jump to navigation

Angkuhnya Manusia Bernama Asri Zainal Abidin December 30, 2009

Posted by ibrahimbaba in Islam.
Tags: , , , , , , , , , , , , , ,
9 comments

Memang benar angkuhnya!

Mana-mana pihak atau agensi dan sesiapa juga yang tidak sehaluan atau yang dia rasakan menentangnya, dia akan memperleceh dan merendah-rendahkan agensi atau seseorang itu.

Sikap angkuh dan sombong melampaunya bukan suatu yang baru. Bagi sesiapa yang pernah menonton ceramahnya dalam Youtube atau mana-mana rakaman – pasti telahpun banyak yang dapat mengesahkannya. Itulah angkuhnya manusia yang bernama Dr. Mohd Asri Zainal Abidin @ Abdul Talib (MAZA) [komen lencongan sikit … pelik sikitlah Abdul kepada Talib … hmmm]

Contoh terbaru ialah berikut (yang dipetik dari tulisan terbarunya semalam – tak payahlah IB tambah “hits” dia dengan meletakkan pautannya [lagi tambah act dia]):

Pihak RTM 1, pula semalam (28 Disember 2009) menyiarkan siaran langsung Hj. Uthman Muhammady dan seorang penceramah yang tidak dikenali membuat tafsiran yang salah terhadap perbezaan pendapat dan usaha pembaharuan.

Ustaz Muhammad `Uthman El-Muhammady hanya dipanggil dengan Hj. Uthman Muhammady! Saya serahkan kepada pembaca menilainya. Begitulah dalam banyak petikan ceramahnya yang lain … termasuk apa yang dipanggilnya kepada Sheikh Jaafar Al-Barzanji – ada rakaman Youtube tu.

Kepada panelis kedua, Prof. Madya Dr. Fakhruddin Mukti, disebut oleh Dr. Asri hanya sebagai seorang “penceramah yang tidak dikenali“. Dia nak kata dia lebih dikenali … ikut dialah. Nama Dr. Fakhrudin terpampang di skrin TV. Dr. Fakhruddin seorang Profesor Madya. Dr. Asri tu sekadar pensyarah kanan je! Jangan duk act lah! Perbezaan antara seorang PM dengan setakat pensyarah kanan adalah kayu pengukur kesarjanaan. Yang mencari populariti dengan berbangga dengan hits di blog, muka disiar oleh akhbar, puak Islam Liberal memberi sokongan, Mahathir suka, telefon Marina Mahathir bila kena tangkap …. dan panjang lagilah … itu bukannya kayu pengukur kesarjanaan.

Dr. Asri (MAZA) dalam banyak tulisannya telah melacurkan kesarjanaan yang dia sendiri selalu berbangga dengannya. Dia selalu tidak jujur dalam penyampaian maklumatnya, kerap sengaja diputarbelitkan fakta, pick-and-choose mana yang dia rasa membantunya dan menyorok sesetengah fakta lain … apakah itu nilai kesarjanaan yang dicari dan diwarwarkannya? Bacalah salah satu sanggahan Dr. Asmadi: Ulasan Terhadap Artikel Dr. MAZA: Salah Guna Nama Ijmak.

Kalau RTM tak jemput dia jangan terus “kecewa kerana ada saluran media yang tidak bersikap positif“. Yang hang duk bayar kat Astro untuk siar kisah perahu hang tu? Yang Majalah-i tu penuh dengan tulisan-tulisan menentang arus perdana – hang kata “memberikan laporan yang positif dan adil“. Kerana ikut hang, hang OK. Tak siar muka hang, hang kata tak positif … apalah!

Kalau orang Teganu, MAZA ni bunyinya semacam “majal” seperti sial majal. Agaknya bunyi itu mengambarkannya … boleh kita katakan begitu?

