jump to navigation

AWAS: Jangan Buat Laporan Polis!!! December 31, 2011

Posted by ibrahimbaba in Anwar, Kehakiman, Ketelusan, politik.
5 comments

Peringatan kepada para mangsa jenayah terutama jika anda dirogol atau anda diliwat

Peringatan ini adalah kepada sesiapa sahaja yang menjadi mangsa rogol atau liwat agar tidak nanti dituduh bersalah atas kesalahan QAZAF.

Tetapi jangan bimbang, ianya hanya akan dilaksanakan jika berlaku perubahan pemerintahan kerajaan negara, yakni apabila Pakatan Rakyat memerintah.

Ini yang IB rasa akan berlaku dan menjadi antara agenda utama yang bakal berubah bagi membebaskan Anwar dan menghumbankan Saiful kerana membuat laporan Anwar liwat beliau.

Pada ketika itu nanti, kenalah kita banyak berdoa agar ahli keluarga kita, sahabat handai dan orang-orang yang kita sayangi serta masyarakat umum sekalian dilindungi dari menjadi mangsa jenayah rogol atau liwat. KERANA jika ianya berlaku (nauzubillah) kita tidak boleh lagi membuat laporan polis dan hanya menerima sahaja nasib kita sebagai mangsa jenayah. Dan penjenayah bakal dianugerah sebagai imam Mahdi.

Sama-sama kita doakan agenda perubahan sebegiini tidak berlaku.

Sekian, IB

Apa Yang Ingin Dipromosikan Oleh Utusan? December 29, 2011

Posted by ibrahimbaba in akhbar, masalah sosial.
add a comment

Apakah nilai-nilai yang ingin dibawa oleh Utusan apabila di versi digital Utusan Malaysia hari ini memaparkan promosi parti pantai menyambut tahun baru dari sebelum maghrib hingga subuh keesokannya?

Gambar-gambar dari iklan itu jelas menunjukkan unsur gejala sosial yang sedang berleluasa sekarang seperti minuman arak dan seks bebas tanpa menggira waktu solat.

Bukankah di pantai-pantailah yang kerap didapati anak-anak muda ditangkap khalwat melakukan pelbagai aksi mencurigakan di larut malam?

Hantarkan bantahan anda segera ke Utusan Malaysia.

Gesa pihak berkuasa memantau.

Apakah Harakah Sanggup Memutar Fakta Jugak? December 29, 2011

Posted by ibrahimbaba in akhbar, Islam, Ketelusan, politik.
add a comment

Tidak sangka Harakah sanggup terlibat dalam kerja-kerja memutarkan fakta. Berita yang dihebuhkan siang tadi ialah bahawa Hassan Ali sudah memohon maaf atas ketelanjurannya dalam kemelut sekarang hasil dari perjumpaan dengan Nik Aziz didapati.

BACHOK, 28 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Datuk Dr Hassan Mohd Ali telah bertemu dengan pimpinan tertinggi PAS semalam dan menarik balik segala kenyataannya terhadap PAS sebelum ini.

Beliau juga berkata, Hassan Ali juga telah meminta maaf dari pimpinan PAS mengenainya. (Harakadaily)

Namun, apa yang IB perolehi dari sahabat-sahabat adalah berita tersebut tidak benar. Malah Hassan Ali telah menafikan laporan tersebut.

SHAH ALAM: Former Selangor PAS Commissioner Datuk Dr. Hasan Alihas denied a HarakahDaily report that he went to Kota Baru solely to meet PAS top leaders and to apologise for his remarks against the party.

In a statement Wednesday night, he said he was disappointed in Harakah which had been reminded many times not to twist facts which could raise confusion and disunity.(the Star)

Di mana kejujuran dalam laporan dan nilai Islam sebagai media rasmi parti yang berasaskan Islam?

Maklumat dalaman yang IB perolehi, ada tangan-tangan ghaib yang menukar laporan asal Harakah tersebut. Kenyataan media asal tidak disiarkan. Malah seorang pembantu kanan Presiden pun mendapat arahan bukan dari Presidennya sendiri dalam hal ini. Boleh SMS dan SUA parti beri sedikit penjelasan?

