jump to navigation

Apakah Benar Mat Sabu Antara 10 Pemimpin PAS Yang Terima Dana Bulanan Dari DAP? November 5, 2012

Posted by ibrahimbaba in Ketelusan, Melayu, PAS, politik, PRU13.
4 comments

Dalam posting lalu, IB bertanya soalan Siapa Pemimpin PAS Yang Setiap Bulan Mendapat Bayaran Tunai Dari … ? Dua hari selepas posting tersebut (pagi ini) IB menerima SMS menyenaraikan 10 nama tersebut.

Tersenarai di atas sekali ialah nama Mat Sabu. Maka IB ingin tahu jika ada sesiapa yang betul-betul maklum.

Menurut suatu khabaran bahawa Mat Sabu menerima setiap bulan sumbangan sebanyak RM15,000 tunai di Pulau Pinang. Biasanya Mat Sabu akan ke Pulau Pinang di awal bulan untuk kutip wang tersebut.

Seorang petugas dikatakan akan menyerah 150 keping wang tunai bernilai RM100 dalam sampul yang mana Mat Sabu terimanya tanpa mengira samada ianya cukup atau tidak.

Dikatakan juga bahawa petugas ini telah diamanahkan oleh majikannya untuk “jaga” keperluan Mat Sabu. Petugas ini turut maklum bahawa ada lagi beberapa rakannya yang ditugaskan untuk menyalurkan dana kepada pemimpin PAS yang lain namun beliau tidak tahu siapa yang “jaga” siapa. Strategi mereka ialah seorang “jaga” seorang pemimpin PAS – supaya maklumat tidak bocor.

Sekian, IB

Siapa Pemimpin PAS Yang Setiap Bulan Mendapat Bayaran Tunai Dari … ? November 3, 2012

Posted by ibrahimbaba in conspiracy, Ketelusan, Melayu, PAS, politik, PRU13.
4 comments

Disahkan bahawa terdapat 10 orang pemimpin kanan Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang setiap bulan akan diberikan sampul surat berisi ribuan RM.

Nama kesemua 10 orang pemimpin PAS tersebut dikatakan kini sedang dipantau oleh Presiden PAS sendiri selepas dimaklumkan oleh orang kanan beliau sendiri. Walaupun TG Hadi Awang tidak menunjukkan reaksi terkejut apabila dimaklumkan senarai tersebut namun beliau kemudian menzahirkan rasa terkejut dengan beberapa nama yang beliau sendiri tidak sangka penerima dana khas itu.

Haji Hadi mengatakan bahawa beliau telahpun maklum sebelum ini dengan 2-3 nama yang dalam senarai itu tetapi pada mulanya sukar untuk menerima beberapa orang yang lain lagi kerana bagi beliau “penama” tersebut sudahpun kaya sebelum ini kerana perniagaan yang besar sebelum menjadi pemimpin PAS.

Termasuk dalam senarai itu adalah pemimpin yang beliau sendiri kurang selesa kerana fahaman “mazhab” pemimpin tersebut yang dikatakan tidak betul kerana menghina sahabat sehingga sanggup mengkafirkan saiyidina Abu Bakar, Omar dan Uthman.

Namun, nama kesemua ini dipesan oleh sahabat-sahabat dalam pimpinan PAS yang tidak terlibat agar tidak dihebahkan. Maka IB terpaksa akur.

IB turut dimaklumkan bahawa bagi setiap pemipin yang menerima duit ini, mereka akan ditemui atau mereka pergi berjumpa dengan orang perantara mereka setiap bulan. Bagi setiap mereka ini, mereka berurusan dengan seorang orang perantara sahaja. Dan bagi perantara ini pula mereka berurusan dengan seorang pemimpin PAS sahaja. Mereka tidak maklum siapa yang berurusan dengan pemimpin PAS yang lain. Begitulah sulitnya kaedah pemberian dana politik ini.

Sekian, IB

Tolak politik tohor demi perpaduan Islam August 20, 2012

Posted by ibrahimbaba in Islam, Melayu.
add a comment

Selamat Hari Raya IB ucapkan kepada semua pembaca.

Sempena hari yang mulia ini ingin IB kongsikan artikel yang dipetik dari kadirjasin.blogspot.com

Semoga dapat memberi kesedaran kepada kita semua.

Sekian, IB

17 OGOS — Dalam kita menyambut kedatangan Aidilfitri, sangat eloklah kalau kita boleh membuat satu azam baru iaitu untuk memberi makna kepada perintah Allah bahawa orang Islam adalah bersaudara.

Saya tergerak menyebut hal ini apabila membaca berita The Malaysian Insider mengenai bekas timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, menghadapi tekanan kerana daripada parti beliau sendiri kerana berselisih faham dengan DAP dan bergesel bahu dengan pemuka Umno.

Dalam laporan itu, beliau dipetik sebagai berkata yang beliau tidak akan keluar PAS atau berhasrat menyertai Umno.

Portal berita itu berkata, tekanan ke atas Nashrudin agar keluar PAS semakin meningkat kerana beliau terus mengkritik DAP dan bergesel bahu dengan pemuka Umno.

Kalaulah laporan The Malaysian Insider itu benar, maka amat malanglah bagi PAS dan penyokongnya. Malah malang bagi semua umat Islam apabila pemimpin Islam dimarahi oleh orang Islam sendiri kerana berani berdepan dengan DAP dalam isu-isu berkaitan Islam.

Nampaknya ada orang Islam di Malaysia yang sanggup sisih menyisih antara sesama sendiri kerana mahu berpakat dengan orang bukan Islam atau semata-mata kerana hendak berkuasa.

Menurut The Malaysian Insider lagi, tekanan ke atas Nashrudin turut meningkat apabila beliau dilihat bersama Perdana Menteri, Najib Razak, di Makkah baru-baru ini.

Kalau ini betul, jelaslah ada orang Islam Malaysia yang kerana ideologi politik sanggup menolak persaudaraan Islam dan memperkecilkan semangat ibadah haji dan umrah, iaitu perpaduan, kesatuan dan kesaksamaan.

Ketika mengerjakan haji dan umrah tidak ada politik. Tidak ada merah, biru atau hijau. Yang ada ialah ihram yang putih yang menjadi simbol kesatuan dan kesaksamaan umat Islam.

Apabila parti atasi agama

Malangnya inilah yang sudah terjadi kepada umat Islam Malaysia, khasnya orang Melayu, yang sanggup tolak persaudaraan Islam demi parti, ideologi dan kuasa. Mereka sudah menjadi begitu partisan sehingga hilang akal dan pegangan.

