jump to navigation

Ada Sesuatu Yang Tidak Kena Dengan Yayasan Selangor January 8, 2012

Posted by ibrahimbaba in ekonomi, Kerajaan, Ketelusan, PAS, politik, Selangor.
trackback

Sebelum ini Yayasan Selangor telah beberapa kali menempah ruang utama di dada akhbar. Kontroversi yang lalu akan dirasakan tidaklah suatu yang besar berbanding yang bakal meletup.

Seorang ahli keluarga yang dekat dengan Pengurus Besarnya baru-baru menceritakan ada sesuatu yang amat tidak kena dengan Yayasan Selangor. Dan menjadi amat tidak selesa bagi hamba Allah ini, yang juga seorang jawatankuasa di peringkat bawah parti, yang IB kenali semenjak menuntut di universiti dulu, ialah penyelewengan yang berlaku ini melibatkan kalangan pimpinan PAS.

Antara yang beliau ceritakan dan IB ingin penjelasan melalui apa-apa saluran yang dua tokoh yang diberi nama ini boleh menyanggah akan “fitnah” (kalaulah hendak dikategorikan sedemikian) yang IB sebut secara ringkas di bawah ini.

Pertama, melalui kaedah melaksanakan program, Yayasan Selangor telah berbelanja sebanyak RM1.2JUTA untuk Dr. Zulkifli Ahmad. Kaedah-kaedahnya kita cerita kemudian. Dan yang kedua ialah, dengan mengguna kaedah yang sama, sebanyak RM1.8JUTA turut dibelanjakan untuk Dr. Hatta Ramli. Semua perbelanjaan ini telah dihabiskan dalam masa tempuh 2 bulan sahaja.

Dikhabarkan bahawa dalam pembahagian harta kekayaan negeri Selangor, parti-parti dalam PR dibahagikan untuk “memiliki” beberapa institusi untuk kepentingan parti masing-masing untuk melaksanakan program-program bagi menjamin mereka terus dapat bertapak di negeri Selangor. Dan untuk ini, Yayasan Selangor adalah antara agensi yang di”beri”kan kepada PAS.

Dan yang PALING MENGEJUTKAN IB ialah apabila keperluan dana yang mendesak sudah tidak dapat ditampung oleh Yayasan Selangor, bangunan Yayasana Selangor yang terletak ditempat amat strategik di Jalan Bukit Bintang bakal (ada yang kata sudah) berpindah tangan kepada proksi DAP. Menurut risikan perpindahan dana sebanyak RM6000JUTA akan terlibat dalam memindahkan harta Yayasan Selangor kepada sebuah “agensi/syarikat milik Cina”.

Maka jika angin perubahan yang ditiup oleh Pakatan Rakyat turut mempunyai unsur-unsur yang merugikan dan kelibat pimpinan PAS dalam kehilangan harta strategik milik Yayasan Selangor – angin perubahan ini tidak ada bezanya dengan apa yang mereka tuduh terhadap “kerakusan BN” itu.

Moga apa yang diceritakan oleh saudara kepada Sdr. Ilham ini adalah tidak benar. Dan harta Yayasan yang amat strategik kekal dalam milik Yayasan dan para pemimpin PAS yang cuba mengambil kesempatan menerajui sebuah kerajaan ini janganlah lupa apa yang diucapkan dalam ceramah-ceramahnya. Dan ingatlah amanah yang telah Allah berikan kepada kita.

Sekian, IB

Comments»

1. maya - January 31, 2012

Kenapa tak laporkan kpd SPRM je? Ingatlah jangan buat fitnah. Macam mana nak jawab depan Allah swt nanti.

2. Diaorang - February 13, 2012

Ini hanya mainan UMNO sepatutnya laporkan kepada pihak polis.

3. md sapu - February 13, 2012

Heran juga si Zul dan si Hatta ni tidak mahu membersihkan nama dia?


Leave a comment