jump to navigation

“Now or Never” Bagi Anwar Ibrahim April 16, 2008

Posted by ibrahimbaba in Anwar, politik.
Tags: , , ,
trackback

IB tidak merujukkan tajuk ini kepada lagu Elvis Presley “It’s now or never”. Tetapi merujuk kepada satu laporan (akhir tahun lepas sebelum IB pulang ke Tanah Air) seorang journalis muda American Broadcasting Corporation (ABC), Jonathan Greenberger, yang mengulas betapa Senator Barrack Obama mesti melayakkan dirinya untuk menjadi calon Presiden parti Demokrat pada tahun ini. Jika tidak Obama boleh lupakan sahaja impian untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat itu.

Walaupun Greenberger memberi beberapa faktor keluarga dan sebab-sebab yang khusus untuk Obama, namun, bagi senario Tanah Air, Anwar Ibrahim juga MESTI melakukan sesuatu untuk menjadi Perdana Menteri atau mengetuai parti (atau Pakatan Rakyat) yang memerintah kerajaan Malaysia dalam masa terdekat jika tidak – lupakan sahaja cita-cita tersebut. It is now or never.

Kenapa IB meletakkan tempoh yang terdekat untuk Anwar berkuasa? Jika Anwar gagal menumbangkan BN dalam masa yang terdekat, peluang selepas ini mungkin mustahil untuk Anwar.

Namun, jika Anwar dapat melakukan sesuatu untuk mengambil-alih tampuk pemerintahan dalam masa terdekat, maka UMNO akan bakal berkubur – mungkin selama-lamanya.

Kita maklum bahawa kekuatan UMNO dan seluruh jenteranya adalah berasaskan wang. Dan begitulah juga komponen parti BN yang lain. Tanpa wang mereka akan lemah dan tidak mampu bergerak lagi.

Kita juga maklum bahawa sumber kewangan yang menjadi asas untuk segala jentera parti mereka adalah dari penyelewengan dana dan jentera kerajaan. Pelbagai peruntukan untuk rakyat dan pembangunan negara banyak diserapkan ke dalam jentera parti dan poket para pemimpin mereka. Pelbagai program dilaksanakan untuk memberi nama kepada “projek Barisan Nasional”. Jentera pentadbiran pelbagai jabatan dan agensi kerajaan disalahgunakan untuk kepentingan parti dan para pemimpin mereka.

Satu lagi sumber yang diperolehi mereka ialah dari syarikat-syarikat swasta yang menumpang selagi mereka berkuasa. Kita sudah lihat banyak tokoh-tokoh korporat bertukar kem bila kepimpinan parti bertukar. Mana-mana tokoh yang tersilap “kuda”, mereka akan tersungkur bila “kuda” lain yang berkuasa.

Cuba bayangkan senario di mana UMNO dan BN tidak berkuasa. Dari manakah sumber yang boleh diperolehi untuk menggerakkan jentera mereka? Apakah mungkin penyokong dan ahli di bawah bersedia untuk berkhidmat tanpa mendapat “pelincir”?

Anwar mesti bertindak segera untuk memutuskan “saluran nyawa UMNO” (akses kepada dana kerajaan tanpa batas) supaya tiada lagi daya untuk UMNO bergerak. Ahli-ahli serta pemimpin mereka hanya setia kepada “wang”.

Oleh itu, jika BN dan UMNO tumbang, mereka akan terus berkubur.

Tetapi apa kenanya dengan perlunya Anwar berkuasa sekarang. Kenapa Now or Never?

Kita maklum kesemua parti utama BN sedang bergolak. Tunjang BN ialah UMNO. UMNO adalah antara yang paling teruk bergolak [walaupun prestasi UMNO dalam PRU2008 adalah lebih baik dari PRU1999] . Isu utama pergolakkan dalam UMNO sekarang tertumpu kepada penerimaan ahli terhadap kepimpinan Pak Lah. [walaupun ada banyak lagi isu lain]

Jika dalam masa terdekat masalah ini dapat diselesaikan, sebahagian besar masalah pergolakkan dalam UMNO akan dapat diselesaikan. Orang-orang UMNO mudah lupa.

Dengan kepimpinan baru di bawah Najib [jika Ku Li tidak sempat merampas kuasa] nanti, sebahagian besar rakyat UMNO akan kembali padu di belakang pepimpin baru mereka (Najib, Ku Li atau sesiapapun). Maka kemelut yang berlaku dalam UMNO boleh reda dengan cepat apabila percaturan kepimpinan UMNO selesai dan disepakati dan ahli di”pelincir”kan.

Apabila kestabilan parti diperolehi, jentera diperkemaskan, dana kewangan yang tiada had boleh dibelanjakan, rakyat mula diulikkan kembali dan segala pentadbiran boleh berjalan baik (tidak seperti sekarang), IB yakin jika PRU berikut diadakan, BN mampu menawan kembali sebahagian besar kekalahan yang telah dialami dalam PRU2008 (walapun tidak sebaik PRU2004).

Kita masih ingat kemarahan rakyat kepada Mahathir. Apabila Pak Lah mengambil alih, rakyat rasa puashati bila Mahathir akhirnya berundur. Rakyat diulik dengan pelbagai kempen manis dan agenda “baru” Pak Lah. Dan kita sedia maklum, rakyat memberi mandat besar kepada BN dalam PRU2004.

Jika ini berlaku sekali lagi sebelum sempat Anwar menukar senario politik negara, Anwar boleh lupakan hasratnya menjadi Perdana Menteri untuk selama-lamanya.