Mereka mungkin tidak sedar atau tidak mahu mengaku. Tetapi realitinya ialah perpecahan umat Islam Malaysia, khasnya di kalangan orang Melayu, sedang diraikan oleh pihak-pihak yang tidak senang hati dengan kedudukan istimewa orang Melayu dan agama Islam dalam Perlembagaan dan dalam kehidupan harian.

Mereka tidak perlu lagi bekerja kuat melemahkan orang Islam dan orang Melayu kerana politik kepartian yang melampau telah pun memecah-belah dan melemahkan orang Islam dan orang Melayu.

Sikap saya dalam hal ini mudah saja. Pedulikan cakap-cakap tohor dan hambar kelompok fanatik politik ini. Saya telah dan sedang melalui pengalaman yang sama. Misalnya, apabila gambar saya hadir majlis perkahwinan anak timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu, terbit dalam akhbar PAS, Harakah, ada yang membuat kesimpulan yang saya telah menyertai PAS.

Begitu juga apabila rencana-rencana saya dalam blog ini dipetik atau disiarkan langsung oleh Harakah. Hatta adik-adik saya sendiri berbisik-bisik bertanya adakah benar saya telah menyertai PAS.

Jawabnya mudah saja. Haji Mohamad Sabu dan, sebelum itu, Salahuddin Ayub, naib presiden PAS, menjemput saya ke majlis kenduri kahwin anak mereka. Oleh sebab tidak ada aral melintang, saya hadir.

Ramai juga pemuka pembangkang yang saya kenal dan mereka pula menunjukkan muhibah kepada saya walaupun mereka tahu pendirian saya.

Saya pun berasa berguna menyimpan nombor telefon mereka kerana boleh kata setiap kali saya menghantar SMS, mereka akan membalasnya dan apabila mereka tahu saya dalam keadaan pilu mereka mengucapkan takziah. Itu saja. Tetapi itu jugalah inti pati persaudaraan kita sesama Islam.

Fahaman politik bukan penghalang

Saya pun tidak bermusuh secara peribadi dengan Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Lim Guan Eng dengan mana-mana pemuka pembangkang. Saya memilih untuk bersikap sivil dan saya harap itulah juga sikap mereka terhadap saya.

Malah pada akhir-akhir ini, lebih ramai pemuka pembangkang yang mahu berkawan dan meminta pandangan saya, dan saya akan memberikan pandangan saya kepada sesiapa saja yang berjuang untuk Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia. Itu saja.

Satu lagi mengenai persahabatan. Saya mungkin telah lama berpisah jalan dengan Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim. Tetapi saya tidak akan menafikan yang selama 16 tahun (1982-1998) kita berpakat dalam banyak hal demi kebaikan agama, bangsa dan tanah air. Tetapi di mana saya tidak bersetuju, saya kata saya tidak setuju.

Baru-baru ini beliau menyambut hari lahirnya yang ke-65 dan saya menghantar SMS mengucapkan selamat kepada beliau. Beliau membalasnya. Saya mudah ingat tarikh lahir beliau kerana kami berbeza usia hanya 13 hari.

Jadi, janganlah kerana pemuka politik Islam/Melayu bermain politik di atas, orang Melayu dan Islam di bawah bercakaran sesama sendiri. Tak payahlah rampas-merampas pengurusan masjid dan surau atau maki-hamun dalam blog kerana perbezaan ideologi.

Orang Islam di Malaysia bukan ramai sangat — hanya 60 peratus daripada keseluruhan penduduk. Pecah dua jadi 30 peratus. Pecah tiga jadi 20 peratus. Lagipun, di segi ekonomi dan pendidikan, orang Melayu/Islam masih jauh ketinggalan. Silap-silap main politik, menang bersabung kampung tergadai, ayam jaguh jadi milik orang lain. Wallahualam.

Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin. — kadirjasin.blogspot.com

Apa Erti Titisan Air Mata Mohd Nor Manuty Ketika DAP Kuasai Perak? August 14, 2012

Posted by ibrahimbaba in Anti-Islam, Anwar, IFC, Islam, Melayu, politik, PRU2008.
add a comment

Apabila IB membaca kenyataan Ustaz Mohd Nor Manuty yang di”angkat tinggi” oleh Lim Kit Siang dalam blognya terkedu dan pilu rasa IB. Tiba-tiba Ustaz menjadi jagoan memperjuangkan hak orang-orang kafir harbi?

Apabila diumumkan kerajaan BN pimpinan UMNO tumbang kepada parti pembangkang pimpinan DAP di Perak, Ustaz Mohd Nor Manuty adalah antara orang yang menzahirkan kerisauan serta kebimbangan dengan kerakusan DAP yang bakal mentadbir negeri kelahirannya.

Ustaz Mohd Nor Manuty dilihat terkinja-kinja menepuk tangan ketika bosnya Brother Anwar Bin Ibrahim (singkatannya …) berjogek galak di atas pentas merayakan Pongal di kuil di Perak awal tahun ini.

Dengan ungkapan “apa yang ana nak jawab di depan Allah nanti”, Ustaz Mohd Nor tersekat-sekat meluahkan kata-kata itu hingga berlinang air mata ketika kami berbincang di lewat malam pada hari berikutnya pengumuman tersebut dibuat. Dari linangan itu akhir Ustaz terpaksa mengesat linangan yang tidak dapat lagi ditanggung yang mulai mengalir dek terasa pilu dan bimbangnya.

Tup, tup … IB dapat maklum beliau diberi tugas khas dalam parti demi menjayakan agenda pluralisme agama bosnya, Anwar, dengan menjawat urusan agar penganut Agama Islam dapat duduk setara dengan Bahagian Agama Bukan Islam (singkatannya ….). Maka semakin seronoklah Anwar mendapat tokoh agama untuk menjaya dan menyokong fahaman pluralismenya.

Kesian kat Ustaz Mohd Nor. Apa nilai harga tititsan air matanya pada tahun 2008 itu?

