jump to navigation

Dalam PAS ada amalan syirik – Ismail Mina December 14, 2012

Posted by ibrahimbaba in Islam, PAS, politik, UMNO.
Tags: , , , , ,
2 comments

dari Antarapos:

SHAH ALAM: Ada syirik dalam PAS kerana terdapat ahlinya yang beramal dengan ajaran Syiah, liberalisme dan pluralisme, kata Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (MUAFAKAT), Haji Ismail Mina Ahmad.

Beliau berkata demikian ketika membandingkan keadaan ini dengan Umno dalam Wacana Meja Bulat terbitan Antarapos yang membincangkan tajuk ‘Ulama Sebagai Pemimpin’ di sini, baru-baru ini.
“Pada hemat saya, kezaliman yang paling besar adalah syirik… Saya tidak nampak dalam Umno ada kesyirikan dalam pemikiran dan akidah. Tidak ada…
“Tapi dalam PAS ada syirik, di mana ada orang beramal dengan syiah… di mana ada orang yang liberalis dan pluralis..,” kata Haji Ismail yang mengaku beliau adalah ahli PAS seumur hidup.
Bagaimanapun hujah beliau itu disanggah seorang lagi ahli panel – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mendakwa pemimpin Umno jauh lebih liberal dan plural daripada PAS.
“Saya tak bersetuju la (PAS syirik)… jauh lebih liberal, jauh lebih plural dalam Umno kerana asas parti itu tak jelas… sedangkan dalam PAS, asasnya dah jelas kerana pemimpin-pemimpin Umno dahulu dah keluarkan kenyataan,” katanya.
Ismail Mina kemudian berkata dalam apa jua tindakan dan keputusan mana-mana parti sekalipun, fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah perlu dipegang dan diutamakan.
“Jadi maknanya, dalam kita memerlukan, dalam PAS, mana-mana parti pun (termasuk) Umno, dan saya juga, mesti meletakkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya.
Sambil mendakwa tuduhan Ismail Mina bahawa PAS adalah syirik sesuatu yang tidak berasas, Khalid berkata sebenarnya Umno mengkhianati umat Islam dan perjuangan Islam.
“Saya rasa pasal yang disebut oleh Ustaz Ismail Mina cukup serius… dia menuduh PAS ini ada syirik dan sebagainya… saya rasa itu merupakan satu tuduhan yang tidak berasas.
“Kerana kita menolak (syirik), sedangkan dalam perlembagaan kita amat jelas… kalau nak cakap pasal mempertahankan dan mengembangkan Islam itu terlalu umum, kita tak merujuk kepada apa-apa.
“Dan dari segi tindakan Umno untuk mengkhianati umat Islam dan perjuangan Islam adalah amat jelas… dalam soal pelaksanaan hukum hudud yang telah diluluskan (di Kelantan)..itu sebahagian… kalau tolak sebahagian tak mengapakah?” soalnya kepada Ismail Mina.
Bagaimanapun Ismail Mina berkata, Umno tidak pernah menolak pelaksanaan hudud.
“Mereka bukan tolak, cuma tidak buat (laksanakan)…,” jawabnya.
Selain Khalid dan Ismail Mina, wacana kali ini juga disertai oleh bekas mufti Perlis Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Pengerusi Ulama Muda Umno (ILMU) Fadlan Othman.

 

Kes Mat Sabu Sokong Rejim Assad Syria – Ikhwanul Muslimin Beri Ultimatum Kepada Hadi November 8, 2012

Posted by ibrahimbaba in Islam, PAS, politik, PRU13.
3 comments

Dek kerana keangkuhan Mat Sabu mencabar sensitiviti umat Islam terutama para pejuang yang menentang rejim Bashar Assad dengan melakukan kunjungan hormat berjumpa dengan menteri kanan pemerintahan kuku besi Damsyik (baca), Ikhwanul Muslimin telah memberi kata putus kepada PAS.

