris menular jauh seperti berlaku insiden pemulauan persidangan Dewan Undangan Negeri di kalangan Adun BN baru-baru ini.

Kata sumber terbabit berdasarkan kepada segala kemungkinan itu Ahmad boleh bertindak lebih jauh dan mungkin ia menyerupai apa yang berlaku di Perak sekarang.

Cuma yang membezakan krisis di Perak berlaku di antara parti yang berlainan, Pakatan Rakyat dan BN, sebaliknya di Terengganu pertembungan berlaku sesama Umno.

Semalam Naib Presiden, Dato’ Husam Musa mendedahkan ada Adun BN menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti lama bagi memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

“Kita sedang berunding dengan wakil rakyat berkenaan dan setakat ini Alhamdulillah ada reaksi positifnya untuk menyertai PAS. Mereka sudah melihat kemampuan PAS untuk mengganti Umno sebagai tunggak utama orang Melayu dan Islam di negara ini,” katanya.

Sumber lain pula menyebut pergolakan dalaman Umno kini sudah merebak ke banyak negeri kerana wujud pertembungan secara senyap di antara kumpulan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato’ Seri Najib Razak.

Pelantikan Dato’ Mustapa Mohamed sebagai pengerusi Perhubungan Umno Kelantan dianggap sebagai proses ‘kitar semula’ semata-mata bagi melenyapkan pengaruh Abdullah di negeri ini.

“Saya yakin Tan Sri Annuar Musa dan kumpulannya tidak akan duduk diam dan pastinya akan berlaku pertembungan di Kelantan.

“Dan tidak dapat ditolak peristiwa lama di mana Mustapa pernah dipulau ketua-ketua bahagian yang pernah berlaku ketika beliau mengetuai Umno Kelantan akan berulang kembali,” ujarnya. – mj _

Krisis politik Terengganu menghala ke arah pembubaran Dun? April 23, 2009

Posted by ibrahimbaba in Kerajaan, Kuala Terengganu, Melayu, politik, UMNO.
Tags: , , , , ,
add a comment

dipetik dari Harakahdaily

BESUT, 23 April (Hrkh) – Mungkinkah krisis politik yang melanda Terengganu sekarang akan membawa kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun).

Ia dianggap sebagai langkah selamat bagi meredakan keadaan.

Teori itu boleh menjadi kenyataan sekiranya Dato’ Ahmad Said digugurkan sebagai pengerusi Perhubungan Umno Terengganu. Ahmad tentunya tidak akan mudah menyerah kalah.

Apa yang berlaku di negeri minyak tersebut hampir serupa dengan situasi di Perak apabila Menteri Besar cuba disingkirkan.

Biar apa pun krisis politik dalaman Umno Terengganu mungkin tambah membesar esok.

Pengumuman siapa dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Negeri akan menentukan pemenang di antara Ahmad atau Dato’ Seri Idris Jusoh.

Atau kedua-duanya terpinggir. Mungkin juga tokoh baru akan muncul dari kalangan 22 Adun Barisan Nasional (BN yang ada sekarang.

Sekiranya telahan itu menjadi kenyataan selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno esok, Terengganu sudah pasti akan mendapat Menteri Besar yang baru tidak lama lagi.

Kedudukan Ahmad sudah goyang ekoran 10 Adun BN yang pro Idris memulaukan persidangan Dun baru-baru ini.

Dan keadaan tambah celaru apabila tiga rakan mereka dikatakan menerima ugutan bunuh melalui SMS yang hantar seorang individu.

SMS tersebut dikatakan sebagai tindak balas memandangkan ada hasrat Adun terbabit membawa usul undi tidak percaya terhadap Ahmad di persidangan Dun baru-baru ini.

Manakala Idris pula tidak disenangi pihak istana biar pun menang sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno pada perhimpunan Mac lalu.