Sekian, IB

IKD Lahir Anak Seni Tolak Agama April 1, 2012

Posted by ibrahimbaba in Anti-Islam, Anwar, Melayu, politik.
2 comments
Harian Metro 11 Mei 2007 (Jumaat) muka depan bertajuk “Anak Seni Tolak Agama” oleh : Wartawan, Helmy Abd Rahman.Metro mendedahkan kumpulan ini mendapat bantuan kewangan daripada NGO luar negara. Wartawan Metro telah menemubual Azfar (Pereka Grafik Teater) yang mendedahkan kegiatan kumpulan yang menolak agama ini. Menurut Azfar, pengarah seni mereka mempersendakan krew yang menunaikan solat. Pengarah filem ini pernah bersekedudukan dengan seorang lelaki ‘mat salleh’.Wartawan Metro ini turut menyamar menemui Taji (Pemuzik Jalanan Bukit Bintang, bekas pelajar IPTS, aktivis UBU) yang telah terpengaruh dengan kumpulan ini sejak masih belajar di IPTS.Menurut Taji, dia percaya bahawa manusia mempunyai kuasa penuh menentukan nasibnya sendiri dan Tuhan tidak wujud. Menurutnya lagi, orang Melayu sepatutnya diberikan hak memilih untuk menjadi atheis, agnostik atau menganut apa agama sekalipun. Taji berpendapat orang Melayu didiskriminasi kerana tidak bebas memakan babi, minum arak dan beli nombor ekor. Kebebasan beragama ini sedang diperjuangkan menerusi blog, filem, karya seni,muzik dan persembahan teater oleh kumpulan UBU dan Jalan Telawi ini. Taji dengan bangga telah mengaku bukan Islam tidak mahu berdoa.Kebanyakan mereka berlagak seperti golongan intelek dengan mengusung buku tulisan beberapa tokoh falsafah barat seperti Friedrich Nietzshe, Soren Kierkegaard, Lord Byron dan Karl Marx yg terkenal dengan ideologi anti ketuhanan dan komunisme sebagai ‘kitab’ ajaran mereka.

Metro turut mendedahkan kumpulan ini juga menimbulkan kemarahan dan bersifat provokatif di kalangan masyarakat Islam negara ini. Termasuk menghasilkan karya seni dan penulisan artikel serta puisi di laman blog yg bertentangan dengan adat ketimuran, kononnya bagi memperjuangkan hak individu. Golongan ‘freethinker’ ini juga sanggup melukis tatu, minum arak dan mengamalkan seks bebas selain melakukan perkara bertentangan dgn Islam.

Artikel ini sebenarnya mendedahkan mengenai kegiatan Institut Kajian Dasar (IKD) yang ditaja oleh KAF. IKD melalui Universiti Bangsar Utama (UBU) pimpinan Hishammudin Rais telah mendidik pengikut mereka berfikir bebas dan liberal. Melalui IKD dibentuk Open Dialouge Center (ODC) yang ditaja oleh National Endowment for Democracy (NED).

Grup seni yg dibayangi IKD ialah team Komuniti Seni Jalan Telawi (KSJT). KSJT dianggotai Fathi Aris Omar (Wartawan Mstar), Hasmi Hashim (Ketua PKR Bahagian di Johor), Amir Sari (Exco Mahasiswa Angkatan Muda PKR) dan Rahmat Haron (bekas wartawan Center for Independent Journalist, CIJ, bekas pelajar UM). Laman web KSJT ialah jalantelawi.com.

Fathi Aris Omar pernah berguru di Utan Kayu, Indonesia berkenaan Islam Liberal dan sekarang ditaja oleh Nippon Foundation, satu yayasan dari Jepun. Fathi Aris sekarang bersama dengan laman Mstar. Fathi Aris aktif menyebarkan falsafah pemikirannya dalam laman blog.

Faisal Tehrani (aktivis UBU) telah menerbitkan sebuah buku bertajuk ‘Bila Tuhan Berbicara’ di Pesta Buku Antarabangsa KL pada 6 Mei lepas. Buku ini diterbitkan dengan kerjasama Dato Dr. Ridhwan (Pemenang SEA Write Award) dan Isa Kamari (Novelis Singapura). Sebelum ini Faisal menerbitkan buku koleksi cerpen bertajuk ‘Kekasih Sam Po Bo’ yg ditaja oleh Aberdeen Books (Syarikat Penerbitan dari Belanda). Faisal dan Fathi Aris mempunyai peminat yang tersendiri dan kedua-dua aktif menulis dalam blog.

IKD dan KAF turut menerbitkan karya Ali Abdul Raziq “Islam Dan Dasar Pemerintahan” seorang ulamak Mesir kontroversi pada tahun 1920an menulis mengenai pemerintahan Islam. Buku Ali Raziq Al-Islam Wa Usul al-Hukm merupakan antara buku paling kontroversi dalam dunia pemikiran Islam khususnya di Mesir dan di Timur Tengah. Buku ini antara lain menyebut rasul tidak diutuskan untuk menubuhkan negara dan menjadi ketua negara selain tidak ada negara Islam di dunia.

Melalui IKD kumpulan ini juga bergerak membuat persembahan teater, menerbitkan filem pendek dan filem kontroversi. Mereka telah melatih pengikut-pengikut mereka. Antara filem kontroversi yang dihasilkan pengikut mereka ialah ‘Bukak Api’ (filem seks bebas golongan pondan dan homoseks) dan juga ‘Dokumentari Hari-hari Terakhir seorang Komunis’ (mengagungkan Chin Peng).
‘Bukak Api’ ialah filem Osman Ali, dan Filem ‘Dokumentari Hari-hari Terakhir seorang komunis’ adalah karya Amir Muhammad. Mereka ini mempunyai hubungan langsung dengan IKD melalui Grup seni Komuniti Seni Jalan Telawi (KSJT). Jalantelawi.com turut mendapat pembiayaan daripada Friedrich Naumann Stiftung (FNS). IKD mempunyai hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim. Umum mengetahui IKD adalah organ saraf Anwar Ibrahim. IKD ditaja sepenuhnya oleh badan Yahudi iaitu Konrad Adeneur Foundation (KAF). Pengarah Eksekutif IKD ialah Khalid Jaafar bekas Setiausaha Akhbar Anwar Ibrahim. IKD yang sangat aktif IPTA dan IPTS. IKD turut bekerjasama rapat dgn MAFREL mengadakan penyelidikan. IKD amat aktif mempengaruhi minda golongan muda dan berpelajaran terhadap Anwar Ibrahim. IKD sendiri pernah menerima RM20 juta daripada Konrad Adeneur Foundation (KAF) pada awal penubuhannya.
KAF turut menaja Interfaith Commision (IFC). Kebebasan berfikir yang dianjurkan oleh IKD kepada pengikutnya jelas merosakkan akidah umat Islam dan Melayu di negara ini. Oleh itu pendedahan Harian Metro adalah tepat untuk menghalang IKD dari terus merosakkan minda rakyat. Persoalannya mengapa Anwar Ibrahim yang menaungi IKD sanggup mempergunakan IKD merosakkan minda rakyat, umat Islam dan Melayu?
Tulisan ini dipetik dari http://blogpolitikus.blogspot.com/

901: Strategi Polis Berjaya? January 9, 2012

Posted by ibrahimbaba in Anwar, Melayu, politik.
add a comment

Kini rakyat sudah tahu dengan keputusan penghakiman terhadap pembicaraan kes liwat Anwar. Orang ramai juga telah diberitahu bahawa kehadiran penyokong amat rendah berbanding dengan sasaran yang dibuat Azmin itu. Hanya 10% tercapai.