Dalam satu pertemuan khas baru-baru ini, wakil Ikwanul Muslimin Syria datang khas ke Tanah Air kita untuk bertemu dengan Presiden PAS, Haji Hadi Awang. Kedatangan mereka adalah semata-mata untuk menegur serta memberi ultimatum kepada pimpinan PAS agar menjaga sensitiviti mereka, para pejuang di Syria dan seluruh umat Islam. Ultimatum ini diberi setelah tersebarnya rakaman video siaran TV Syria berhubung kunjungan hormat Mat Sabu tersebut.

Ultimatumnya bernada keras sekali. Jika PAS tidak sensitif dengan perjuangan Ikhwanul Muslimin Syria dan terus memberi sokongan moral kepada rejim Assad, maka pertemuan itu adalah yang terakhir dan hubungan Ikhwan dengan PAS akan diputuskan.

Lawatan Mat Sabu ke Syria sudah pasti bagi memberi sokongan kepada rejim Syiah Assad yang pro-Iran (baca: Pengawal Revolusi Iran Ditangkap/Culik Oleh Penentang Bashar Assad) yang juga sealiran dengan fahaman kufur Syiah Mat Sabu (baca: Syed Azman “Confirm”kan Mat Sabu Syiah).

Keberanian dan keangkuhan Mat Sabu adalah kerana kedudukannya yang sudah kukuh sebagai Timbalan Presiden PAS berserta dengan sokongan padu puak-puak Syiah di Malaysia yang sudah menyelinap penuh di dalam keahlian PAS serta memegang beberapa posisi penting dalam PAS (Bilang sahaja berapa orang Pesuruhjaya (PJ) Negeri yang sudah menganuti fahaman Syiah!!!). Hinggakan MB Azizan sendiri (satu-satunya pimpinan PAS yang berani menyanggah Anwar) turut diberi amaran agar tidak  ganggu Syiah di Kedah jika mahukan sokongan mereka dalam PRU akan datang. Terduduk Azian hingga sekarang kerana sayangkan kedudukan MB dari bertegas dalam isu akidah.

Sekian, IB

sila baca jugak ni:

Siapa Pemimpin Yang Terasa Hina Mengangkat Sumpah Depan Orang Melayu? November 2, 2012

Posted by ibrahimbaba in Anti-Islam, Islam, Kesultanan Melayu.
add a comment

Dihebohkan kini seorang pemimpin bukan Melayu merasa terhina kerana mengangkat sumpah di hadapan seorang orang Melayu.

Begitulah chauvanist nya beliau ini.

Siapa dia pemimpin bukan Melayu ini?

Peristiwa ini dikatakan berlaku selepas PRU2008 apabila beberapa pemimpin parti bukan Melayu ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan seorang orang Melayu.

Sekian, IB

Tolak politik tohor demi perpaduan Islam August 20, 2012

Posted by ibrahimbaba in Islam, Melayu.
add a comment

Selamat Hari Raya IB ucapkan kepada semua pembaca.

Sempena hari yang mulia ini ingin IB kongsikan artikel yang dipetik dari kadirjasin.blogspot.com

Semoga dapat memberi kesedaran kepada kita semua.

Sekian, IB

17 OGOS — Dalam kita menyambut kedatangan Aidilfitri, sangat eloklah kalau kita boleh membuat satu azam baru iaitu untuk memberi makna kepada perintah Allah bahawa orang Islam adalah bersaudara.

Saya tergerak menyebut hal ini apabila membaca berita The Malaysian Insider mengenai bekas timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, menghadapi tekanan kerana daripada parti beliau sendiri kerana berselisih faham dengan DAP dan bergesel bahu dengan pemuka Umno.

Dalam laporan itu, beliau dipetik sebagai berkata yang beliau tidak akan keluar PAS atau berhasrat menyertai Umno.

Portal berita itu berkata, tekanan ke atas Nashrudin agar keluar PAS semakin meningkat kerana beliau terus mengkritik DAP dan bergesel bahu dengan pemuka Umno.

Kalaulah laporan The Malaysian Insider itu benar, maka amat malanglah bagi PAS dan penyokongnya. Malah malang bagi semua umat Islam apabila pemimpin Islam dimarahi oleh orang Islam sendiri kerana berani berdepan dengan DAP dalam isu-isu berkaitan Islam.