Anwar, It is now or never!

Sekian, IB

[maaf kerana posting ini agak sedikit panjangnya dari yang biasa IB cuba kekalkan]

Comments»

1. Suaratani - April 17, 2008

IB, selain ‘pelincir’ ada satu lagi istilah yang popular ‘panadol’.

2. amir - April 17, 2008

Anwar oo..anwar..secantik orangnya, berkepak pengikutnya. Tak lari juga dari pelbagai skandal. Baik kewangan mahupun yang selainnya. Nantikan sahaja tarian si Anwar. Adakah menarikan tarian si naga dan si singa ataupun tarian cak lempong dengan rentak cha-cha-cha. Kita tungguuu…

http://www.rencahmalaysia.blogspot.com

3. mountdaweller - April 17, 2008

betul tu, sepatutnya ds anwar lebih cepat ambil alih kuasa. kalau tunggu lama memang umno akan lebih kuat dan mungkin dah boleh bersatu kembali. PR kena ambil alih kuasa sekarang semasa umno tengak kelam kabut dan berkelahi sesama sendiri. kalau dah dapat kuasa saya harap siasat semua yang patut siasat, terutama para penyangak dan penyalahgunaan kuasa semasa berkuasa. jangan dikira siapa mereka, ahli politikkah, poliskah, usahawankah. buka pekung mereka supaya rakyat tahu siapa mereka sebenarnya.

4. Harris Fadhillah - April 18, 2008

Nampaknya ada lagi juak-juak dan pencacai UMNO yang cuba memperlekehkan DSAI disini . Begitu lah perangai manusia seperti Amir dan suaratani yang mempunyai set minda yang diprogramkan oleh UMNO bahawa DSAI adalah agen Yahudi , CIA , peliwat dsb. Betul lah kata ulamaq ( bukan mamak ) bahawa hati yang berpenyakit tidak akan nampak kebaikkan dan kebenaran walaupun di tunjuk didepan mata . Begitulah keadaan fira’un yang hanya bertaubat ketika nyawa di hujong halkumnya .

Tiada gunanya pergi umrah setiap tahun seperti org-org UMNO dan boss-boss mereka tetapi bila balik masih berperangai lebih teruk daripada org bukan islam yang tahu menilai yang mana satu intan dan yang mana satu , kaca yang dipolish dan diletakkan didalam tempat yang indah .

Apapun biarlah UMNO terjun dengan labu-labunya …Biarkan ! Biarkan !

5. Genap 50 BN/Perikatan Memerintah - Bermula Era Baru « Ibrahimbaba’s Weblog - April 19, 2008

[…] Tidak lama masanya. Lebih-lebih mungkin 4-5 bulan lagi. Jika tidak, Hari Merdeka kali ini akan disambut di bawah kerajaan baru. Jika ini berlaku, hayat BN untuk kekal memerintah hanya tinggal kurang 4 bulan lagi. Apabila BN tidak lagi berkuasa, terlalu amat sukarlah untuk BN/UMNO untuk kembali memerintah. (Sebabnya di sini – “Now or Never’ Bagi Anwar Ibrahim) […]

6. Anwar Tidak Perlu Bertanding … « Ibrahimbaba’s Weblog - April 29, 2008

[…] Namun, Anwar tahu bahawa kelebihan yang beliau ada sekarang mungkin tidak menyebelahinya selama-lamanya. Jika UMNO/BN dapat melakukan sesuatu yang dapat memberi kepercayaan kepada rakyat dan terutama kepada wakil-wakil rakyat mereka, maka mungkin kesempatan dan kelebihan yang Anwar ada sekarang tidak lagi menyebelahinya untuk selama-lamanya. […]

7. Baik Juga Dana BALKIS Dipindah Ke BAKTI « Ibrahimbaba’s Weblog - April 30, 2008

[…] sekadar beberapa bulan lagi, jawatankuasa BAKTI akan bertukar tangan. Maka tidak ke mana pun dana itu … apabila Pakatan Rakyat mengambil alih. Tetapi … […]

8. Mahathir Mahukan Kredit Bila Kerajaan BN « Ibrahimbaba’s Weblog - May 20, 2008

[…] Mahathir Mahukan Kredit Bila Kerajaan BN May 20, 2008 Posted by ibrahimbaba in Anwar, Mahathir, politik. trackback Peralihan kuasa pemerintahan kerajaan Persekutuan semakin dekat. Masa untuk Anwar menggerakkan langkah berikutnya sudah hampir pasti tiba. […]

9. ucop - May 28, 2008

cakap tanpa usaha melakukan pasti tiada akan berjaya dalam mencapai sesuatu tujuan…

10. Pertembungan DSAI-Najib – Pak Lah Lega « Ibrahimbaba’s Weblog - July 7, 2008

[…] Anwar, Balasubrmanian, DSAI, Najib, Pak Lah, Saiful Bukhari, Tingkat 4 trackback Kemungkinan DSAI memimpin kerajaan baru dikira sedang memuncak sehiingga terbantut semua harapan tersebut akibat kes laporan Saiful. Benar atau tidak itu soalan […]

11. Isu Kalimah Allah – Kesian Kat Anwar … « Ibrahimbaba’s Weblog - January 27, 2010

[…] menumbangkan kerajaan BN. IB pernah kata ianya “Now or Never” Bagi Anwar Ibrahim (klik) – dan “now” tersebut semakin jauh berjalan. Walaupun sebelum ini seolah-olah […]


Leave a comment