Sekian, IB

Respons Yusri Terhadap Kenyataan ABIM-WADAH December 27, 2011

Posted by ibrahimbaba in Anwar, Ketelusan, politik.
2 comments

Ini adalah respons awal dari Dr. Yusri Mohamad terhadap kenyataan media Wadah-Abim yang disiarkan sebelum ini (klik).

[jangan lupa baca juga ini: Apa Sudah Jadi Dengan ABIM Sekarang?]

Respons di bawah ini dipetik dari FB Dr. Yusri:

Assalamualaikum,

Saya masih berada di Dubai. Tumpuan urusan lawatan kerja sedikit terganggu apabila mendapat panggilan ‘Cikgu’ Sidek Baba tentang kenyataan media WADAH bertarikh 19 Disember 2011 tentang DS Anwar Ibrahim dan isu Qazaf yang mengheret nama kami berdua.

Secara tidak langsung, kenyataan ini menggambarkan bahawa seolah-olah kami berdua terlibat dalam melakukan jenayah Qazaf, tidak menghormati syarak dan melanggar hukum syarak dalam isu ini. Ini adalah dakwaan-dakwaan yang berat. Saya belum sempat untuk membuat respons penuh kerana sedang bermusafir.

Saya keberatan juga untuk memberi respons tetapi jika saya berdiam sahaja nanti ada yang menyimpulkan bahawa kenyataan tersebut adalah yang benar tanpa menyelidik lebih lanjut. Apabila pimpinan WADAH memilih untuk tiba-tiba membuat kenyataan secara terbuka maka terpaksalah penjelasan juga dibuat secara terbuka. Untuk rekod, sebagai bekas pimpinan tinggi ABIM, saya sudah cuba dan beberapa kali menawarkan untuk membincangkan isu ini dalam organisasi secara keluarga dan tertutup tetapi kurang sambutan terutamanya di pihak pimpinan WADAH.

Respons ringkasnya dahulu, saya berpandangan bahawa pimpinan WADAH sudah tersasar dalam memahami hukum Qazaf dalam Syariah Islam dalam kes Anwar-Saiful ini. Mereka harus mengkaji semula dan merujuk balik kepada pakar-pakar Syariah yang khusus dalam bidang ini. Janganlah kasih atau benci kita terhadap mana-mana orang atau kumpulan menghalang kita bersikap objektif dan berlaku adil.

Soal utamanya, adakah kes Anwar-Saiful suatu kes tuduhan zina/liwat biasa? Atau adakah ia kes seorang yang mendakwa dirinya menjadi mangsa zina/liwat yang melibatkan paksaan? Adalah jelas jika dilihat secara objektif bahawa ini bukan kes tuduhan zina/liwat daripada pihak ketiga terhadap mereka. Peguam negara hanya mewakili Saiful yg mendakwa sebagai mangsa. Jadi ini jelas bukan kes Zina/liwat yang hanya boleh dibuktikan dengan empat orang saksi.

Kes ini lebih sesuai dikategorikan sebagai dakwaan rogol atau lebih tepatnya sebanding dengan kes-kes sumbang mahram atau gangguan seks oleh majikan di tempat kerja. Dalam kes-kes sebegini, beban buktinya dalam Islam tidak sama dengan dakwaan Zina/liwat. Bukan empat orang saksi. Bukan. Bukan. Kalau masih dituntut empat orang saksi ke atas seseorang yang mendakwa di rogol, atau jadi mangsa sumbang mahram ataupun gangguan seks di tempat kerja maka bayangkan akan mampukah mana-mana mangsa kes-kes tersebut mendapat pembelaan dan keadilan? Zalimlah Islam dan Syariah Islam! Sukar sangatkah untuk memahami hal ini?

Maka DS Anwar (dan WADAH?), dalam kes Saiful, tidak boleh berselindung di sebalik hukum empat orang saksi atau di sebalik hukum Qazaf. Mahkamah harus memberi peluang kepada Saiful untuk membentangkan apa-apa bukti lain yang diiktiraf syarak dalam kategori Bayyinah atau Qarinah kalaupun bukan saksi mata(Syahadah).