Nampaknya ada orang Islam di Malaysia yang sanggup sisih menyisih antara sesama sendiri kerana mahu berpakat dengan orang bukan Islam atau semata-mata kerana hendak berkuasa.

Menurut The Malaysian Insider lagi, tekanan ke atas Nashrudin turut meningkat apabila beliau dilihat bersama Perdana Menteri, Najib Razak, di Makkah baru-baru ini.

Kalau ini betul, jelaslah ada orang Islam Malaysia yang kerana ideologi politik sanggup menolak persaudaraan Islam dan memperkecilkan semangat ibadah haji dan umrah, iaitu perpaduan, kesatuan dan kesaksamaan.

Ketika mengerjakan haji dan umrah tidak ada politik. Tidak ada merah, biru atau hijau. Yang ada ialah ihram yang putih yang menjadi simbol kesatuan dan kesaksamaan umat Islam.

Apabila parti atasi agama

Malangnya inilah yang sudah terjadi kepada umat Islam Malaysia, khasnya orang Melayu, yang sanggup tolak persaudaraan Islam demi parti, ideologi dan kuasa. Mereka sudah menjadi begitu partisan sehingga hilang akal dan pegangan.

Mereka mungkin tidak sedar atau tidak mahu mengaku. Tetapi realitinya ialah perpecahan umat Islam Malaysia, khasnya di kalangan orang Melayu, sedang diraikan oleh pihak-pihak yang tidak senang hati dengan kedudukan istimewa orang Melayu dan agama Islam dalam Perlembagaan dan dalam kehidupan harian.

Mereka tidak perlu lagi bekerja kuat melemahkan orang Islam dan orang Melayu kerana politik kepartian yang melampau telah pun memecah-belah dan melemahkan orang Islam dan orang Melayu.

Sikap saya dalam hal ini mudah saja. Pedulikan cakap-cakap tohor dan hambar kelompok fanatik politik ini. Saya telah dan sedang melalui pengalaman yang sama. Misalnya, apabila gambar saya hadir majlis perkahwinan anak timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu, terbit dalam akhbar PAS, Harakah, ada yang membuat kesimpulan yang saya telah menyertai PAS.

Begitu juga apabila rencana-rencana saya dalam blog ini dipetik atau disiarkan langsung oleh Harakah. Hatta adik-adik saya sendiri berbisik-bisik bertanya adakah benar saya telah menyertai PAS.

Jawabnya mudah saja. Haji Mohamad Sabu dan, sebelum itu, Salahuddin Ayub, naib presiden PAS, menjemput saya ke majlis kenduri kahwin anak mereka. Oleh sebab tidak ada aral melintang, saya hadir.

Ramai juga pemuka pembangkang yang saya kenal dan mereka pula menunjukkan muhibah kepada saya walaupun mereka tahu pendirian saya.

Saya pun berasa berguna menyimpan nombor telefon mereka kerana boleh kata setiap kali saya menghantar SMS, mereka akan membalasnya dan apabila mereka tahu saya dalam keadaan pilu mereka mengucapkan takziah. Itu saja. Tetapi itu jugalah inti pati persaudaraan kita sesama Islam.

Fahaman politik bukan penghalang

Saya pun tidak bermusuh secara peribadi dengan Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Lim Guan Eng dengan mana-mana pemuka pembangkang. Saya memilih untuk bersikap sivil dan saya harap itulah juga sikap mereka terhadap saya.

Malah pada akhir-akhir ini, lebih ramai pemuka pembangkang yang mahu berkawan dan meminta pandangan saya, dan saya akan memberikan pandangan saya kepada sesiapa saja yang berjuang untuk Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia. Itu saja.

Satu lagi mengenai persahabatan. Saya mungkin telah lama berpisah jalan dengan Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim. Tetapi saya tidak akan menafikan yang selama 16 tahun (1982-1998) kita berpakat dalam banyak hal demi kebaikan agama, bangsa dan tanah air. Tetapi di mana saya tidak bersetuju, saya kata saya tidak setuju.

Baru-baru ini beliau menyambut hari lahirnya yang ke-65 dan saya menghantar SMS mengucapkan selamat kepada beliau. Beliau membalasnya. Saya mudah ingat tarikh lahir beliau kerana kami berbeza usia hanya 13 hari.