Anggota Parlimen Machang, Saifuddin Nasition Ismail berkata, Terengganu hampir pasti akan mendapat menteri besar baru selepas Mei ini sekiranya Ahmad tidak dilantik semula sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Negeri.

“Mungkin muka baru dari kalangan Adun BN akan dilantik ke jawatan tersebut.

“Adun yang akan dilantik nanti boleh jadi bukan lagi Ahmad dan Idris sebaliknya salah seorang daripada 22 Adun BN,” katanya pada ceramah di Markaz PAS Dun Hulu Besut di Kampung Lubok Kawah, malam tadi.

Bagaimanapun katanya adakah Ahmad akan menyerah kalah begitu sahaja tanpa menggunakan kuasa membawa ke arah pembubaran Dun.

Spekulasi pertukaran jawatan menteri besar bertiup kencang di Terengganu ekoran krisis perebutan kuasa di antara Idris dan Ahmad.

Ahmad dilantik sebagai menteri besar selepas pilihan raya umum ke-12 Mac tahun lalu memandangkan pihak istana tidak berkenan kepada Idris.

Saifuddin yang juga Pengarah Strategik KeADILan berkata, pemulauan 10 Adun BN pada persidangan Dun baru-baru ini menyebabkan lapan Adun PAS menguasai keadaan.

“Selepas Tuan Guru Abdul Hadi berucap, Dr Syed Azman pula bangun diikuti Haji Wahid Endut, Ustaz Harun Taib dan lain-lain lagi Adun PAS,” katanya.

Krisis kepemimpinan kerajaan Terengganu terus berlarutan apabila Adun pro Idris mendesak Ahmad meletak jawatan kerana mereka mendakwa memperolehi sokongan 18 Adun BN.

Ahmad sebelum ini pernah mengugut akan memecat mana-mana Adun yang membawa usul undi tidak percaya terhadapnya. – mj _

Mat Said Terselamat? April 15, 2009

Posted by ibrahimbaba in Kerajaan, Melayu, politik, Terengganu.
Tags: , , , , , , ,
1 comment so far

Nampaknya Mat Said terselamat kali ini. Diselamatkan Najib – dengan amarannya supaya kesepuluh ADUN hadir hari ini?

Walau apa pun Mat Said sudah pun terlepas dari menjadi MB yang paling singkat dalam sejarah negeri Terengganu. Dia sudah melebehi setahun. MB tersingkat pemerintahannya ialah apabila Terengganu benar-benar ketandusan pemimpin lebih 35 tahun lalu apabila Mahmud terpaksa diletakkan menjadi MB (sementara) apabila krisis dalam UMNO negeri dengan persekutuan pada ketika itu menyebabkan Ibrahim Fikri meletak jawatan.

Mahmud hanya jadi MB untuk setahun. Sekurangnya MB Said dah lebih sikit daripada Mahmud.

IB hairan memerhatikan Rasol 1 … dulu nak letak jawatan … tak jadi. Sekarang ni tak nak pergi sidang DUN … pergi pulak hari ini.

Mungkin sudah agak sukar untuk kedua-dua kem (Derih dan Mat Said) ini untuk berbaik. Malah yang jadi peliknya untuk negeri Terengganu ni … yang duduk berbaloh sokmo antara orang utara (Besut) dengan orang selatan (Kemamang).

Zamang Wang Mokhtar (Kemamang) tak boleh ngam dengan Yusof Nor (Besut) – bbaloh hanyar kata orang.

Leni, pun gitu juga. Cuma yang peliknya anok Ayah Wang ikut orang Besut pulak.

Analisa dalam The Star di bawah agak menarik.

Sekian, IB

[p.s. maaf ulasan di atas tak seberapa sangat … serabut merenung nasib bangsa dan rakyat yang terumbang-ambing akibat pemimpin yang bertelagah – bukan sahaja di Terengganu …]

On shaky ground

Terengganu Mentri Besar Datuk Ahmad Said may be facing mounting pressure following a show of defiance against him by his own assemblymen.

