jump to navigation

Surat Terbuka Mahathir Kepada Tunku Abdul Rahman – 17 Jun 1969 June 15, 2008

Posted by ibrahimbaba in Mahathir, politik, UMNO.
trackback

Batu 6, Titi Gajah,
Alor Star,
17 June 1969

Y.T.M. Tunku,

Patek berasa dukachita kerana tujuan patek membuat kenyataan kepada ahkbar telah di-salah faham oleh Y.T.M. Tunku. Sa-benar-nya tujuan patek sama-lah juga dengan tujuan Tunku, ia-itu untok menyelamatkan negara ini daripada bahaya yang menganchamkam-nya.

Pendapat-pendapat Tuku berasakan kepada cherita-cherita yang di-bawa kepada telinga Tunku oleh orang-orang yang mengelilingi Tunku yang chuma suka mencherita kepada Tunku perkara2 yang mereka fikir Tunku suka atau patut dengar sahaja. Benarkan-lah patek bercherita berkenaan dengan keadaan, fikiran dan pendapat2 rakyat yang sa-benar-nya supaya Tunku dapat faham tujuan patek menbuat kenyataan yang di-tegor-itu.

Tunku biasa cherita kepada patek sendiri ia-itu. Tunku mengelakkan rusohan dengan menahan hukum bunoh yang di-jatohkan kepada 11 orang subversif China. Sabenar-nya tindakan Tunku ini-lah yang mengakibatkan rusohan dan kematian yang berpuloh kali banyak yang terjadi semenjak 13 Mei.

Tunku selalu “bertolak-ansor”, ia-itu memberi kepada orang2 China apa yang mereka tuntut. Punchak tolak-ansur ini ia-lah pembatalan hukum bunoh tadi. Pembatalan ini menimbulkan kemarahan yang besar oleh orang2 Melayu.

Orang2 China pula menganggap Tunku dan Kerajaan Perikatan sebagai pengechut dan lemah dan boleh di-tolak ke-sana ke-mari. Sebab itu orang2 China tidak takut lagi menolak Perikatan dan orang2 Melayu pula tidak ingin kepada Perikatan. Sebab itu orang2 China dan India mebuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.

Orang2 Melayu yang Tunku fikir tidak memberontak telah-pun menjadi gila dan mengamk sehingga nyawa mereka dan membunoh orang yang mereka benchi kerana tunku terlangsong bagi muka. Tanggong-jawab tentang mati-nya orang2 ini, Islam dan kafir, terpaksa di-letak di-atas bahu pemimpin yang salah pendapat.

Patek mohon ma’af tetapi patek ingin sampaikan perasaan orang-orang Melayu kepada Y.T.M. Tunku. Sabenar-nya, orang2 Melayu sekarang, baik PAS baik Umno, betul2 benchi pada Tunku, terutama orang2 yang di-hina-kan oleh orang China dan yang kehilangan rumah-tangga, anak-pinak, saudara-mara kerana tolak ansur Tunku.

Mereka kata Tunku chuma ingin di-kenal sebagai “The Happy Prime Minister” walau-pun ra’ayat mederita. Mereka tahu bahawa dalam deadaan dharurat-pun Tunku ashek bermain poker dengan kawan2 China Tunku. Budak2 polis mencherita yang Tunku mengguna-kan kenderaan dan eskot Polis untok menchari kaki poker.

Sa-balek-ny pula orang2 China tidak sedikit-pun hormat kepada Tunku. Mereka berkata Tunku “naive” dan tidak ada kaliber. Ada lagi yang mereka kata yang tak dapat patek sebut-kan. Kata2 itu datang dari semua golongan orang China, dari intelek sa-hingga China becha.

Pada masa lewat2 ini lagi satu kesan burok telah timbul. Orang2 Melayu dalam Civil Servis, dari Perm. Sec. ka-bawah, pegawai2 tentara dan polis Melayu tidak ada lagi kepercayaan dan respect kepada Tunku. Patek tahu kebanyakan mereka sokong PAS dalam undi pos. Pegawai Melayu dari Polis, tentara dan askar biasa maseh patoh kepada kerajaan oleh kerana arahan sekarang sesuai dengan kehendak mereka sendiri. Kalau Tunku mebuat apa2 yang tidak di-ingini oleh mereka, patek pechaya mereka tidak akan menurut kata Tunku.

Patek tahu Tunku taku kominis mengambil kesempatan kalau timbul kekachauan dalam negeri. Patek lebih takut kalau kerajaan mula “lose control over the armed forces”. Sa-kali ini terjadi, keadaan tidak akan puleh semula. Sampai bila-pun kerajaan civil mesti tundok kepada tentera. Tunku biasa jadi “Happy Prime Minister” tetapi orang yang akan turut ganti tak akan merasai “happines” apa2.