Apakah ini kerana Polis telah terlebih awal menjalankan kerja-kerja risikan dan yakin bahawa angka tersebut tidak akan dicapai. Dan jika Polis memberi kebenaran untuk orang ramai berhimpun untuk menzahirkan sokongan terhadap pemimpin mereka maka “drama” yang diharapkan tidak berlaku. Maka kuranglah semangat penyokong untuk pergi kerana tidak lagi ada “thrill”nya.

Sesetengah penyokong hanya pergi semata-mata kerana seronok dengan drama kejar-mengejar, “berlawan” dengan pelbagai sorakan dan laungan, dan ada yang semata-mata seronok kerana ianya tidak dibenarkan. Semata-mata melawan otoriti. Lawan tetap lawan.

Apabila Polis sudah tidak halang. Tidak ada pulak sekatan jalan raya. Maka “hype”nya hilang. Keseronokan itu padam begitu sahaja.

Kalau nak dikirakan Anwar telahpun menjelajah seluruh negara mengajak orang ramai datang untuk memberi sokongan mereka kepada pemimpin yang mereka sanjungi. Sepatutnya semangat yang ditiup dengan ucapan-ucapan berapinya dan perasaan ingin melihat pembebasan pemimpin mereka membuat penyokong lagi bersemangat untuk datang dengan berduyun.

Apakah ini pertanda orang sudah tidak peduli untuk berkumpul kalau semata-mata untuk membela seorang individu? Apakah isu-isu terkini turut menyelimuti 901? Pemecatan Hasan Ali turut memberi kesan?

YANG PENTING.

Apakah orang Melayu sudah beralih sokongan?

Kalau kita lihat mana-mana demonstrasi sebelum ini, baik dalam siri perhimpunan reformasi 1998-99, Bersih, dan lain-lain lagi kerahan rakyat dijalanan, pecahan mereka yang “berperang” dengan anggota keselamatan mengikut peratusan bangsa/ras penduduk Malaysia tidak sama.

Sejak dari awal lagi, kita akan lihat yang bangkit bersama Anwar di jalanan adalah orang-orang Melayu (IB tidak mengatakan tidak ada orang Cina atau India – peratusannya tidak menggambarkan peratusan penduduk Malaysia) yang majoriti besarnya. Bangsa lain tidak sampai 20% berbanding dengan penduduk Malaysia yang mempunyai 55% orang Melayu.

Apakah orang-orang Melayu semakin beralih angin. Apakah angin perubahan yang dibawa oleh Anwar tidak membawa kenyamanan dan keselesaan kepada orang-orang Melayu? Apakah perubahan yang dibawa Anwar sebenarnya semakin menghakis hak dan keistimewaan orang-orang Melayu. Apakah perubahan-perubahan yang bakal berlaku jika PR memerintah lebih membawa bala dari kebaikan? Apakah kekejaman dan kerakusan yang berlaku sekarang bakal menjadi isu kecil apabila PR memerintah? (contoh-contoh kecilnya di sini dan di sini)

Kita lihat pecahan peratusan keahlian PKR. Apakah bilangan ahlinya mempunyai 55% orang Melayu?

Apakah atas faktor ini juga bilangan yang diharapkan Azmin jauh meleset?

Sekian, IB

Kerana Undi Kepentingan Umat Islam Semakin Terhakis January 7, 2012

Posted by ibrahimbaba in IFC, Islam, Melayu, politik.
add a comment

Bagi satu pihak demi mengejar takhta dan bagi satu lagi pihak demi untuk kekal bertakhta, kepentingan umat Islam semakin terhakis dalam para pemain politik semakin melayan pelbagai permintaan puak-puak bukan Islam.

Inilah nasibnya Tanah Air ku.

Bila pula suara-suara umat Islam terbela? Bila dibuat HIMPUN ada yang kata agenda politik.

Sekian, IB

 

 

RM50,000 annual grant for Penang’s inter-religious council

GEORGE TOWN: The state government will give a RM50,000 annual grant to the Penang Chapter of the Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) to promote inter-religious harmony 

Cabinet to act on several issues raised by Christian community

PUTRAJAYA: The Government will introduce several measures to address concerns raised by the Christian community.These include the appointment of heads of mission schools, teaching of Bible Knowledge and tax exemption status for Christian organisations.

The decision made by the Cabinet yesterday was announced by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak at a luncheon hosted for senior leaders of the Christian Federation of Malaysia (CFM).

SAH Abim/Wadah Bermatian Sokong Anwar Ibrahim January 4, 2012

Posted by ibrahimbaba in Anwar, Kehakiman, Ketelusan, Melayu, politik.
1 comment so far

Maka kini sudah sah bahawa Abim dan Wadah sokong Anwar bermatian.

Di bawah ini dikatakan teks ucapan Presiden Wadah Dr. Siddiq semasa Muzakarah Qiyadah ke 4 di Sg. Ramal baru-baru ini.

Sukar untuk Abim/Wadah untuk “shake-off” badi Anwar ini. Membela Anwar tidak kira apa. Hingga ramai bekas pimpinan Abim dan aktivis menjauhkan diri (atau disisih oleh pimpinan kini) hanya semata-mata kerana isu Anwar. Apakah “bakal Imam Mahdi” ini maksum?
Sekian, IB
Artikel berkaitan:

Apa maksud ‘Pemimpin yang ditunggu’

AWAS: Jangan Buat Laporan Polis!!!

Respons Yusri Terhadap Kenyataan ABIM-WADAH

Teks ucapan Presdien Wadah:

Alhamdulillah, dapat diteruskan rutin perhimpunan gerakan walaupun mungkin dengan penampilan saya yang kurang bertenaga berbandingkan anak-anak muda yang begitu garang sekali.

Kita berada dalam sebuah gerakan – harakah– movement. Hadir dahulu pada satu masa apabila orang belum mengetahui tentang harakah kecuali kelab, persatuan dan pertubuhan. Kita namakan Harakah al Shabab – Muslim Youth Movement. Dengan penamaan seperti itu, kita harus pasti bergerak dan menggerakkan. Kalau tak gerak apa ada pada gerakan.