Itulah intipati sikap saya dalam hal ini. Apabila balik nanti saya akan berbincang lebih lanjut dengan Prof Dato’ Dr Sidek Baba tentang apakah langkah susulan yang perlu di ambil. Kalau ada dan kalau mahu. Sebenarnya saya dan saya yakin Cikgu Sidek banyak tugas dan tumpuan lain dan saya yakin sepatutnya WADAH juga banyak tugas dan tumpuan lain di gelanggang dakwah di Malaysia yang begitu luas. Sampai bilakah dakwah Islamiyyah, umat Islam dan organisasi Islam di Malaysia hendak terlalu tertumpu, terheret dan terikat dengan seorang insan bernama Anwar Ibrahim. Saya yakin bahawa kita semua tahu bahawa Islam, dakwahnya dan umatnya adalah lebih besar dan lebih tinggi daripada mana-mana individu, organisasi atau kumpulan.

Wallahu a’lam

Yusri Mohamad

DAP Bebas Rasuah? December 26, 2011

Posted by ibrahimbaba in Ketelusan, Perak, politik.
add a comment

dari: Peraktoday.com

Blogger Buat Laporan SPRM Ke Atas Nga Kor Ming

Pelbagai kontroversi yang berunsur fitnah dan pembohongan ditimbulkan pemimpin tertinggi DAP, Nga Kor Ming sebelum ini terhadap Barisan Nasional, namun, perkara itu masih lagi mampu ditahan sehinggalah Adun Pantai Remis itu mencabar salah seorang blogger Pro-BN baru-baru ini.

Hari ini, blogger Ahmad Sofian Yahya atau lebih dikenali sebagai ‘SekupangDua’ telah membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan Ngo ketika zaman pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak selama 11 bulan.

Menurut Sofian, sebelum ini beliau ada memaparkan isu pemberian kontrak membekal dan menjahit lounge suit untuk ahli majlis MBI dimana pentadbiran ketika itu telah memilih syarikat Ethan & Elton Sdn. Bhd yang merupakan milik isteri kepada Nga Kor Ming sebagai pembekal.

Susulan dari paparan itu, Nga kemudiannya mencabar blogger terbabit supaya mengemukakan bukti selain membuat laporan SPRM berkaitan penyalahgunaan kuasa ke atas syarikat milik isterinya.

“Beliau (Nga Kor Ming) sebelum ini telah mencabar saya jadi hari ini saya menyahut cabaran Nga untuk membuat laporan SPRM berkaitan pemberian kontrak tersebut… sebagai bukti saya ada menyediakan dokumen yang menyatakan bahawa dalam mesyuarat  jawatankuasa khas pemilihan telah melantik syarikat Goodman Tailor sebagai pembekal.

“Pelantikan syarikat itu sebagai pembekal dan tukang jahit khusus pakaian long suit untuk Ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) adalah berdasarkan arahan yang dikeluarkan oleh Datuk Ngeh Koo Ham dan Kor Ming meskipun pembekal dengan sebut harga terendah telah pun dilantik sebelum itu.

Malah tambahnya, perbuatan itu turut disertai sepupunya, Ngeh Koo Ham dimana pemimpin berkenaan telah memberi arahan kepada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan iaitu MBI untuk melantik syarikat yang beralamat di Medan Istana 1, Bandar Ipoh Raya sebagai pembekal dan tukang jahit khusus untuk 20 pakaian long suit  Ahli Majlis MBI bagi tahun 2008.

Bagaimanapun, dalam senarai sebut harga yang dikeluarkan oleh MBI, terdapat lima syarikat yang disenaraikan dan syarikat Good Man Tailor telah menawarkan sebut harga terendah iaitu RM450 sepasang manakala Ethan dan Elton menawarkan harga yang paling tinggi iaitu sebanyak RM 650 sepasang.

“Hasil siasatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati salah seorang daripada ahli lembaga pengarah syarikat itu adalah isteri kepada exco kerajaan pada masa itu.

“Kita mempunyai bukti kukuh yang boleh mendedahkan penyalahgunaan kuasa dan amalan kronisme yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat ketika memerintah Perak,” katanya lagi.

Justeru disini telah jelas menunjukkan Nga dan Ngeh telah menggunakan kuasa mereka sebagai exco untuk membatalkan keputusan melantik Good Man Tailor dan memberikan kerja itu kepada syarikat berkenaan yang jelas membuktikan kerajaan pada masa itu telah menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan kroni mereka.

