jump to navigation

Amaran Najib Kepada Rosol September 5, 2009

Posted by ibrahimbaba in Kerajaan, Melayu, Terengganu, UMNO.
Tags: , , , , , , ,
add a comment

“Jangan cabar saya macam Ibrahim Fikri cabar ayah saya dulu” begitulah lebih kurang bunyinya kata-kata Najib Tun Razak kepada Rosol Wahid ketika Rosol membawa suara tidak senang hati kem Derih Jusoh terhadap MB Ahmad Said kepada PM beberapa bulan lalu.

Tidaklah IB ingin ketengah sangat apa yang IB dengar dua bulan lalu kerana, tidak pasti kesahihannya. Kedua tidak pula dapat IB sahkan apa yang sebenarnya dikatakan oleh bekas Menteri Besar Terengganu Ibrahim Fikri kepada Tun Razak dulu (betul ke pernah ada perjumpaan seperti itu?). Pernah IB bertanya dengan beberapa orang yang pernah rapat dengan arwah Ibrahim untuk pengesahan – tidak pula dapat IB pastikan bahawa pernah berlaku Ibrahim Fikri mencabar Tun Razak. Maka IB tidak mahu teruskan khabar berita tersebut.

Namun dengan melihat kemelut di Terengganu semakin parah dan sukar untuk nampak arah penyelesaiannya walaupun dua pimpinan kanan pusat datang pun lebih separuh dari pimpinan negeri UMNO masih berkeras untuk boikot – sememangnya kalau benar ada sesi “cabar-mencabar” Rosol dengan Najib tu – mungkin adalah kebenarannya sedikit sebanyak kot. Memang bagai dikatakan IB dulu Terengganu Lebih Parah Dari Perak.

Sepertimana yang IB pernah sebut dahulu – negeri Terengganu semenjak ianya negeri miskin sehingga ianya menjadi kaya raya dengan hasil mahsul minyaknya, rakyatnya tetap tersisih akibat perebutan kuasa para pemimpin UMNO. Di zaman pemerintahan yang begitu lama Wan Mokhtar – saingan kerap dilihat datang dari Utara juga (Yusof Nor).

Sekarang pun di bawah pimpinan dari Kemaman – saingannya pun dari daerah Besut juga. Yang merana dan terabai ialah rakyat jelata. Yang mengaut keuntungan ialah di kalangan pimpinan. Sepanjang BN memerintah negeri Terengganu (walaupun kaya dengan hasil minyaknya) Terengganu kekal terperosok di tangga terakhir di kalangan negeri-negeri yang dipimpin oleh kerajaan BN.

Kalaulah cabaran Rosol dapat meletakkan Terengganu di atas semua negeri-negeri lain selari dengan pendapatan yang tinggi dari hasil minyak – berbaloilah. Mungkin Rosol boleh dapat satu sokongan dari IB.

Sekian, IB

Razak Baginda: Masa Untuk Bayar Balik November 21, 2008

Posted by ibrahimbaba in politik, UMNO.
Tags: , , , , , ,
add a comment

Selepas selamat dari pertuduhan agaknya inilah masanya untuk bayar balik … ??? Wallahu a’lam

*******************************************************

http://www.bharian.com.my/

Razak Baginda nafi Najib terbabit

KUALA LUMPUR: Penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda, semalam menegaskan Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, tidak ada kaitan langsung dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu.

“Najib dan Rosmah tidak mengenali si mati, apatah lagi menemui si mati. Itu keterangan saya berikan kepada polis dan itulah yang saya katakan dalam sidang media ini,” katanya dalam sidang media pertamanya sejak dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 31 Oktober lalu terhadap tuduhan bersubahat dalam kes pembunuhan itu.

Abdul Razak yang merengkuk dalam penjara selama 22 bulan, dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya tanpa dipanggil membela diri dan pihak pendakwaan juga tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu.

Bagaimanapun, dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Insp Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, diperintah membela diri terhadap tuduhan membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja, Selangor pada Oktober 2006.

Abdul Razak yang kini bermisai dan berjanggut berkata, terlalu banyak fitnah dilemparkan terhadap Najib dan Rosmah oleh pihak yang mempunyai motif tertentu.

“Fitnah itu bermacam-macam kita dengar… semuanya tidak benar dan mereka tidak langsung menunjukkan bukti bagi menyokong dakwaan mereka kerana sememangnya tidak ada bukti,” katanya.

Bagaimanapun, dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Insp Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, diperintah membela diri terhadap tuduhan membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja, Selangor pada Oktober 2006.