Jangan cemar istilah pencerdasan jika tidak cerdas. Gerakanlah umat ke arah pencerdasan – taghyirul waqi’  wa tahsinu – merubah realiti semasa dan memperbaikinya.

Syura

Kita harus cukup kuat. Kemenangan itu selain pertolongan Allah swt adalah faktor manusia yang mendokong perjuangan itu.

“Dialah yang memperkuatkan kamu dengan pertolonganNya dan dengan para mu’min.”

Pertolongan Allah swt dan kekuatan mu’min. Human factor adalah wa bil mu’minin. Pertolongan Allah tergantung kepada kualiti mu’min pejuangnya. Ini termasuk mu’min yang menghargai dan menghayati perintah-perintah Allah swt  termasuk perintah syura.

“Dan bagi orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan solat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarat (syura) antara mereka; dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezki yang Kami berikan kepada mereka.”  42:38

wa syawirhum fil amr – dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu (3:159) adalah fi’il amar – ayat perintah wajib.

Ayat 42:38 memuji kualiti orang mu’min yang responsif kepada perintah Allah swt, melaksanakan solat, berurusan dengan syura dan menginfaq sebahagian rezki. Syura diletak pada ayat itu di antara solat dan zakat. Mana mungkin diletakkan begitu penting untuk lebih serious melaksana syura dan juga serious kepada sesiapa yang melanggar syura. Syura adalah lebih daripada urusan berorganisasi, ia urusan agama dan membawa barakah.

Kenyataan-kenyataan kita tentang isu fitnah dan qazaf telah dihasilkan melalui syura am dan syura khas. Kita telah juga menegaskan semula dan menambah melalui persidangan syura khas bahawa sesiapa tidak bersetuju dengan keputusan syura adalah tidak mewakili jamaah.

Apakah keputusan kita:-

1. Kita tuntut isu ini diselesaikan secara syara’

2. Umat kita diingatkan supaya jangan ikut dan tunduk tanpa keadilan dan bukti-bukti syara’ – nanti hilang kelayakan kesaksian. Ini adalah aturan syara’

3. Hukum qazaf (menuduh liwat dan zina) adalah berat hingga kerana itu diperincikan oleh syari`at. Contohnya, seorang hakim yang bersaksi bersendirian atau pun bersama 2 saksi ( atau 3 saksi lain yang lain gugur status hakimnya) pun tidak layak malah tidak boleh menceritakan apa yang dia lihat tanpa bukti kesaksian yang cukup.

4. Menyebarkan tuntutan yang benar berasaskan syari`at adalah amanah dan tanggungjawab agama. Kita perlu menyelamatkan umat daripada kefasikan dan kehilangan kelayakan kesaksian.

Tentang salah atau betul keputusan syura bukan jaminan tetapi yang penting adalah melaksana perintah Allah swt dan melakukan terbaik menurut kiraan kita. Itulah yang membawa barakah. Pada perang  Badr, orang-orang  Islam telah membuat keputusan tentang tawanan-tawanan mereka atas dasar keperluan mendesak komuniti Islam waktu itu yang masih baru dan serba kekurangan. Umar al Khattab tidak bersetuju. Turunlah ayat al qur’an yang menegur keputusan itu adalah salah tetapi Allah tidak menurunkan azab. Umar pula tidak mendabik dada walaupun dia betul. Umar turut akur kepada keputusan yang telah dibuat oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabah r.a.

Begitulah dengan Perang Uhud, Rasulullah s.a.w. akur kepada keputusan syura untuk keluar dari Madinah untuk mempertahankannya.

Ada masalah pada diri apabila ahli menolak keputusan syura.  fi qulubihim maradun fazadahumullahu marada – ” dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya.” Mana mungkin diperlekehkan syura atas alasan tidak sama dengan taraf sahabah seolah menolak ayat dan hadith. Ini adalah masalah ananiyah – ego, merasai diri lebih baik – ana khairu minhum.

Penyakit itu ditambah-tambah macam kurap apabila digaru.

Pantang harakah islamiyyah pada 3 perkara:-

1. hawa nafsu yang diikuti – ingin unggul, ingin menjadi besar

2. kedekut yang dipatuhi, dituruti, diikut-ikutkan

3. kagumi pendapat sendiri – dia betul orang lain salah, fakta-fakta dinafikan

Dalam syura, tiada siapa yang kalah dan tiada yang menang. Kadangkala keputusan dicapai  secara undian, tetapi ini tidak harus disalahtafsir. Yang menang adalah syura! Jangan dendami kemenangan itu.

Untuk itu, kita akan menganjurkan persidangan khusus kefahaman syura, syarat dan pelaksanaannya supaya tidak dianggap meeting biasa.

Pemuda

Tonggak kekuatan kita adalah generasi muda. Kita sangat bergantung kepada generasi muda. Apa lagi pada gerakan yang berteraskan pemikiran. Sebahagian pejuang dan pendokong gerakan fikrah akan lenyap jika muflis idea. Kita survive selama 40 tahun kerana fikrah kita masih kuat. Jika tiada idea maka habislah gerakan. Kekuatan fikrah pula sangat terkait dengan kekuatan kepemudaan.

Apabila Parti El Nahdah memenangi pilihanraya Tunisia, iaitu satu kemenangan hasil kebangkitan orang-orang muda, yang didahului thaurah al syabab,maka telah dibacakan, dikumandangkan kata-kata al marhum Hasan al Banna, pengasas Ihkwan al Muslimun:-

“Wahai anak-anak muda,

Sesungguhnya, sesuatu fikrah akan berjaya apabila diyakini, diimani dengan kuat (you strongly believe in the idea)

dan dianuti, diperjuangkan dengan ikhlas (for example in the politics of ideas and idealism but not politics of ambition)

dan semangat memperjuangkan itu bertambah

dan kesediaan untuk bekerja, beramal dan berkorban untuk merealisasikannya

Semua unsur-unsur ini iman, ikhlas, semangat, amal, pengorbanan..adalah ciri-ciri kepemudaan.”

Siasah Syar’iyyah

Kita perlu pertahankan fikrah dalam ABIM dan kekuatan kepeloporan sesuatu idea, konsep, gagasan. Kita perlu beri perhatian dan berperanan dalam isu “Islam, Melayu, madani, pluraliti dan lain-lain isu besar”.

Bagaimana agar dua trend besar Islam dan demokrasi tidak bertembung tetapi supaya bertemu dengan harmoni. Jika berlaku pertembungan atau “clash” maka ini satu tragedi besar dunia.