Patek harap Y.T.M. Tunku jangan-lah minipu diri dengan berkata “satu hari mereka akan bershukor dengan perbuatan saya”. Ta’akan yang sa-orang itu selalu betul dan yang banyak selalu salah. Patek ingin sampaikan kepada Tunku fikiran ra’ayat yang sa-benar, ia-itu masa telah lampau untuk Tunku bersara dari manjadi perdana menteri dan Ketua Umno.

Patek faham betul2 kuasa yang ada pada Tunku dan patek masih ingat nasib Aziz Ishak. Tapi patek tak akan jadi sa-orang yang bertanggong-jawab kalau patek tidak terangkan apa yang patek sebut-kan. Kalau di-penjara sa-kali-pun patek terpaksa kata apa yang patek telah kata-kan.

Patek di-beritahu ia-itu Tunku berkata patek Pakistani. Patek tidak perchaya kata2 orang kerana patek Y.T.M. Tunku tidak akan berkata begitu. Patek-lah yang selalu mempertahan-kan Tunku apabila orang2 PAS kata yang Tunku anak Siam yang ta’berhak memimpin orang Melayu. Jadi Tunku juga akan merpertahan-kan patek walau-pun maseh ada dua sudu darah dara Pakistani dalam tubuh badan patek.

Patek sa-kali lagi mengulangkan ia-itu kenyataan yang patek buat itu ia-lah menchegah kejadian yang akan menambah perasaan benchi orang2 Melayu terhadap kerajaan dan menggalak-kan orang2 China menjatohkan lagi maruah orang2 Melayu. Rusohan yang lebeh besar akan berlaku jika ini di-biarkan. Tentera sendiri tidak akan dapat di-kawal. Dan lagi kalau T.H. Tan dan dewan orang China boleh membuat kenyataan, kenapa keuta2 UMNO tidak boleh?

Patek menulis surat ini dengan hati yang ikhlas dan harapan bahawa Y.T.M. Tunku akan bacha surat ini dengan sa-penoh-nya sendiri. Patek berdo’a ke-hadhrat Allah subhanahuwataala supaya di-buka hati Tunku menerima kenyataan yang sa-benar ini walau-pun pahit dan pedas.

Patek Yang Ikhlas

(Dr Mahathir bin Muhammad)

********************************

Nota – sekadar menyiarkan semula surat yang ditulis oleh Mahathir hampir 30 tahun lalu. Surat ini telah disiarkan beberapa kali sebelum ini oleh pelbagai laman sesawang.

About these ads

Comments»

1. zacky - June 19, 2008

Kebenaran tetap kebenaran walaupun sugguh pahit untuk ditelan. surat ini ingin memberitahu pemimpin di zaman itu kebenaran yang tidak dapat dilihat oleh beliau kerana dikelilingi oleh kaki ampu yang hanya tahu mengangguk kepala Yes Boss! dengan niat untuk menjaga periuk nasi sendiri. Saya rasa sungguh terharu kerana Tun Mahathir telah menyampaikan kebenaran sebelum terlewat. Kini, masih adakah pemimpin yang betul-betul memikirkan nasib rakyat, yang dapat merasai gelora di dalam masyarakat? Di luar kelihatan aman, ibarat api dalam sekam. Saban hari di mana-mana sahaja desas-desus membicarakan sosio ekonomi dan politik semasa. Masing-masing seakan tunggu dan lihat. Orang yang di atas belum bertindak apa-apa. Menteri-menteri pun mcm tak ada fungsi. Asyik cakap yang baik dan manis-manis sahaja bila keluar muka kat tv. Masyarakat sudah muak dengan cerita bersabar dan terima sahaja apa yang mendatang. Hidup perlu diteruskan, yang kaya semakin kaya, yang sederhana semakin bertambah hutang dan bertambah papa kedana, apa lagi yang miskin terpaksa pergi minta sedekah. Orang luar juga yang bersenang-senang di Dataran Merdeka (foreign workers la tu). Jangan dok asyik dengan misi pembangunan wilayah-wilayah, tetapi modal ciput aje. Kalau tak ada duit buat cara tak ada duit. Pepatah orang tua ada kata, ukurlah baju di badan sendiri. Kalau nak suruh rakyat berjimat cermat, orang besar ke kecik ke kenalah berjimat cermat jugak.
Cakap yang benar, biarpun sangat melukakan.

2. May 13th 1969 – The Correct View (part 1) « - May 13, 2009

[…] Mahathir at that time summarised Tunku’s decision in a stinging letter sent to the then premier in the aftermath of 13th May. He wrote, among other […]

3. May 13th 1969 – The Correct View (part 4) « - May 25, 2009

[…] politik tanahair terutama dalam kalangan orang Melayu selepas peritistiwa 13 Mei. Tunku menganggap surat Dr Mahathir kepadanya yang tersebar luas di seluruh tanahair sebagai memusnahkan seluruh pengorbanannya terhadap […]

4. Adzlan - June 15, 2009

Subhanallah. Betapa susah nya memastikan sesebuah negara itu aman. Betapa payah nya pemimpin-pemimpin terdahulu berusaha menjaga kemaslahatan negara kita Malaysia ini.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: