jump to navigation

Pendokong Kuat IFC dan Article 11 Kini Jadi Menteri March 19, 2008

Posted by ibrahimbaba in Anti-Islam, IFC, politik.
trackback

IB yakin masyarakat Islam di Tanah Air ini masih ingat isu-isu perbahasan Fasal 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan, cadangan penubuhan Inter-Faith Council (IFC) dan pertubuhan Artikel 11.

Satu-satunya nama orang Melayu Islam yang agak sinonim sebagai pendokong IFC dan Article 11 serta mempersoalkan keperluan wujudnya Fasal 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan ialah Zaid Ibrahim.

Fasal 121(1A) hangat dibincangkan selepas isu kematian Muhammad (Moorthy) Abdullah. Zaid adalah antara mereka yang mengesa kerajaan untuk membatalkan peruntukan yang telah memartabatkan Mahkamah Syariah pada tahun 1988.

Zaid antara panel yang mempertikaikan kewujudan Artikel 121 (1A)

Kini Pak Lah telah melantik dia sebagai senator dan menjawat menteri yang bakal melakukan “reform” perundangan.

Apakah yang bakal Zaid lakukan? Apakah dia akan cadang untuk pinda Perlembagaan Persekutuan Fasal 121 (1A)? Jika itulah yang Pak Lah harapkan dengan membawa masuk Zaid sebagai menteri maka Mahkamah Syariah akan hilang wibawanya.

Zaid juga terlibat dalam beberapa sesi penerangan yang dilakukan oleh pertubuhan Article 11 (lanjutan kes Shamala) yang dibantah oleh orang ramai dengan dokongan pelbagai NGO Islam sekitar 2007. IB pasti ramai yang masih ingat bantahan yang dilakukan di JB dan Pulau Pinang. Tidak kurang juga ada di kalangan kita ditangkap dan terpaksa dihadapkan di mahkamah demi membela Islam.

Sebagaimana dilaporkan oleh pertubuhan Prowaris, Menteri Besar Johor, Ghani Othman, pernah memperakui bawa Zaid adalah “pencadang asal kandungan Akta WPI 664” dalam mewujudkan Wilayah Pembangunan Iskandar yang diluluskan dengan tergesa-gesa dan dilihat sebagai “menjual” wilayah tersebut kepada Singapura.

Apakah hebat sangat Zaid hingga dialah diharapkan oleh Pak Lah untuk “reform” sistem perundangan? Seorang blogger mengatakan bahawa orang Kota Bharu “tidak bodoh kerana menolak Zaid“.

Cuba baca komen-komen dan pujian yang diperolehi oleh Zaid selepas pengumuman dibuat. Kesemua yang memujinya adalah mereka yang kerap dilihat pernah memusuhi Islam.

Zaid memang di antara segelintir orang Melayu yang menyokong IFC.

Sama-samalah kita doakan agar Islam terpelihara di Tanah Air kita.

Sekian, IB

Comments»

1. Rafidah Aziz is out but Zaid Ibrahim is in? | Critical Thoughts - March 20, 2008

[…] I am not the only one with the negative reaction against Zaid Ibrahim. See here and here. If you liked that post, then try these…PEMBELA statement on Hindraf on December 7th, […]


Leave a comment