Isu hak asasi bergantung kepada kekuatan masyarakat madani. Civil society – al mujtama ul ahli atau al mujtama ul madani harus kuat. Sekolah-sekolah tajaan masyarakat madani harus setanding tajaan pemerintah.

Kenapa tidak kita lanjutkan wacana kemajmukan – pluraliti – fiqh al ta’adudiyah – fiqh pluraliti, sesuatu yang Anwar Ibrahim telah mula bentangkan pada ucapan dasar ABIM pada 80’an.

Kita perlu pertahankan ketunggalan WADAH sebagai wadah pasca ABIM dan mengelak fenomena unpardonable sin atau fatal  mistake or a disasterjika ada perpecahan. Kita harus mengetahui sejarah dan tidak melakukan kesilapan – not knowing is not an excuse.

Kita berperanan berpolitik sebagai gerakan Islam. Kita telah menyumbang yang  terbaik kepada partai-partai. Kita harus mendekati rakyat semaksimum mungkin.

50 tahun lamanya, mereka yang berkuasa telah berleluasa, tanpa takut atau menghiraukan langsung tentang pandangan rakyat atau public opinion. Mereka telah membudayakan rasuah. Jika dilihat kepada Indonesia, ada pemerhati menulis bahawa dosa Soeharto bukan sahaja melakukan rasuah. dosanya lebih besar kerana dia membudayakan rasuah. Dia dikatakan mempelopori “rasuah berjamaah”.

Apa yang dilalui dalam bentuk ketidakpatuhan dan pengkhianatan kepada harakah bukanlah baru dan telah dilalui organisasi Islam lain di tanah air sekalipun. Apakah sebenarnya yang dikehendaki golongan ini adalah habuan. Peristiwa perang Uhud mengingatkan kita “Di antara kamu ada orang yang menghendaki dunia dan di antara kamu ada yang mneghendaki akhirat.” 3:152

Nampaknya, habuan mudah diperolehi dengan mencaci dan mencerca Anwar Ibrahim. Malah ada orang yang sanggup mengaibkan diri sendiri dalam usaha mengaibkannya. Sehinggakan ada pemerhati di luar organisasi apabila melihat orang yang mengaibkan dirinya itu mengungkapkan kata-kata “apakah untuk habuan dunia, dia sanggup menggadaikan dirinya?” Begitulah akibatnya apabila melampau dan ketelanjuran.

Kita berasa amat bersedih apabila Anwar Ibrahim dihina begitu sekali dihadapan kita. Marilah kita menunaikan solat hajat pada Jumaat 6 Januari ini jam 4.30 pagi semoga Allah memberi keselamatan dan melindungi seorang yang begitu berjasa dan telah teraniaya sejak usia muda hingga ke usia tua, kita menolong seorang kawan, seorang sahabat yang telah memberikan kepimpinan, inspirasi, ilmu, tunjuk ajar, modal dan model gerakan Islam walaupun bukan dalam bentuk sumbangan material.

Apa maksud ‘Pemimpin yang ditunggu’ January 2, 2012

Posted by ibrahimbaba in Anwar, Melayu, politik.
add a comment

IB petik artikel ini dari Utusan Malaysia. IB rasa ianya ditulis oleh bekas aktivis Abim yang kesal dengan sikap pemujaan melampau sesetengah pihak terhadap Anwar. (baca SAH Abim/Wadah bermatian sokong Anwar.

Sekian, IB

Oleh TOK KI

MENATAP video rakaman ucapan Dr. Badrul Amin adalah contoh lawak terbaik menjelang 901. Antara yang saya sempat kutip daripada video itu; “Perlu ada seorang pemimpin yang mampu menyatukan umat Islam – paling tidak menyatukan dunia Arab. Ia akan datang dari sebelah Timur.

Anwar - berselindung di Kedutaan Turki. Cergas dan kuat untuk panjat MPV untuk bersyarah depan kedutaan Turki terlupa untuk gimik kesakitan semasa itu

Ia sudah ada dan sedang disiapkan dengan mengalami siri ujian-ujian peringkat akhir. Orang hormat prinsip agamanya. Dan dia ialah Anwar Ibrahim”.

Lawak sungguh firasat Dr. Badrul. Bagaimana ‘ulama’ PKR ini tergamak membuat kenyataan yang memperlihatkan daya taksub kelas pertama sedangkan yang digambarkan itu penuh dengan masalah integriti atau kewibawaan. Sayang, ilmu yang dimilikinya, kelulusan yang didapatinya tidak seimbang dengan kenyataan yang dibuat.

Kalaulah dikatakan Anwar memiliki faktor penyatuan umat, kerana cita-cita peribadinya untuk sampai ke Putrajaya, umat Islam berpecah dan umat Malaysia terjebak dalam sengketa. Ramai kawan yang dulunya rapat dengannya kini meninggalkannya. Dia tak mampu menjadi faktor pemersatu. Alasan kawan-kawan yang meninggalkannya ialah Anwar tidak layak menjadi pemimpin kerana menghadapi masalah moral yang serius. Anwar membalas dengan mudah dan lazim kepada yang meninggalkannya – mereka sudah dibeli oleh UMNO atau kerajaan.

Ujian yang dilaluinya adalah hasil perbuatannya sendiri. Dia tuduh konspirasi berlaku. Mana bukti konspirasi itu. Apakah mudah pihak polis, ahli perubatan, pakar forensik, pegawai pendakwa, hakim dan lain-lain lagi berpakat untuk melakukan kerja keji dan zalim itu. Kalau ia berlaku lambat laun ia akan pecah juga, “mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia, tidak!”

“Orang itu datang dari Timur”. Ini mengingat penulis Allahyarham Ustaz Ashaari Muhammad, pemimpin Arqam mengenai Pemuda Bani Tamim yang bakal muncul datang dari Timur. Apakah Anwar Ibrahim orangnya. Ciri-ciri yang disebutkan oleh Dr. Badrul tidak menggambarkan watak sedemikian. Apakah kenyataan Dr. Badrul sebagai strategi “pemujaan” menjelang 901.

Dia disebut sebagai menghormati prinsip agama. Dr. Badrul tentu arif mengenai isu “kalimah Allah” yang diperjuangkan oleh Anwar yang menyebabkan ia digelar “pluralis” sewaktu bercakap di London School of Economics suatu ketika dulu. Dia juga yang mengambil sikap terbuka mengenai isu pemurtadan di DUMC , 3 Ogos 2011 yang menyebabkan Dr. Hasan Ali semacam dipinggirkan dari memainkan peranan dan Anwar dikatakan berada di belakang penyokong gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) kerana kenyataannya tidak jelas.

Dia dikatakan mempunyai ramai kawan seperti Al Gore, Camdessus, George Soros, Paul Wolfowitz, Shaha Ali Reza (teman wanita Wollfowitz), Martin Indyk (bekas Duta AS ke Israel), Michael Danby (MP Australia yang pro-Israel), James Wolfensohn (bekas Presiden Bank Dunia), William Cohen (bekas Setiausaha Pertahanan AS) dan ramai lagi. Apakah Dr. Badrul tidak pernah mengetahui ini semua. Kasihan!

Ia ditimbulkan kerana Anwar Ibrahim dikatakan boleh menyatukan umat Arab dan membebaskan Masjidil Aqsa. Bagaimana ini boleh berlaku sekiranya NGO “pelik” dari negara luar amat rapat hubungannya dengan Anwar.

Kawan-kawan Anwar dari International Institute of Islamic Thought (IIIT) dan sebahagian kenalan Arabnya dalam Ikhwan Muslimin mungkin tidak tahu isu setempat yang sedang dilalui oleh Anwar termasuk grup al Barakah dari Bahrain. Malah seperti orang lain pun, mereka tidak percaya. Yang berlaku ialah konspirasi dan tuduhan silih berganti terhadapnya adalah dicipta. Memang benar terdapat daya taksub yang tinggi di kalangan sesetengah pihak termasuk yang terjadi kepada Dr. Badrul. Tetapi sudah semakin ramai orang luar negara mengetahui cerita sebenarnya.

Untuk menjadi “Pemimpin yang ditunggu” membawa risalah mulia mesti memiliki integriti yang tinggi. Apalagi kalau ingin membawa risalah Islam sebagai faktor penyelesai kemelut umat. Di Malaysia, Anwar sedang menghadapi masalah integriti yang serius.

Kenyataan Lee Kuan Yew dalam wikileaks suatu ketika dulu terhadapnya, tidak diberi respons dan ia serius. Salah satu bab biografi Tun Dr. Mahathir Mohamad mengaitkan Anwar dengan kisah yang amat memalukan adalah suatu kes yang serius juga. Video seks Datuk Eskay Abdullah yang dikaitkan dengan dirinya adalah lebih serius lagi. Mengapa Anwar tidak mengambil tindakan menyaman dan membersihkan diri dalam tuduhan ini. Apakah Dr. Badrul mengikuti semua ini dan tuduhan-tuduhan yang lain.

Dr. Badrul tidak boleh mengambil sikap semuanya ini adalah palsu, direka oleh musuh dan suatu siri konspirasi menjatuhkan Anwar dan menghalangnya untuk sampai ke Putrajaya. Anwar pernah memberitahu kawan-kawan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dulu iaitu sebagai pemimpin kita kena bersih dan kelihatan bersih. Dr. Badrul sebagai bekas pemimpin ABIM tentu pernah dengar ini.

Isu integriti atau kewibawaan adalah sesuatu yang amat penting untuk menjadi pemimpin apalagi pemimpin Islam. Pemimpin Islam yang berwibawa ialah pemimpin yang telus dan tulus, mempunyai akhlak contoh dan terhindar daripada masalah integriti yang serius. Sahabat-sahabat akan semakin rapat dan mampu membina keyakinan terhadap karisma dan kebijaksanaannya.

Ke mana perginya peguam Zainur Zakaria yang pernah membantu Anwar dalam kes liwat pertama dulu. Mana perginya Zulkifli Nordin dan Radzi yang juga peguam-peguam Anwar sekian lama. Mana perginya Dr. Chandra Muzaffar, tokoh ilmuwan yang disegani dan pernah menjadi Timbalan Presiden Keadilan. Mana perginya Ezam Mohd Nor yang pernah menjadi Ketua Pemuda Keadilan suatu ketika dulu. Mana perginya Dr. Halili Rahmat yang banyak membantu Anwar di zaman Reformasi dan ramai lagi.

Apakah mereka ini meninggalkan Anwar kerana duit atau dibeli oleh UMNO dan kerajaan? Lazimnya Anwar akan mengambil jalan mudah menuduh mereka dibeli oleh UMNO/kerajaan untuk meyakinkan pengikutnya bahawa belot adalah mereka dan yang teguh dengan perjuangan adalah dia.

Dr. Badrul Amin patut berjumpa dengan kawan-kawan lamanya ini. Untuk berlaku adil Dr. Badrul harus dengar pandangan dari kedua-dua belah pihak. Jangan dengar pandangan Anwar saja. Dia orang politik. Dengan mendengar daripada kawan-kawan paling tidak sebagai orang politik/dakwah dapat membuat timbangan yang lebih adil. Dan ini disuruh oleh Islam.

Dr. Badrul yang juga ulama PKR harus bersedia mencari kebenaran dan memperjuangkan kebenaran. Islam melarang seseorang memiliki sifat taksub melulu terhadap sesuatu dan seseorang. Seorang ulama yang dikatakan berwibawa pada hemat penulis adalah seorang pencari kebenaran. Kebenaran hanya satu, tidak dua tidak tiga. Apabila timbul rasa musykil dan ragu-ragu cari puncanya dan cari jalan keluarnya.

Dr. Badrul mempunyai pengikut. Pemimpin harus jelas dan tegas dengan prinsip kebenaran. Kalau taksub dijadikan landasan hingga tidak bersedia mendengar pandangan dan maklumat orang lain, Dr. Badrul termasuk di sisi “pemujaan” terhadap seseorang dan ia adalah salah dari sudut Islam.

Lihat sejarah Abu Bakar as-Siddiq apabila dilantik sebagai Khalifah mengambil sikap yang sangat terbuka untuk ditegur dan dikritik. Apakah Anwar seorang “maksum” tidak boleh ditegur atau dikritik? Dr. Badrul adalah seorang “ulama”. Ulama adalah pewaris kerja-kerja Nabi.

Kebatilan ada di mana-mana. Ulama yang berwibawa ialah ulama yang berani berkata benar. Yang salah tetap salah dan yang benar tetap benar. Kalau ulama tidak bersikap peka dan naïf terhadap sesuatu isu dan seseorang tokoh, tidak mampu membaca senario diri dan perkembangan politik yang didukung oleh tokoh itu, bermakna dia bukan ulama dalam erti kata yang setulennya. Ia adalah ulama celupan yang membisu terhadap isu integriti yang sedang ditanggung oleh tokoh itu dan bayangkan kerosakan yang bakal ditimpa oleh umat akibat ketaksuban yang membawa kepada sikap “pemujaan”. Moga-moga Dr. Badrul Amin memahaminya.

