jump to navigation

Maka Genaplah Teori RAHMAN August 30, 2010

Posted by ibrahimbaba in Anwar, Kerajaan, Melayu, politik, PRU2008, UMNO.
trackback

Satu ketika “A” dalam teori RAHMAN, sebagai huruf pertama nama Perdana Menteri Malaysia, sudah pastinya milik Anwar (DSAI). Maka ternyatalah ianya tidak benar apabila peristiwa 1998 berlaku. Anwar yang sudah pun mencium kedudukan tertinggi politik tanah air akhirnya merundum terperosok di dalam penjara.

Apabila Mahathir melantik Pak Lah menggantikan Anwar, maka terasalah kembali benarnya teori tersebut. Dengan Najib kemudiannya menjadi timbalannya, semakin yakinlah orang ramai kebenaran teori tersebut sekali lagi.

Namun, apabila keputusan PRU lepas begitu mencemaskan BN, maka bertiup kencanglah apakah mungkin RAHMAN yang disebut sebenarnya perlu di”mad”kan dengan RAHMAAN.

Maka hidup bugar kembali cita-cita penyokong Anwar bahawa “A” yang kedua bakal milik Anwar dan membuat Najib amat gusar akan peluangnya yang bagaikan tidak menjadi.

Selepas Pak Lah mengundur maka lengkaplah penggunaan huruf pertama nama perdana menteri Malaysia untuk menjadi ejaan RAHMAN serta memperkukuhkan kebenaran teori tersebut – membuat Najib selesa buat seketika.

Tetapi kini RAHMAN sudah lengkap. Apakah pula huruf atau perkataan berikutnya untuk diteorikan sebagai pertanda bagi nama perdana menteri Malaysia?

Kalaulah dikirakan Muhyuddin sebagai pengganti Najib – kot mana pula hendak diteorikan.

Atau apakah mungkin dengan lengkapnya senarai RAHMAN maka lengkaplah pemerintahan BN/Perikatan? Jika sudah lengkap maka beralihlah pula parti memerintah kepada yang bukan BN?

Kalau inilah yang bakal berlaku maka pertukaran yang terdekat menampakkan kemungkinan yang tinggi. Ramai peneliti politik meramalkan BN cemas dan peluang PR cerah dalam PRU akan datang.

Jika tren PRK lalu seperti Hulu Selangor, Bagan Pinang dan Bukit Gantang diambil kira, trennya agak ketara dari segi perkaumannya. Melayu semakin nampak beralih kembali kepada UMNO (dan komponen BN) manakala PAS tidak dapat mengekalkan jumlah undi orang Melayu tetapi dapat menambah undi dari kaum bukan Melayu. Begitu jugalah undi untuk Zaid di Hulu Selangor. Walaupun calon Melayu lawan India, polariti pengundi agak ketara. Melayu Hulu Selangor nampak berpihak kepada calon India (dan tidak menyokong calon Melayu PKR) manakala kaum Cina dan sebahagian besar India memihak calon Melayu. Polariti ini ketara memilih parti bukannya kaum calon yang bertanding.

Apakah suasana ini bakal merubah lanskap politik tanah air kita buat selamanya? Kaum bukan Melayu akan bakal menjadi penentu pemerintahan negara?

Sekian, IB

sambungnya jika sudi membaca – di sini: BN – Tun Razak Memulakan, Najib Mengakhirinya

Comments»

1. BN – Tun Razak Memulakan, Najib Mengakhirinya « Ibrahimbaba’s Weblog - August 31, 2010

[…] Posted by ibrahimbaba in Kerajaan, Melayu, PRU2008, UMNO, politik. trackback Terlanjur berbicara genapnya Teori RAHMAN dan diakhiri dengan kegusaran Najib akan kedudukan takhta pemerintahan politiknya yang kurang […]

2. KEMEGA - September 23, 2010

Aslkm Semua yang MelayuIslam sahaja,2011 genap 500yrs of peristiwa hitam Melayu 1511. So is RAHMAN teory n MOU between ulama2 n sultan2. pakistan now recovering d bencanaAlam banjir terbesar in history then by 2012, we Tanah Melayu will too! Sediakan payung sebelum hujan cuz its gonna b a hell of rollercoaster ride… Datuk Bahaman send regards. Salam99 ‘KEMEGA’blogspot


Leave a comment