jump to navigation

Apakah Benar Mat Sabu Antara 10 Pemimpin PAS Yang Terima Dana Bulanan Dari DAP? November 5, 2012

Posted by ibrahimbaba in Ketelusan, Melayu, PAS, politik, PRU13.
trackback

Dalam posting lalu, IB bertanya soalan Siapa Pemimpin PAS Yang Setiap Bulan Mendapat Bayaran Tunai Dari … ? Dua hari selepas posting tersebut (pagi ini) IB menerima SMS menyenaraikan 10 nama tersebut.

Tersenarai di atas sekali ialah nama Mat Sabu. Maka IB ingin tahu jika ada sesiapa yang betul-betul maklum.

Menurut suatu khabaran bahawa Mat Sabu menerima setiap bulan sumbangan sebanyak RM15,000 tunai di Pulau Pinang. Biasanya Mat Sabu akan ke Pulau Pinang di awal bulan untuk kutip wang tersebut.

Seorang petugas dikatakan akan menyerah 150 keping wang tunai bernilai RM100 dalam sampul yang mana Mat Sabu terimanya tanpa mengira samada ianya cukup atau tidak.

Dikatakan juga bahawa petugas ini telah diamanahkan oleh majikannya untuk “jaga” keperluan Mat Sabu. Petugas ini turut maklum bahawa ada lagi beberapa rakannya yang ditugaskan untuk menyalurkan dana kepada pemimpin PAS yang lain namun beliau tidak tahu siapa yang “jaga” siapa. Strategi mereka ialah seorang “jaga” seorang pemimpin PAS – supaya maklumat tidak bocor.

Sekian, IB

Comments»

1. kemiskinan itu kekufuran - November 17, 2012

Kemiskinan Mat Sabu menghampiri kekufuran DAP Cina.

2. Malaysia Spring:-10 Orang Pemimpin PAS DiBayar Oleh DAP Untuk Menjayakannya | http://rmf7.wordpress.com - May 20, 2013

[…] IB menamakan salah seorang yang dibayar itu adalah Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu. […]

3. mansaldama - May 22, 2013

Cerita ni telah kami dengar dari mulut Razali A Rahman, bekas ahli kanan DAP itu sendiri. Razalilah mengaku dialah orangnya yg bagi sampul wang $15 ribu tiap2 bulan itu kpd Mat Sabu. Adalah menjadi amalan musuh dlm n luar negara menjadikan org ketiga menjalan suruhan yg menjadi barwah mereka, dikenal sebagai PROKSI – talibarut mereka. Mereka tidak akan terlibat secara langsung akan segala kegiatan durjana yg dilakukan mereka. Tunggu n dengar cerita 3 dalang yg menyebabkan apa yg berlaku di Lahad Datu tak lama lagi, juga yg lain yg sedang dikesan n akan dihadapkan ke hadapan mahkamah nanti. Syabas kpd Mentri KDN baru, Zaid Hamidi. Negara perlukan org yg berani n tegas sepertinya n juga IGP baru TS Khalid A Bakar. Berlembut bukan jawapan kpd puak2 yg terus ingin memporakperandakan negara. Kita mesti tegas seperti Singapura menggunakan ISAnya, ISAKitaDipujuk mereka supaya “mencairkannya”. Itupun kita takut menggunakannya n terus mengeluarkan “warnings”. Kita tak mampu ada menteri yg tak boleh “deliver” di era yg mencabar ini. “ISA” Amerika lebih ganas dpd kita, tapi puak2 yg hedakkan segala macam “kebebasan” negara ini mengikut amalan dan contoh US itu hedak bermaharaja lela pula di negara ini. Tibalah masanya kita tolak “dmokrasi” ala-Barat, menggantikannya dgn ala-Malaysia yg jawapannya telahpun saya sediakan. Insya Allah negara akan aman dan perpaduan ummah akan terjamin. – Uncle M

4. RAHSIA DAP DI BELAKANG MALAYSIA SPRING - May 22, 2013

[…] bagi DAP dalam parti berjenama Islam itu. IB menamakan salah seorang yang dibayar itu adalah Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu. Mat Sabu pernah mengaku, ‘ada pihak tolong bayar’ kepada CN Afghani, apabila ahli […]


Leave a comment