Jadi, janganlah kerana pemuka politik Islam/Melayu bermain politik di atas, orang Melayu dan Islam di bawah bercakaran sesama sendiri. Tak payahlah rampas-merampas pengurusan masjid dan surau atau maki-hamun dalam blog kerana perbezaan ideologi.

Orang Islam di Malaysia bukan ramai sangat — hanya 60 peratus daripada keseluruhan penduduk. Pecah dua jadi 30 peratus. Pecah tiga jadi 20 peratus. Lagipun, di segi ekonomi dan pendidikan, orang Melayu/Islam masih jauh ketinggalan. Silap-silap main politik, menang bersabung kampung tergadai, ayam jaguh jadi milik orang lain. Wallahualam.

Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin. — kadirjasin.blogspot.com

Apa Erti Titisan Air Mata Mohd Nor Manuty Ketika DAP Kuasai Perak? August 14, 2012

Posted by ibrahimbaba in Anti-Islam, Anwar, IFC, Islam, Melayu, politik, PRU2008.
add a comment

Apabila IB membaca kenyataan Ustaz Mohd Nor Manuty yang di”angkat tinggi” oleh Lim Kit Siang dalam blognya terkedu dan pilu rasa IB. Tiba-tiba Ustaz menjadi jagoan memperjuangkan hak orang-orang kafir harbi?

Apabila diumumkan kerajaan BN pimpinan UMNO tumbang kepada parti pembangkang pimpinan DAP di Perak, Ustaz Mohd Nor Manuty adalah antara orang yang menzahirkan kerisauan serta kebimbangan dengan kerakusan DAP yang bakal mentadbir negeri kelahirannya.

Ustaz Mohd Nor Manuty dilihat terkinja-kinja menepuk tangan ketika bosnya Brother Anwar Bin Ibrahim (singkatannya …) berjogek galak di atas pentas merayakan Pongal di kuil di Perak awal tahun ini.

Dengan ungkapan “apa yang ana nak jawab di depan Allah nanti”, Ustaz Mohd Nor tersekat-sekat meluahkan kata-kata itu hingga berlinang air mata ketika kami berbincang di lewat malam pada hari berikutnya pengumuman tersebut dibuat. Dari linangan itu akhir Ustaz terpaksa mengesat linangan yang tidak dapat lagi ditanggung yang mulai mengalir dek terasa pilu dan bimbangnya.

Tup, tup … IB dapat maklum beliau diberi tugas khas dalam parti demi menjayakan agenda pluralisme agama bosnya, Anwar, dengan menjawat urusan agar penganut Agama Islam dapat duduk setara dengan Bahagian Agama Bukan Islam (singkatannya ….). Maka semakin seronoklah Anwar mendapat tokoh agama untuk menjaya dan menyokong fahaman pluralismenya.

Kesian kat Ustaz Mohd Nor. Apa nilai harga tititsan air matanya pada tahun 2008 itu?

Sekian, IB

Pertahan ajaran Islam – Najib June 26, 2012

Posted by ibrahimbaba in Islam, Kerajaan.
add a comment

Sekurangnya Najib berani menyuarakan tentangan beliau terhadap fahaman Liberalisme dan Pluralisme serta “berikrar akan mempertahan kesucian agama Islam dan memastikan budaya songsang seperti amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak mendapat tempat di negara ini”.

Malah ini menjadi kenyataan RASMI kerajaan. Tahniah.

Sekian, IB

_________

dipetik dari Utusan Malaysia:

Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor membelek buku yang ditulisnya bertajuk Agenda Islam Dalam Tranformasi Negara selepas melancarkan Majlis Sekretariat Ulama-Umara (UMUM) di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam. Turut sama Jamil Khir Baharom (kiri).

KUALA LUMPUR 25 Jun – Kerajaan berikrar akan mempertahan kesucian agama Islam dan memastikan budaya songsang seperti amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak mendapat tempat di negara ini.

Pada masa yang sama, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, sebarang pemikiran menyeleweng seperti fahaman liberalisme dan pluralisme yang kini diperjuang pihak tertentu juga akan ditentang.