Mereka yang sealiran dengan dia ni sememangnya begitu. Kadang-kadang tu, bila kita tengok muka mereka ni nampak macam dia orang “gong”lah … kata orang Teganu. Tengok sajalah bagaimana kebiadaban Dr. Fauzi Deraman dalam rakaman Al-Kuliyyah (yang Asri marah sangat tak disiar secara langsung – lihat nota tambahan di bawah). Dengarlah gelak ketawa penonton yang sealiran dengannya – siap ada yang tepuk tangan. Tak pe … tu bukan bidaah.

Sekian, IB

… bagi mereka yang mengikuti penulisan IB, kali ini gaya penulisan dan bahasa yang IB guna agak berbeza sikit … sebab geramlah!

Nota tambahan:

Ini yang IB telah tulis sebelum ini berhubung siaran rakaman Al-Kulliyyah:

Pasal rakaman ini, apa yang IB dengar, ianya mungkin tidak akan disiarkan kerana “orang-orang tertentu” merasakan rakaman ini tidak menyebelahi mereka. Malah asalnya “mereka” hendak siarkan secara langsung kerana dirasakan mereka bakal dapat “pukul” Ustaz Uthman secara “live” dengan dua orang tokoh mereka. Allah Maha Bijaksana dalam perancanganNya.

[dipetik dari komen IB kepada artikel Kebiadaban Spiritual]

Golongan Ahlussunnah menurut Imam al-Baghdadi December 23, 2009

Posted by ibrahimbaba in Islam.
Tags: , , , , ,
add a comment

Artikel Utusan Malaysia hari, IB rasa suatu tulisan yang amat baik bagi mengulas apa sebenarnya ASWJ yang kini banyak cuba disalaherti. Sesetengah tokoh PhD dalam bidang agama memetik nama imam-imam tersohor tetapi telah menyembunyikan fakta sebenar dan hanya memetik sebahagian maklumat sambil cuba disalahertikan.

Penipuan ilmiah sebegini pernah IB dengar dari seorang ilmuan apabila beliau mengulas Dr. Asri/MAZA sering mengguna nama Pak Hamka dalam banyak tulisannya. Satu contoh ialah MAZA memetik satu tulisan Pak Hamka dan mengatakan bahawa ianya surat yang Pak Hamka kirim kepada Mufti Johor. Namun, pengkaji ilmiah telah menyatakan bahawa buku tersebut adalah karangannya sekadar menyatakan pandangan dan teguran Pak Hamka – ianya tidak pun dibuat secara surat rasmi kepada Mufti Johor pada ketika itu (sila baca pendahuluan/pengantar di awal muka surat buku tersebut).

Satu analisa baik berhubung MAZA mengaitkan Pak Hamka telah dikupas dengan tepat oleh Sdr. Yusri (mantan Presiden Abim) boleh dibaca di sini.

Sekian, IB

—————————-

Golongan Ahlussunnah menurut Imam al-Baghdadi

Oleh DR. ASMADI MOHAMED NAIM

SAYA membaca tulisan mengenai makna atau definisi Ahlu al-sunnah wal Jamaah (ASWJ) daripada seorang penulis mingguan pada pertengahan November 2009 lepas. Penulis mengutip definisi Ahlussunnah yang ditulis oleh Imam al-Baghdadi (wafat429H) dalam kitabnya, al-Farq Baina al-Firaq.

Namun malangnya perkataan al-turuq al-sifatiah atau ‘jalan-jalan sifat’ dalam definisi tersebut diabaikan. Walhal, itulah antara perkara yang penting untuk menentukan sama ada tauhid yang mensyarahkan sifat-sifat 20 adalah sesuatu yang baru atau sememangnya sudah lama.

Pada saya, ada sedikit masalah ‘ketidakjujuran ilmu’, bila dia tidak menerangkan secukupnya maksud al-Baghdadi apabila mensyarahkan pengertian ASWJ.

Demikian juga, ada sebuah lagi penulisan yang menceritakan aliran pemikiran tauhid di Nusantara, yang merujuk bahawa aliran yang mensyarahkan Sifat 20 hanyalah muncul selepas tahun 1,000 Hijrah melalui Imam Sanusi dengan kitabnya Umm al-Barahin.

