jump to navigation

Mengulangi Bahawa Anwar Itu Cekal Dengan Pendirian Pluralisme Agamanya January 6, 2012

Posted by ibrahimbaba in Anwar, Islam, politik.
trackback

Pada 22 Feb 2011, IB telah mengatakan bahawa “Biar apa pun dikata, Anwar Ibrahim cekal dalam menyatakan pendiriannya berhubung pluralisme agama.” Dan untuk kali keduanya ini, IB ulangi lagi bahawa Anwar cekal dengan pendiriannya berhubung pluralisme agama – biar apa pun orang kata.

BUKTINYA:

Sepertimana yang telah disiarkan semula di blog rasmi beliau bertarikh 5 Jan 2012 (semalam), teks ucapan beliau yang inilah telah menjadi persoalannya dulu, seolah-olah menegaskan bahawa itulah pendirian sebenarnya. Bahawa beliau yakin dengan pluralisme agama.

Kekecohan ini timbul semula apabila semalam Utusan menyiarkan di muka hadapan serta temubual seorang rakan karib Anwar yang kini telah meninggalkan Anwar kerana Anwar pendukung pluralisme? (klik untuk baca)

Seolah-olah sebagai mengiyakan kebenaran kenyataan Haji Ismail, Anwar telah menyiarkan kembali teks ucapan beliau di London School of Economics pada bulan Mac 2010 (disebut dalam blog Anwar pernah disiarkan pada 24 Mac 2011 – tahunnya salah). Penegasan Anwar terhadap pendirian ini bermakna Anwar sememangnya cekal dengan pendirian itu.

TIDAK KIRA APA YANG DIKATAKAN OLEH KAWAN DAN LAWAN. Anwar bertegas dan cekal dengan pendiriannya itu. Noktah.

Ramai kawan-kawan Anwar akan berkata beliau sebenarnya tidak mengatakan bahawa semua agamanya itu sama. Pelbagai alasan diberikan. Namun, yang nyata lagi jelas, Anwar mengulangi pendirian bersama dengan fahaman pluralisme agama dengan menyiarkan kembali teks ucapan beliau itu yang suatu masa dahulu telah ditarik balik dari laman blog tersebut.

Selepas ditegur oleh beberapa orang dan beberapa kali, Anwar mengambil masa lebih tiga bulan untuk menurunkan posting tersebut dari blognya. Ramai yang tidak puas hati kerana Anwar padamkan posting tersebut tanpa memberi sebarang sebab. Apakah kerana menjaga hati rakan bukan Islam dalam PKR dan DAP?

Bagi lawan yang sememangnya bantah pendirian Anwar dalam isu pluralisme agama, penyiaran semula teks ucapan ini membuktikan kenyataan mereka terhadap Anwar MEMANG BERASAS!

Mana mungkin Anwar berani menyiarkan semula teks ucapan tersebut jika dia tidak menyokong pluralisme agama. Mana mungkin Anwar telah membetulkan ”kesilapannya” yang BERJANJI DI HADAPAN HAMPIR 100 ORANG AKTIVIS ISLAM ketika bersemuka menjelaskan pendiriannya dalam isu ini. Ramai yang pulang malam itu selepas perbincangan hangat merasakan Anwar telah mengakui kesilapannya dan akan menarik balik – atau paling tidak akan edit semula artikel tersebut. Namun, sehingga hari ini Anwar tidak edit. Dia janji pada malam tersebut untuk duduk semeja, beliau bersama dengan Prof Osman Bakar (tuan rumah malam itu) dan Haji Ismail Mina, untuk membetulkan artikel tersebut. Genap 1 tahun 3 hari, dari masa yang dia janjikan itu KENYATAAN YANG SAMA DIKELUARKAN SEMULA TANPA SEPATAH PERKATAAN DIEDIT! (IB pernah ulas pasal perjumpaan tersebut di sini).

Siapa yang berjanji dan siapa yang mungkir?

Maka bagi sahabat-sahabat sekalian yang mengenali Anwar yang masih sayangkan Anwar, jika anda tidak mampu menegur Anwar akan sikap dan pendirian beliau dalam isu akidah ini, sayugialah anda pelihara diri anda supaya tidak beriktikad akan mempercayai semua agama itu sama.

Teruskan persahabatan anda. Namun, jika anda tidak berkuasa menegurnya, redakah anda membiarkan beliau terjerumus dengan akidah sebegini?

Untuk Sdr. Dr. Mohd Nor Manuty, sikap husnu zhann anda mungkin adalah suatu ”political statement” sahaja dan terdetik juga untuk membetulkan Anwar agar beliau tidak terus terpesong akidahnya. Kenyataan Dr. Mohd Nor yang disiarkan dalam Harakah semalam mungkin pada masa itu Sdr. belum baca blog rasmi Anwar yang menegaskan pendiriannya dalam isu pluralisme agama.

Teguran-teguran terhadap Anwar sebelum ini:

1. Anwar dan Pluralisme Agama

2. Anwar dan Pluralisme Agama Lagi?

3. Isu Kalimah Allah – Kesian Kat Anwar …,

4. Perlu Menegur DSAI

dan begitu jugalah IB memetik SS Mufti Harussani Bertaubatlah Anwar – Mufti]

Dan IB ulangi kenyataan IB dalam posting lalu:

Mengenal DSAI begitu lama serta mengasihi beliau agar tidak tersasar dari perjuangan asal, IB selalu mendoakan agar DSAI diberi hidayah dan bertaubat dari kesilapan-kesilapan yang besar sebegini. Ini soal aqidah. Bukan main-main. Jika tidak sempat kita bertaubat sebelum ajal – ianya membezakan antara syurga dengan neraka yang kekal abadan di dalamnya. Nauzubillah.

Sekian, IB

Comments»

1. Tok Wan - January 6, 2012

Memang Anwar beraqidah semua agama sama,Pluralisme.Sebab itu dia masukkan semula ucapan dia di LSE itu semalam utk menegaskan sekali lagi yang dia Pluralis.ABIM-WADAH sokong dia.Kaedah Islam:redo dg kufur,kufur!.

2. duanz - January 15, 2012

Baik najib lagi. semua boleh.

ibrahimbaba - January 17, 2012

Kita bercakap isu akidah di sini.
Yang membeza dengan syurga atau kekal dalam neraka.
Membuat dosa yang kecualli syirik akhirnya masuk syurga juga.
Saudara perlu faham ilmu dahulu.

3. Dewan Ulama PAS Sudah Hilang Sabar Dengan Anwar « Ibrahimbaba’s Weblog - January 31, 2012

[…] Harun telah dengan jelas mengeluarkan kenyataannya membantah Anwar serta memohon penjelasan dari Anwar dalam isu Pluralisme Agama. Ustaz Harun dengan jelas menghukum kufur kepada orang yang menganuti fahaman menyamakan semua […]


Leave a comment