Katanya, dalam usaha kerajaan mentransformasi Malaysia menjadi sebuah negara Islam moden yang maju dan berpendapatan tinggi, tiada sebarang kompromi berhubung soal akidah, ibadah, muamalat dan akhlak.

“Kita akan pastikan sebarang budaya songsang seperti perilaku LGBT serta sebarang pemikiran menyeleweng seperti fahaman liberalisme dan pluralisme tidak akan mendapat sebarang tempat di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis pelancaran Sekretariat Ulama-Umara dan buku Agenda Islam Dalam Transformasi Negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Timbalannya, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria serta para ulama dari seluruh negara.

Pada majlis tersebut juga, Perdana Menteri turut melancarkan dua naskhah buku tulisan Mashitah iaitu Moderat dan Langit Terbuka yang mengulas mengenai dasar serta transformasi pentadbiran beliau sejak tiga tahun lalu.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai tindakan Pas mengarahkan ahli parti berkenaan agar menangguhkan ibadah haji demi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13, Najib berkata beliau terkejut kerana Pas tergamak berbuat demikian.

Katanya, selaku sebuah parti yang mendakwa parti Islam, Pas sepatutnya mengutamakan pelaksanaan fardu ain terlebih dahulu berbanding fardu kifayah kerana ibadah haji rukun Islam kelima dan wajib ke atas mereka yang berkemampuan.

“Mereka tergamak mengutama kepentingan parti berbanding kepentingan agama Islam, sedangkan berdasar prinsip ‘fiqh aulawiyyat’ keutamaan perlu kepada ibadah haji kerana ia fardu ain berbanding mengundi iaitu fardu kifayah.

“Tapi percayalah, kerajaan sentiasa mempertimbang semua faktor sebelum mengadakan pilihan raya dan saya akan pastikan pertimbangan itu selaras dengan kehendak agama Islam itu sendiri,” jelas Najib.

Mengenai buku Agenda Islam Dalam Transformasi Negara, Perdana Menteri berkata, ia akan menjadi bukti dan mampu menangkis tohmahan dan pembohongan pembangkang yang menuduh kononnya kerajaan bersifat anti Islam.

Tegas Najib, dengan deretan program dan komitmen yang sudah serta bakal dilaksana kerajaan yang digarap dalam buku berkenaan, tiada sebarang sebab untuk pembangkang melabel tohmahan sebegitu.

Cikgu Azmi Kena Baca Fatwa Ust. Ghani dan Ust. Hadi Dalam Harakah May 10, 2012

Posted by ibrahimbaba in akhbar, Islam, Ketelusan, PAS, politik.
add a comment

Akhir-akhir ini nampaknya Cikgu Azmi marah sangat dengan akhbar dalam isu Azmin Ali yang dilondehkan (sebenarnya siapa yang londeh siapa?). Beliau yang mengetuai Saf Anti Fitnah (SAF) wajar juga lihat kembali akhbar Harakah edisi tahun 2008. IB pernah menyiar berita sebegini sebelum ini di sini: Apa Kata Ustaz Abdul Ghani dengan SAFnya?

Ustaz Ghani (yang juga dalam SAF) pernah berkata bahawa keburukan calon pemimpin perlu didedah. Ini berdasarkan wawancara Ustaz Ghani sebagai Presiden Sekretariat Ulama Rantau Asia dengan Harakah yang disiarkan pada Mac 2008

Ini adalah apa yang disiarkan Harakah ketika itu:


1.       Keburukan pemimpin dan orang yang melakukan kejahatan moral sangat perlu didedahkan supaya masyarakat tidak mengundi dan memilih mereka’.
2.       Menjadi seorang pemimpin mesti di kalangan orang berilmu, bertakwa, ada intergriti moral, iaitu bercakap benar, jujur, amanah, boleh diharap, telus, cekap dan pelbagai sifat kepimpinan seperti yang dihuraikan dalam Al Quran. Seorang pemimpin yang menipu rakyat tidak mempunyai intergriti moral. Pemimpin seperti ini mempunyai kecacatan serius menyebabkan kepercayaan dan keyakinan masyarakat kepada kepimpinannya terhakis.
3.       Justeru, apa yang diterangkan oleh Presiden PAS berkenaan pimpinan PAS boleh mendedahkan keburukan calon BN selaras dengan tuntutan agama dan keperluan rakyat yang mendesak.