Penulis tidak merujuk kemunculan metod tersebut kepada penyusunnya yang sebenar iaitu Abu Hassan al-Asy’ari (wafat324H) yang muncul pada akhir kurun ke 3 Hijrah. Ini masalah ‘sikap amanah’ dalam penulisan.

Dalam kesempatan ini, saya hanya mahu menjelaskan siapakah Ahlussunnah menurut penulisan Imam al-Baghdadi yang telah menjadi rujukan definisi ASWJ supaya pembaca dapat memahaminya secara jelas.

Beliau menyatakan (hal.19): “Maka golongan yang ke 73 ialah Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu golongan ahl al-ra’y (Ibu Hanifah dan murid-muridnya) dan ahlu al-hadis; bukan mereka yang mempermain-mainkan hadis; dan ulama fikah mereka, penghafal al-Quran mereka, perawi hadis daripada mereka, dan ulama hadis di kalangan mereka, semuanya sepakat atas keesaan Pencipta, keesaan sifat-sifat-Nya, keadilan-Nya, hikmah-Nya dan nama-nama-Nya dan pada bab kenabian dan kepimpinan, hukum hudud dan pada perkara usuluddin.”

Seterusnya, Imam al-Baghdadi Rahimahullah memperincikan lapan golongan yang termasuk dalam Ahlusunnah wal Jamaah (lihat bukunya dari halaman 240-243):

lGolongan pertama, mereka yang menguasai ilmu khususnya dalam bab Tauhid (meng-esa-kan Allah) dan kenabian, hukum-hukum wa’ad (khabar gembira) dan wa’id (ancaman seksa), pahala dan balasan, syarat-syarat ijtihad, pemerintahan dan kepimpinan. Mereka yang melalui jalan ini ialah ulama Kalam (Tauhid) yang bebas dari fahaman tasybih (menyerupakan sifat Allah dengan makhluk) dan bebas daripada fahaman ta’til (yang menafikan sifat-sifat yang Azali bagi Allah SWT), dan bebas daripada bidaah al-Rafidhah, Khawarij, Jahmiah, Najariah dan seluruh pengikut bidaah dan hawa nafsu.

lGolongan kedua ialah imam-imam fiqh sama ada kumpulan yang cenderung pada rakyun (dalil aqal) atau hadis. Iaitu mereka yang beriktikad (berkeyakinan) pada perkara usuluddin dengan mazhab-mazhab sifat pada Allah dan pada sifat-sifatnya yang azali (membicarakan sifat-sifat Allah SWT sebagaimana sifat 20), dan mereka bebas daripada fahaman Qadariah dan Muktazilah; mereka menetapkan melihat Allah Taala dengan mata (di akhirat kelak) dengan mata tanpa tasybih (menyerupakan Allah dengan makhluk), tanpa ta’til’ (menafikan sifat-sifat Allah). Termasuk dalam golongan ini ialah murid-murid kepada Malik, al-Shafie, al-Auza’i, al-Thauri, Abu hanifah, Ibn Abu Laila (wafat148H), sahabat-sahabat Abu Thaur (wafat240H), sahabat-sahabat Ahmad bin Hanbal (wafat241H), ahli al-Zahir, keseluruhan ulama fiqh yang beriktikad dalam bab-bab akal ini dengan prinsip-prinsip Sifat (tauhid yang membahaskan Sifat-sifat Allah). Dan mereka tidak mencampurkannya dengan apa-apa daripada ahli bidaah dan hawa nafsu.

lGolongan ketiga ialah mereka yang menguasai ilmu-ilmu yang berkaitan dengan periwayatan hadis dan sunnah yang disampaikan oleh Nabi SAW, mereka berupaya membezakan antara sahih dan cacat antaranya, mengetahui sebab-sebab al-jarh wa al-ta’dil (kredibiliti seorang rawi) dan mereka tidak memasukkan ilmu mereka dengan apa-apa daripada ahli bidaah dan nafsu yang menyesatkan.

