jump to navigation

Anwar Tidak Perlu Bertanding … April 29, 2008

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
trackback

Apakah Anwar mesti bertanding mana-mana kawasan untuk ke Parlimen? Adakah ruang lain untuk Anwar menghadirkan diri di Parlimen serta mengetuai kerajaan “Harapan Baru” Malaysia?

Apabila Pakatan Rakyat mempunyai cukup bilangan wakil rakyat yang bakal meninggalkan BN, maka PR akan membentuk kerajaan baru. Kak Wan boleh menjadi Perdana Menteri wanita pertama Malaysia.

Satu kemungkinan, Anwar kemudian boleh dilantik sebagai seorang senator. Kak Wan boleh kekal menjadi PM untuk suatu ketika yang sesuai manakala Anwar boleh menjadi Menteri Kanan.

Atau Anwar terus menjadi PM sebaik sahaja dilantik sebagai senator dan Kak Wan mengundurkan diri. [Bolehkah seorang PM dilantik dari kalangan senator? Sesiapa boleh sahkan?]

Tetapi bagi Anwar yang IB kenali, tidak mungkin Anwar mahu memasuki Parlimen dengan cara yang bukan sebagai “anak Jantan”. Mengambil alih kerajaan melalui jalan mudah seperti itu tidak mungkin sesuai dengan kehebatan karisma Anwar.

Anwar tetap Anwar. DIa mempunyai pendirian tertentu yang tidak mudah menerima pandangan orang. Anwar telah melalui pelbagai cabaran kerana perbezaan pendirian dengan Mahathir dan keras dengan pendapatnya. Dia pernah di puncak kepimpinan negara dan pernah dilondehkan di hadapan orang ramai. Anwar tetap Anwar.

Sebagai seorang “politikus”, Anwar ada banyak jalan pilihan yang beliau sudah ada cuma bagi kita orang awam mungkin sukar untuk kita baca strateginya. Dia tahu kekuatan yang dia ada sekarang. Dia sekadar menunggu masa yang sesuai.

Namun, Anwar tahu bahawa kelebihan yang beliau ada sekarang mungkin tidak menyebelahinya selama-lamanya. Jika UMNO/BN dapat melakukan sesuatu yang dapat memberi kepercayaan kepada rakyat dan terutama kepada wakil-wakil rakyat mereka, maka mungkin kesempatan dan kelebihan yang Anwar ada sekarang tidak lagi menyebelahinya untuk selama-lamanya.

Anwar boleh dapat jalan mudah melalui Dewan Negara. Atau meminta mana-mana wakil rakyat PKR berkorban untuknya dengan mengosongkan mana-mana kawasan yang sesuai. Atau beliau boleh tunggu jika ada mana-mana wakil rakyat yang meninggal dunia untuk pilihan-raya kecil.

Tetapi Anwar tetap Anwar.

Sekian, IB

Comments»

1. idris rahman - April 29, 2008

PM mesti ahli dewan rakyat.

2. Muda - April 29, 2008

Perlembagaan Persekutuan menyatakan Perdana Menteri perlu di lantek daripada mana-mana ahli dewan rakyat yang mendapat sokongan majoriti didalam Parlimen . DSAI mesti bertanding didalam mana-mana kawasan Parlimen bagi membolehkan beliau dilantek sebagai Perdana Menteri Malaysia . Apa pun ,harapan rakyat adalah melihat orang yang di lupakan dan di hina nista UMNO akan menjadi PM baharu yang membawa Malaysia ke alaf baru . Lawan tetap lawan !

3. Suaratani - April 30, 2008

Saya fikir, DS Anwar akan tetap diberi laluan oleh salah seorang MP yang ada dewasa ini. Masakan tidak, kalau suatu ketika dahulu ramai penyokong beliau yang sanggup masuk penjara demi seorang Anwar, kenapa tidak hari ini?.

4. afham - May 1, 2008

sekiranya anwar berada di dalam parlimen .. sure hangat parlimen nnti..

5. ayuandetank. - May 1, 2008

Memang tidak dapat dinafikan, Malaysia amat memerlukan seorang pemimpin dan barisan kepimpinan yang mantap dan berkaliber. Jika dilihat sekarang, barisan yang ada telah semakin mereput dan membusuk.Hanya tunggu masa sahaja untuk dibuang.

Untuk itu saya mengambil kesempatan ini untuk menyarankan agar laluan yang bakal ditempuhi oleh DSAI biarlah yang baik dan terbaik. Kalau PR dipersetujui bersama dengan komponen yang ada, maka hendaknya muzakarah wajar dilakukan bersama agar keputusan yang dicapai tidak tersasar dari matlamat asalnya.

Penahannya selama 6 tahun dengan pelbagai reaksi sepanjang di dalam tahanan yang menyiksakan adalah suatu ketentuan yang telah disuratkan untuk beliau. Justeru itu, langkah-langkah yang lebih waspada wajar dirumuskan agar penempatan beliau nanti dapat diterima oleh semua. Tidak ada sebab kenapa kita semua selaku pendokong keadilan untuk semua menolak demi mencapai hasrat murni ini. Kecialilah di kalangan musuh-musuh beliau. Tetapi walau bagaimanapun, musuh ini boleh dijadikan kawan dan sahabat jika sekiranya tarbiyah yang akan dilaksanakan nanti mengikut sunnah yang telah diajarkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Lawan Tetap Lawan.

Wallahua’lam.


Leave a reply to afham Cancel reply