Lantaran itu, IB menyeru samada Cikgu Mi baca balik keluaran Harakah tersebut atau bertanya sahaja dengan Ust. Ghani.

Cikgu Mi boleh jugak tanya dengan Ustaz Hadi kerana Presiden Pas itu juga mempunyai pendirian yang sama. Malah, kalaulah Harakah semasa itu bertanya Nik Aziz, IB rasa MB Kelantan itu akan memberi fatwa yang lebih kaw lagi. Apa taknya kalau Allah tu dia kata samseng, tidak ada hal sangat kalau nak hentam Pak Lah masa itu.

Sekian, IB

Pelik Cara Anwar Solat Ketika Di Perkarangan Masjid Negara April 30, 2012

Posted by ibrahimbaba in akhbar, Anwar, Islam, Ketelusan, politik.
Tags: , , , , , ,
add a comment

Anwar Ibrahim dikata berada di perkarangan Masjid Negara pada hari Bersih 3.0. Mereka berkumpul di situ bersama beberapa pemimpin PR lain. Apabila masuk waktu zohor, mereka ini dikatakan tidak masuk dalam masjid untuk solat berjemaah bersama orang ramai tetapi solat hanya di perkarangan masjid itu sahaja.

Soalnya:

1. Apakah dia terikut dengan perpecahan yang pernah berlaku dulu – kerana tidak mahu ikut imam kerajaan?

2. Apakah masa terlalu suntuk kerana sudah hendak mula Bersih? Kalau solat di dalam masjid nanti lambat. Imam baca surah panjang. Wirid lagi.

3. Apakah dia tidak larat kerana keuzurannya hendak berjalan jauh ke dalam masjid turun naik tangga? Maklumlah masih sakit belakang.

4. Apakah beliau malas nak buka kasut atau bimbang kasut beliau hilang bila tanggal kasut untuk solat di dalam masjid? Solat di luar masjid boleh solat sambil pakai kasut!

dan banyak lagi persolan dan kemungkinan lain.

Namun, apa pun sebabnya beliau tidak mahu solat dalam masjid itu terserahlah kepada dia dan “ahli jemaahnya”.

Yang peliknya ialah apabila dia solat di luar perkarangan masjid mereka solat beramai-ramai macam solat berjemaah tapi mereka solat sendiri-sendiri! Atau IB yang salah? Tolong betulkan.

Lihat gambar-gambar dari minag-jinggo ini:

a. Pemuda sebelah kiri ini mungkin nak beritahu arah kiblat. Bukankah lebih senang dalam solat masjid – mesti dah confirm arah kiblatnya.

b. Masing-masih bersedia untuk solat. Anwar menterbalikkan topi beliau. Orang sebelah kirinya mengikat sapu tangan di kepala.

c. Mereka mula bertakbir. Tunggu! Siapa imamnya? Nampak macam sebaris semua tidak ada imam di depan. Kalau orang yang sebelah kanan Anwar yang takbir dulu – mungkin dia imam kot?  Sungguh bersiap siaga sekali untuk “berperang”, sebab itu boleh solat dengan pakai kasut!

d. Mereka guna banner untuk alas solat. Kenapa tidak diterbalikkan banner tu – guna yang sebelah putih. Nasib baik teringat nak tutup sikit – kalau tak tercium muka Ambiga kat banner (?). Kesian dua orang dihujung sana – banner tak cukup besar.

e. Nak kata orang sebelah kanan Anwar jadi imam tidak betul juga. Sebab dia turun sujud lambat. Anwar yang sakit belakang nampak mengeran kesakitan bila nak sujud. Tambah pulak dengan pakai kasut – lagi sakit masa nak lipat turun dan duduk tahiyyat.

f. Bertahiyyat sama-sama. Solat bersama macam berjemaah. Pergerakan semua hampir sama – macam berjemaah. Tapi masing-masing solat bersendirian. Yang belakang tu – agaknya ikut siapa. Mereka tahu tak masing-masing di depan tu solat bersendirian? Mereka mengguna Mazhab yang memboleh dedah tangan semasa solat? (di Malaysia?) Kalau di Indonesia mereka kata “oh sikit aje nampak engak apa-apa”

Yang lain yang ramai lagi tu tak solat ke? Ramai lagi yang Melayu tu … tidak mengapa – menjadi taraf pemerhati!