Berang dengan paparan terbabit di blog berkenaan, maka Nga mulalah ketakutan lalu mencari saluran alternatif lain bagi menjawab dakwaan itu di Malaysian Insider baru-baru ini.

Dikatakan Nga telah menafikan kesemua dakwaan berkenaan malah dengan angkuhnya mencabar blogger Sufian untuk mengemukakan bukti.

Dan hari ini, cabaran itu disahut oleh blogger terbabit bagi membuktikan NGA KOR MING adalah seorang pemimpin yang bukan sahaja rasis malah mengamalkan rasuah.

‘Yahudi Mata Sepet’ Cuba Boikot Produk Roti Keluaran Orang Islam December 25, 2011

Posted by ibrahimbaba in Anti-Islam, ekonomi, Melayu.
18 comments

dari: http://ulatdankulat.blogspot.com/

Wak J: Memang JAHANAM puak-puak ‘Yahudi bermata Sepet’berketurunan DAP nih. Bila  rasa perniagaan sudah mula tergugat mula lah keluar perangai setan dia orang tu. Ham Ka Chan!

Kini tersebar luas di Internet tentang seruan dari segelintir kaum Cina yang menggesa bangsanya untuk tidak memberi sokongan kepada perniagaan melayu lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan persatuan Islam dan Melayu.

Email yang diforwardkan kepada saya menyeru agar memboikot Roti Gardenia kerana dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (BERNAS) dan ramai orang Melayu mempunyai kepentingan dalam perniagaan tersebut.

Kebanyakkan kenyataan yang disebarkan bukan sahaja tidak berlandaskan fakta malahan ditokok tambah dengan kata-kata provokasi, antaranya menyatakan masyarakat Cina sering dianiyai oleh orang Melayu, perniagaan milik Raja Gula Robert Kuok disabotaj oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Kerana rakus dengan keuntungan perniagaan, mereka mencetuskan propaganda dengan mengharapkan simpati dari kaum mereka! Kini mereka telah melampaui batasan dengan mencetuskan sentimen perkauman, ada yang melontarkan kata-kata penghinaan seperti “PERGI MATI MELAYU BABI”“MELAYU BODOH” dan sebagainya. Jika taktik kotor ini berterusan, dikhuatiri bukan sahaja akan memberikan kesan kepada perniagaan milik Bumiputera malahan bakal mencetuskan kebencian & perbalahan antara kaum. Kita lihat sendiri apa yang mereka katakan?:Di Facebook:

Image: Roti Massimo Ringkasan posting di Facebook: ALL MALAYSIAN MUST KNOW THAT LAST TIME GARDENIA BUYS FLOUR FROM FEDERAL FLOUR MILL (FMM). RECENTLY GARDENIA WAS ACQUIRED BY BERNAS AND THE FIRST THING THEY DO IS THEY STOP BUYING FLOUR FROM FFM BECAUSE FFM BELONGS TO ROBERT KUOK. NOW, YOU ALL KNOW WHY ROBERT KUOK NEEDS TO LAUNCH THE MASSIMO BREAD.

MALAYS IS TAKING OVER OUR (THE CHINESE BUSINESSMAN) PROPERTY. THIS BUMI, THEY CAN’T TAKE AWAY PEOPLE’S BUSINESS THEY WILL TAKE AWAY PEOPLE’S BIG CUSTOMER. DO THEY REALLY HATE THE CHINESE BUSINESSMEN SO MUCH?PLEASE FORWARD THIS MESSAGE TO ALL THE MALAYSIAN CHINESE. USE THE UNITED STRENGTH OF CHINESE TO SEND GARDENIA TO HOLLAND. (Maksudnya BOIKOT GARDENIA)

Terjemahan FB (23 NOV 2011, 11:28PM): BUTTER LAU MEREKA DENGKI DENGAN KEJAYAAN ORANG LAIN. APA BEZANYA ORANG MELAYU DENGAN PENCURI?

Terjemahan FB (24 NOV 2011, 1:37AM): 
DESMOND TEE DESMONDPERGI MATI MELAYU BABI! TAK ADA KELEBIHAN! JADI MEREKA MENCURI!! ORANG MELAYU LOW CLASS!!