Penulis tahu ramai kawan lama Anwar dalam ABIM dan di luar ABIM sudah meninggalkannya. Mereka sudah tahu siapa Anwar sebenarnya. Yang belum tahu atau tidak diberitahu harus ambil tahu daripada yang tahu. Anwar “bernasib baik” kerana kepimpinan ABIM, Wadah Pencerdasan Umat (Wadah) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) masih partisan kepada Anwar. Sikap partisan kepada parti politik ini bukan amalan badan-badan ini.

Solat hajat sering dilakukan untuk membela Anwar dan meminta petunjuk dari Allah tentang salah benar akan sesuatu. Satu demi satu isu kredibiliti yang merujuk kepada Anwar terbongkar. Apakah isyarat dari Allah sedang diberi kerana Allah Maha Mengetahui.

Dr. Badrul sebagai bekas pimpinan ABIM merupakan salah satu contoh yang nyata. Terlalu taksub dengan Anwar Ibrahim sehingga Anwar yang pernah dapat jolokan “Anugerah Tuhan” kini bertukar menjadi “Pemimpin yang ditunggu”. Selepas ini apa lagi?

‘Yahudi Mata Sepet’ Cuba Boikot Produk Roti Keluaran Orang Islam December 25, 2011

Posted by ibrahimbaba in Anti-Islam, ekonomi, Melayu.
18 comments

dari: http://ulatdankulat.blogspot.com/

Wak J: Memang JAHANAM puak-puak ‘Yahudi bermata Sepet’berketurunan DAP nih. Bila  rasa perniagaan sudah mula tergugat mula lah keluar perangai setan dia orang tu. Ham Ka Chan!

Kini tersebar luas di Internet tentang seruan dari segelintir kaum Cina yang menggesa bangsanya untuk tidak memberi sokongan kepada perniagaan melayu lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan persatuan Islam dan Melayu.

Email yang diforwardkan kepada saya menyeru agar memboikot Roti Gardenia kerana dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (BERNAS) dan ramai orang Melayu mempunyai kepentingan dalam perniagaan tersebut.

Kebanyakkan kenyataan yang disebarkan bukan sahaja tidak berlandaskan fakta malahan ditokok tambah dengan kata-kata provokasi, antaranya menyatakan masyarakat Cina sering dianiyai oleh orang Melayu, perniagaan milik Raja Gula Robert Kuok disabotaj oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Kerana rakus dengan keuntungan perniagaan, mereka mencetuskan propaganda dengan mengharapkan simpati dari kaum mereka! Kini mereka telah melampaui batasan dengan mencetuskan sentimen perkauman, ada yang melontarkan kata-kata penghinaan seperti “PERGI MATI MELAYU BABI”“MELAYU BODOH” dan sebagainya. Jika taktik kotor ini berterusan, dikhuatiri bukan sahaja akan memberikan kesan kepada perniagaan milik Bumiputera malahan bakal mencetuskan kebencian & perbalahan antara kaum. Kita lihat sendiri apa yang mereka katakan?:Di Facebook:

Image: Roti Massimo Ringkasan posting di Facebook: ALL MALAYSIAN MUST KNOW THAT LAST TIME GARDENIA BUYS FLOUR FROM FEDERAL FLOUR MILL (FMM). RECENTLY GARDENIA WAS ACQUIRED BY BERNAS AND THE FIRST THING THEY DO IS THEY STOP BUYING FLOUR FROM FFM BECAUSE FFM BELONGS TO ROBERT KUOK. NOW, YOU ALL KNOW WHY ROBERT KUOK NEEDS TO LAUNCH THE MASSIMO BREAD.

MALAYS IS TAKING OVER OUR (THE CHINESE BUSINESSMAN) PROPERTY. THIS BUMI, THEY CAN’T TAKE AWAY PEOPLE’S BUSINESS THEY WILL TAKE AWAY PEOPLE’S BIG CUSTOMER. DO THEY REALLY HATE THE CHINESE BUSINESSMEN SO MUCH?PLEASE FORWARD THIS MESSAGE TO ALL THE MALAYSIAN CHINESE. USE THE UNITED STRENGTH OF CHINESE TO SEND GARDENIA TO HOLLAND. (Maksudnya BOIKOT GARDENIA)

Terjemahan FB (23 NOV 2011, 11:28PM): BUTTER LAU MEREKA DENGKI DENGAN KEJAYAAN ORANG LAIN. APA BEZANYA ORANG MELAYU DENGAN PENCURI?

Terjemahan FB (24 NOV 2011, 1:37AM): 
DESMOND TEE DESMONDPERGI MATI MELAYU BABI! TAK ADA KELEBIHAN! JADI MEREKA MENCURI!! ORANG MELAYU LOW CLASS!!

Terjemahan FB (24 NOV 2011, 2:49PM):
 BECKY WONG TANPA ORANG CINA YANG MEMBANTU ORANG MELAYU, BOLEH KE MEREKA HIDUP SAMPAI SEKARANG? AMBIL BALIK DUIT YANG PERNAH KITA BAGI, SEMUA BABI-BABI INI TAK KAN MAMPU BUAT APA-APA.

TAK LAMA LAGI MEREKA AKAN TAHU AKIBATNYA. MANA ADA 1 MALAYSIA, SEMUANYA TIPU! MEREKA SURUH TOLAK DISKRIMINASI KAUM TAPI MEREKA YANG MENGAMALKANNYA??

Terjemahan FB (24 NOV 2011, 5:14PM):
 STEVEN LONG MATILAH MELAYU BABI GEMUK MAK DIA!!BIADAP!!! SEOLAH-OLAH KITA ORANG MELAYU HANYA MELUKUT DI TEPI GANTANG! SUDAH CUKUP DENGAN KUTUKAN & HINAAN KEPADA ORANG MELAYU.

MARI KITA BUKTIKAN SIAPA YANG PERLUKAN SIAPA! MARI KITA LANCARKAN BOIKOT ROTI MASSIMO INI KERANA KEBIADAPAN MEREKA!

Kalau anda semua nak tahu apa yang si Yahudi Mata Sepet ni kutuk-kutuk pasal Roti Gardenia yang selalu dimakan oleh orang ramai terutama sekali orang Melayu bila tiba hujung bulan, sila ikuti segala komentar-komentar yang dilontarkan ke dalam forum DI SINI