MENTRI Besar Datuk Ahmad Said’s body language was quite defensive when he arrived at the Terengganu Legislative Assembly yesterday.

For several weeks now, he had been plagued by rumours that his own assemblymen were plotting to move a motion of no-confidence against him at the assembly sitting and he was probably expecting the worst as he took his seat.

His state exco members were in their places but the entire stretch of seats for the Barisan Nasional backbenchers were empty. His Barisan backbenchers had decided not to attend the sitting and it seemed like he had escaped the attempt at a no-confidence vote.

Either way, it was not good for him and it was embarrassing especially with the PAS assemblymen and the media gallery watching on.

A rebellion against his leadership as the Mentri Besar was truly on the boil.

The Terengganu Government is predominantly Umno, with only one MCA assemblyman. As such, an opposition against him from the ranks also undermines his position as the state Umno chief.

Ahmad, who became Mentri Besar just a little over a year ago, is on shaky ground.

Talk of a no-confidence move against his leadership had been brewing for some time.

A week before the assembly sitting, he lost his temper at a meeting and told those present that he was aware of what they were up to. He warned that he would fight back and would even sack the trouble-makers if he had to.

“We just listened. There is no point arguing with him when he is in one of his moods,” said one of the assemblymen.

Ahmad’s appointment as Mentri Besar had come on the heels of a political crisis in the state.

Umno wanted the technocratic Datuk Seri Idris Jusoh to be reappointed but the Terengganu palace had preferred Ahmad.

Idris was a dynamic Mentri Besar. He made an impact in his first term and implemented some high profile, albeit controversial, projects.

Ahmad has struggled to fill Idris’ shoes and spent most his first year on the job running down his predecessor’s work especially the wasteful Monsoon Cup.

People initially put up with his rhetoric but once the honeymoon ran out, he came under pressure to perform and deliver. And that was when his real problems began.

Ahmad is essentially a good grassroots politician but running a state as big and complex as Terengganu calls for much more.

Many in Terengganu were critical of Idris’ fast track mode of doing thing and of his association with various political and business figures. But under Ahmad, they felt the state had receded again into the backwaters.

The loss of the Kuala Terengganu by-election to PAS was also a blow to Ahmad’s standing.

Ahmad had also been unable to engage the assemblymen who were aligned to Idris. His abrasive style alienated many of them.

Then a few months ago, he undertook some drastic reshuffling in the state civil service as well as the government-linked corporations that resulted in political costs for him and resentment among many quarters.

More recently, there was talk that he had fallen out of favour with the palace, a perception reinforced by the open rebellion against him. The assemblymen, it is said, would not have been so bold if they did not sense that Ahmad had lost the support of the palace.

Some believe that the rebels are trying to send a message to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

Terengganu is known as a swing state. Seats here are often won by very narrow majorities and it does not take much for the people to take their votes from one side to the other.

Ahmad’s opponents are probably trying to tell Najib that unless there is change in the Terengganu leadership, the state may swing to PAS in the next general election.

The assemblymen who were absent held a press conference to explain their absence, holding up their handphones to show reporters the threatening SMS messages that some of them had received the night before.

They will return to the assembly sitting today after assurances from the police but the stalemate between Ahmad and them is likely to drag on.

Ahmad may have escaped an attempt at a no-confidence vote but he has lost the confidence of a substantial number of his assemblymen.

Terengganu has 32 state seats of which 24 are held by the Barisan. Of these, 10 are openly opposed to him and apparently not all of the exco members are with him although they had dutifully turned up at the assembly sitting yesterday.

Ahmad came to power on the crest of a controversy and it looks like he is being pressured to go under equally controversial circumstances. But he is a street-fighter type of politician and he will fight to stay. What about his opponents?

“We will leave it in the hands of God and the party president,” said Ajil assemblyman Datuk Rosol Wahid.