Terjemahan FB (24 NOV 2011, 2:49PM):
 BECKY WONG TANPA ORANG CINA YANG MEMBANTU ORANG MELAYU, BOLEH KE MEREKA HIDUP SAMPAI SEKARANG? AMBIL BALIK DUIT YANG PERNAH KITA BAGI, SEMUA BABI-BABI INI TAK KAN MAMPU BUAT APA-APA.

TAK LAMA LAGI MEREKA AKAN TAHU AKIBATNYA. MANA ADA 1 MALAYSIA, SEMUANYA TIPU! MEREKA SURUH TOLAK DISKRIMINASI KAUM TAPI MEREKA YANG MENGAMALKANNYA??

Terjemahan FB (24 NOV 2011, 5:14PM):
 STEVEN LONG MATILAH MELAYU BABI GEMUK MAK DIA!!BIADAP!!! SEOLAH-OLAH KITA ORANG MELAYU HANYA MELUKUT DI TEPI GANTANG! SUDAH CUKUP DENGAN KUTUKAN & HINAAN KEPADA ORANG MELAYU.

MARI KITA BUKTIKAN SIAPA YANG PERLUKAN SIAPA! MARI KITA LANCARKAN BOIKOT ROTI MASSIMO INI KERANA KEBIADAPAN MEREKA!

Kalau anda semua nak tahu apa yang si Yahudi Mata Sepet ni kutuk-kutuk pasal Roti Gardenia yang selalu dimakan oleh orang ramai terutama sekali orang Melayu bila tiba hujung bulan, sila ikuti segala komentar-komentar yang dilontarkan ke dalam forum DI SINI

Pendapat mereka tidak mewakil Abim December 23, 2011

Posted by ibrahimbaba in Anwar, Ketelusan.
add a comment

Dipetik dari Sinar Harian. Apakah Sdr. Yusri dan Cikgu Sidek kata mereka membuat kenyataan di atas kapasiti sebagai “orang Abim”? Bukankah mereka ini telah “disishkan” oleh Abim sendiri?

Menarik juga dibaca komen-komen di bawahnya. Semoga ada pencerahan.

Sekian, IB

_________

Pendapat mereka tidak mewakil Abim

Oleh : WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh : December 20, 2011

SHAH ALAM – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) menegaskan bahawa sebarang kenyataan, pandangan atau pendapat yang dikeluarkan oleh bekas Presiden Abim, Dr Yusri Muhammad dan bekas Naib PresidenAbim, Profesor Datuk Dr Sidek Baba, termasuk yang berkaitan dengan isu ini, adalah tidak mewakili pandangan Wadah.

Setiausaha Agung Wadah, Abdul Halim Ismail berkata, perkara ini perlu dijelaskan sebagai reaksi kepada beberapa persoalan berbangkit serta kekeliruan di kalangan masyarakat ekoran beberapa kenyataan oleh mantan pimpinan Abim mengenai isu tuduhan tuduhan liwat dan zina terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu, pada 27 Mac lalu, Wadah bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dalam kenyataan media bersama menjelaskan sikap dan pendirian terhadap isu jenayah Qazaf.

“Kami telah menggariskan enam pendirian mengenai isu ini iaitu pertama, sikap dan pendirian mestilah berasaskan syariat.”

“Kedua, hukum qazaf (menuduh liwat dan zina) adalah berat hingga kerana itu hal-hal berkaitan dengannya diperincikan oleh syariat,” kata Abdul Halim.

Seterusnya, pendirian yang ketiga adalah jika menyebarkan tuntutan yang benar berasaskan syariat adalah amanah dan tanggungjawab agama.

“Sementara itu, perkara yang keempat ialah menolak gejala fasik dan pertuduhan liwat serta zina terhadap Anwar.”

“Pendirian kelima ialah menegaskan tanggungjawab bersama dalam membina masyarakat berakhlak berdasarkan syariat dan yang terakhir adalah menasihati mereka yang terlibat dalam membuat jenayah qadhaf supaya kembali menginsafi ketelanjuran mereka dan merujuk kembali kepada amaran Allah,” katanya.

 

Comment using…FacebookYahooAOLWindows Live