lGolongan keempat ialah kaum yang menguasai kebanyakan topik-topik sastera Arab, nahu dan saraf. Mereka berada atas jalan pakar bahasa seperti al-Khalil (wafat175H), Abu ‘Amr bin al-‘Ala (wafat 145), Sibawaih (wafat 180H), al-Farra’ (wafat 207H), al-Akhfash (wafat 215H), al-Asma’i, al-Mazini (wafat 236H), Abu Ubaid (wafat 224H) dan seluruh imam-imam Nahu sama ada ulama-ulama Kufah atau Basrah, yang mana mereka tidak mencampurkan ilmu mereka dengan sesuatu daripada bidaah al-Qadariah, atau Rafidhah atau Khawarij.Maka sekiranya seseorang itu cenderung ke arah nafsu yang menyesatkan, maka bukanlah ia daripada golongan Ahlussunnah walaupun kata-katanya adalah ‘hujah’ dalam ilmu bahasa dan Nahu.

lGolongan kelima, antaranya ialah mereka yang menguasai ilmu yang berkaitan dengan jenis-jenis qiraat untuk al-Quran dan jenis-jenis tafsiran al-Quran, penakwilannya berdasarkan mazhab-mazhab Ahlussunnah, tanpa berpegang dengan takwilan ahli nafsu yang sesat.

lGolongan keenam ialah, antaranya ialah para ahli zuhud sufi yang mempunyai ilmu maka jauh pandangan, yang telah dinilai maka ia diiktibarkan, mereka reda dengan hidup yang ringkas, mereka mengetahui bahawa penglihatan, pendengaran dan hati dipertanggungjawabkan terhadap kebaikan dan kejahatan; menghisab dengan neraca zarah-zarah, justeru menyediakan diri mereka dengan sebaik-baik persiapan untuk hari Kiamat. Perkataan mereka berjalan di atas dua jalan iaitu secara jelas dan isyarat di atas jalan ahli hadis, tanpa mereka ‘membeli’ pandangan yang mempermainkan hadis. Mereka tidak melakukan kebaikan kerana riak, tidak pula meninggalkan kebaikan kerana malu kepada orang lain. Agama mereka hanya satu dan menafikan pentasybihan (menyerupakan Allah dengan makhluk), mazhab mereka ialah tafwidh (menyerahkannya) kepada Allah SWT, bertawakal kepada-Nya, penyerahan kepada-Nya, tenang dengan apa yang direzekikan-Nya.

lGolongan ketujuh ialah, antaranya kaum yang terikat dengan barisan hadapan peperangan dengan orang-orang kafir, berjihad melawan musuh-musuh Islam, mereka menjadi benteng melindungi umat Islam, meninggalkan isteri-isteri mereka dan negara mereka dan menzahirkan pada barisan hadapan mereka Mazhab ASWJ.

lGolongan kelapan ialah, antaranya kebanyakan negara-negara yang secara kebiasaannya terdapat syiar ASWJ, bukannya negara yang menzahirkan syiar ahli hawa-nafsu yang sesat.

Itulah huraian sebenar al-Imam Abdul Qahir bin Tohir bin Muhammad al-Baghdadi. Rupanya, ramai sebenarnya yang diiktiraf sebagai Ahlussunnah. Ia berbeza dengan pandangan yang meminoritikan dan mengeksklusifkan ASWJ hanya untuk golongannya sahaja, dengan tuduhan sesat dan bidaah pada perkara remeh-temeh seperti qunut, talkin, zikir selepas solat, berdoa beramai-ramai dan sebagainya.