Sekian, IB

Iran Bantu Assad Mengekang Revolusi Syria March 22, 2012

Posted by ibrahimbaba in akhbar, Anti-Islam, Islam, Ketelusan.
add a comment

Bukti sudah pun ada. Namun bagi mereka yang sudah menganuti Syiah, mereka tidak akan percaya. Dan bagi mereka yang menyanjung Iran Syiah membuta tulli akan tetap juga tidak percaya.

[ini semua terbukti dari komen-komen terhadap posting IB sebelum ini: Masih Ada Yang Tidak Percaya Kebodohan Syiah Dalam Sambutan Ulangtahun ke33 Kepulangan Khomeini]

Baru-baru ini The Guardian memperolehi 3,000 emel yang beredar di kalangan orang-orang dalaman regim Assad termasuk juga emel-emel kepunyaan Bashar dan isterinya Asma sendiri.

Di antara emel-emel ini termasuk yang membongkar penglibatan rejim Syiah Iran dalam mengekang bantahan orang awam yang mengugat pemerintahan Assad. Nada nasihat yang diberi oleh pelbagai pihak dari Iran menyerupai gempar-gempur rejim Iran terhadap ancaman dan campurtangan Iran di negera mereka sendiri. Di antara nasihat termasuk mengunakan kekerasan yang melampau hingga mengorbankan banyak jiwa terutamanya dari golongan Ahli Sunnah yang disengajakan oleh dendam kesumat puak-puak Syiah ini.

Ya Allah selamatkanlah bumi ini dari fitnah akhir zaman.

Sekian, IB

Masih Ada Yang Tidak Percaya Kebodohan Syiah Dalam Sambutan Ulangtahun ke33 Kepulangan Khomeini March 8, 2012

Posted by ibrahimbaba in Islam.
15 comments

Memang IB sudah agak. Akan ada orang-orang yang taksub tidak akan percaya dengan posting IB sebelum ini: Memperingati Kepulangan Khomeini: Suatu Yang Aneh dan Ditertawakan. Dan IB suspek mereka itu adalah sememangnya pengikut Syiah di Malaysia (yang sama ada tidak mahu percaya atau mereka taqiyyah) atau mereka yang apabila diberi penjelasan/maklumat mereka sukar untuk percaya dek kerana tertutupnya pintu hati.

Ada pula yang mengatakan ianya “super-impose” dan di”photoshop”. Dalam posting asal sudah pun IB sebutkan bahawa gambar-gambar itu IB perolehi dari laman rasmi media mereka sendiri, MEHR, iaitu mehrnews.com.

Bagi tujuan mengesahkan laporan tersebut IB pamerkan sumbernya di bawah ini dengan “screen-shots” dari laman akhbar mereka sendiri:

dan ini juga … periksalah sendiri.

Klik pada imej untuk baca link url yang ditulis di situ atau pergi sahaja di sini. (Harap mereka belum buang lagi). Bolehlah tengok sendiri kesemua gambar yang IB ambil itu … semuanya dari MEHR. Malah IB tidak buang pun tanda MEHR pada setiap gambar yang IB ambil itu.

Kalau tidak boleh baca bahasanya – gunalah google translate … amat mudah.

Ada juga masih tdak percaya? Itulah yang disebut mereka pekakkan telinga, butakan mata dan tidak mahu juga percaya. Masih juga mengatakan ini semua super-impose. Memang nampak sebegitu. Tapi silalah pergi ke link dan tatapi sendiri apa yang ditulis oleh orang-orang Syiah yang fanatik ini. Jangan pula kita yang terlebih fanatik menolak kebenaran.

Semoga kita sama-sama menjaga akidah kita agar tidak terpesong ke neraka dan kekal selamanya di dalamnya, nauzubillah.

Sekian, IB