Lihat kata Imam al-Baghdadi tentang perkara-perkara cabang (hal. 19): “Mereka (ASWJ) hanya khilaf mengenai halal dan haram pada cabang hukum, bukanlah khilaf tersebut mengundang kepada sesat dan fasik; mereka adalah puak yang terselamat, kerana mereka bersatu pada keesaan Pencipta dan qidam-Nya, qidam segala sifatnya sejak azali, dan harus melihat-Nya tanpa sebarang perumpamaan dan gangguan, serta yakin terhadap isi kandungan kitab-Nya dan rasul-Nya, dan mengikut segala syariat Islam dan menghalalkan segala yang dihalalkan oleh al-Quran, dan mengharamkan segala yang diharam oleh al-Quran serta menerima apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan beriman pada hari kebangkitan dan perhitungan, dan soal dua Malaikat dalam kubur, beriman dengan telaga Kauthar dan Timbangan.

Semoga masyarakat Islam tidak terbelenggu dengan perpecahan yang lebih parah, lantaran perkara-perkara tersebut.

Banyak masa yang perlu digunakan untuk memperbetulkan generasi muda yang menyongsang arus dengan pelbagai gejala sosial. Wallahu a’lam.

Kebiadaban Spiritual – Bila Imam Shafi’i Diketawakan December 22, 2009

Posted by ibrahimbaba in Islam.
Tags: , , , , , , , , , ,
3 comments

Terkedu bila IB tonton youtube ni … komen sebegitu dari Dr. Fauzi? Apakah itu sahaja yang orang bermazhab Shafi’i mesti lakukan? Bukankah ada pendapat lain dalam mazhab Syafi’e yang membolehkan sentuhan tanpa sengaja.

Alangkah murninya kalau Dr. Fauzi komen dengan memberi pendapat-pendapat lain dalam mazhab Syafi’e? Kalaulah dia senaraikan pendapat-pendapat lain dengan kepelbagaian hujah nampaklah kematangan berhujah dan bersihnya hati beliau dari hendak memperkecilkan seorang tokoh yang tidak sebanding dengan kita.

Sedih dengan sesetengah sarjana serta ahli-ahli akademik berPerasaan Hasad Dengki (PhD) kini yang kurang hemahnya. PhD mereka tu baru untuk satu bidang kajian yang amat khusus kalau hendak dibandingkan dengan imam-imam terdahulu.

Satu hal lagi … topik perbincangan ialah Aqidah. Kenapa hentam bab fiqh?

Pasal rakaman ini, apa yang IB dengar, ianya mungkin tidak akan disiarkan kerana “orang-orang tertentu” merasakan rakaman ini tidak menyebelahi mereka. Malah asalnya “mereka” hendak siarkan secara langsung kerana dirasakan mereka bakal dapat “pukul” Ustaz Uthman secara “live” dengan dua orang tokoh mereka. Allah Maha Bijaksana dalam perancanganNya.

Sekian IB

———

Kebiadaban Spiritual – Bila Imam Shafi’i Diketawakan

http://akarimomar.wordpress.com/2009/12/05/kebiadaban-spiritual-bila-iman-shafii-dikertawakan/

Apakah apabila kita sudah mempunyai segulung ijazah mahupun PhD serta bergelar dengan Profesor Madya, kita sudah setaraf atau lebih hebat dari Imam Shafi’i? Hingga kita boleh “menghina” imam-imam besar untuk diketawakan dalam majlis ilmu?

Sila tonton bahagian soal jawab dalam rakaman program Al-Kulliyyah terbitan TV3 ini (perhatikan pada minit mulai 04:24, yang ahli panel menyebut:

Kalau pergi haji kalau ikut mazhab Shafi’i kena 3 bulan duduk di sana … (orang ketawa) … bagi orang Hanafi balik dulu, bagi orang Maliki balik dulu, tinggal puak-puak Shaf’i’i, (biar jarak) sedepa seorang tawaf … (diketawa ramai) …

Kemudian, di akhirnya pada minit 05:10, pengajaran Sifat 20 pula dijadikan bahan ketawa.

Maka terharulah seorang ahli panel lain dengan ulasan beliau di sini (tontonlah dan renungilah):

Apakah ini benar-benar yang disebut sebagai kebiadaban spiritual?

p.s.