jump to navigation

Menjawab: apa takut ke, nak siarkan komen yang benar???? July 9, 2008

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
add a comment

Post ini sekadar menjawab “apa takut ke, nak siarkan komen yang benar????” kiriman Bukan Profesor (khinzirjantan@yahoo.com) dalam komen terhadap “Melawan Fitnah Dengan Fitnah – Langkah Silap Anwar“.

Komen dari “Bukan Profesor” adalah seperti berikut:

Assalamualaikum,

Mungkin daripada segi kedudukan akademik, profesor Ibrahim Baba lebih tinggi ilmunya, tapi masih belum cukup, seumpama dikatakan dalam bait2 syair ilmu kita hanyalah stitis air di lautan, yang mana ilmu kita tidaklah seberapa dan banyak lagi ilmu yang kita tidak tahu!!!!

Berkenaan dengan ulasan prof di sini, saya tergerak hati dan terdtik di jantung saya menyatakan, prof seolah-olah menunjukkan kelemahan sendiri apabila menyatakan kehadiran ANWAR IBRAHIM seolah-olah mencalitkan satu lagi najis ke maruah ANWAR IBRAHIM.

Untuk pengetahuan Prof, Kerajaan MALAYSIA merupakan kerajaan yang dikuasai oleh BARISAN NASIONAL turun temurun yang dimonopoli oleh UMNO, jadi dalam Kerajaan Malaysia ini, amat susah dan amatlah sukar serta amatlah perit jika ingin menyebarkan satu tuduhan yang benar ke atas pemimpin2 dalam BARISAN NASIONAL. Buktinya? KES LINGGAM dan banyak kes lain!!!!

Saya hanya menyebut beberapa kes dan saya hanya meminta Prof berfikir kerana saya tak perlu mengajar Prof. yang terlebih pandai. Adakah Prof. ingat kes Seorang adik menteri yang dituduh dengan kes PENGEDARAN DADAH yang membawa hukuman dalam akta 39B? Prof. mungkin tahu hukuman bagi pesalah yang dikenakan hukuman atas akta 39B?

Adakah Prof. masih ingat KES CABUL yang melibatkan seorang BEKAS MENTERI UMNO yang berlaku di HAVANA CLUB? Adakah pengadunya juga melakukan FITNAH? Adakah Prof. masih ingat KES MEMALI? Sekiranya Prof. mempunyai kecerdikan yang disaduri dengan keimanan, InsyaALLAH Prof. tidak akan dimalukan dengan Artikel Prof. yang seolah-olah setaraf dengan KHAIRY JAMALUDDIN yang berkelulusan OXFORD akan tetapi kurang cerdik akalnya……
Mungkin Prof. harus paham erti kecerdikan yang sebenarnya adalah terletak pada Aqqal yang waras dan pandai memikirkan sesuatu secara matang berkaitan baik dan buruk, halal dan haram, dan sebagainya. Itulah yang dinamakan CERDIK!!!

Akhir kata, saya hanya ingin menyatakan satu perkara sahaja, ILMU TANPA AMAL IBARAT POHON TIDAK BERBUAH!!! ILMU TANPA IMAN IBARAT TANAH YANG TIADA AIR!!!!

jadi, pikir2kanlah sebelum Prof. mengulas, kerana adakah ini nilai seorang yang bernama PROFESOR di MALAYSIA????

Sungguh malu saya menjadi ANAK MALAYSIA mempunyai Prof. yang begini!!!!!

sekian, terima kasih.

Pertamanya, perlu diperbetulkan fakta bahawa IB bukan seorang profesor dan tidak pernah pula IB mengaku sedemikian. Tidaklah saya kenali mana-mana profesor yang dimaksudkan itu.

Kenapakah apabila komen kehadiran Anwar ketika Bala membuat akuan bersumpah menjadi “prof seolah-olah menunjukkan kelemahan sendiri“? Dari awal IB mengakui bahawa teguran tersebut bakal “ada yang tidak bersetuju” dan IB sekadar menyatakan realitinya kesan “dari bersama Balasubramanian pada hari pendedahan akuan bersumpah itu turut dirasai oleh Anwar”. Apakah itu tidak benar?

IB tidak pernah menyangkal bahawa “amat susah dan amatlah sukar serta amatlah perit jika ingin menyebarkan satu tuduhan yang benar ke atas pemimpin2 dalam BARISAN NASIONAL” Namun kes video Lingam ada banyak perbezaannya dengan bersama dengan tuduhan seorang manusia lain dengan apa yang disebut dalam surah An Nuur: ayat 4.

Begitu jugalah kes-kes lain yang disebut; kes dadah adik Noh Omar, kes JJ - tidak sama dengan apa yang IB takuti dalam ayat Al Quran itu tadi.

Dan tidak pernah saya mengiyakan tindakan terhadap kes Memali. Malah itu satu kesilapan yang dilakukan oleh pemerintah waktu itu. Sesiapa yang bersama mengiyakan atau menyokong tindak-tanduk membunuh tidak boleh kita maafkan. Mereka kena mohon maaf dengan keluarga yang dianiyai dan mohon ampun dengan Allah.

IB bersetuju bahawa kita perlu “pandai memikirkan sesuatu secara matang berkaitan baik dan buruk, halal dan haram“. Kita tidak boleh sembrono tanpa prinsip yang jelas. Garis panduan telah jelas.

Mungkin “Bukan Profesor” boleh rujuk tulisan-tulisan IB yang lepas, mungkin kena semak hingga ke semenjak 1998 lagi untuk memahami pendirian IB. IB masih kekal menulis walapun penulis lain datang dan pergi. Hanya tinggal kurang dari 10 orang sahaja penulis era 1998 yang kekal aktif (kalau betul pemantauan yang dibuat IB).

IB tidak dapat mengulas lanjut tiga perenggan terakhir yang disebut, kerana tidak faham di manakah hendak diletak terhadap tulisan IB tersebut.

Pendekkata, artikel asal IB mengulas dari segi strategi Anwar yang mungkin kurang teliti. Kalaulah akuan bersumpah Bala sekadar mengaitkan Altantunya dengan Razak Baginda dan dengan Najib Razak dalam hal-hal komisyen kapal selam mungkin boleh lagi IB terima. Tetapi sebahagian besar tumpuan orang terhadap akuan tersebut ialah kaitan Najib dan Altantunya serta cerita yang “explicit” serta keji yang kita ditegah dengan jelas dalam Al-Quran untuk menuduh tanpa buktinya.

Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.

Surah An Nuur ayat 4

Kerana sayangkan Anwarlah IB bersuara demikian. Anwar bukan IB kenali semalam. Persahabatan menjangkau 30 tahun itu sudah dikira lama. Sebab itulah IB menegurnya dalam perbualan telefon beberapa hari selepas peristiwa berkampung di kediaman Duta Turkey dengan kata-kata “selama ini kita berkawan dan ke sana ke mari, selalu juga kita berdua sahaja, tidak pernah perkara seperti ini timbul dan tidak pernah pula orang bercakap demikian. Anta perlu lebih teliti dengan orang sekeliling anta, tohmahan seperti ini bukan baru pertama kali” [IB masih tidak pernah panggil Anwar dengan Datuk Seri - kecuali dalam majlis rasmi - itulah keakraban kami].

Terima kasih kepada “Bukan Profesor” yang sudi memberi komen dan kita tidak semestinya bersetuju dengan segalanya kecuali hal-hal keEsaan Allah Azzawajalla dan keRasulan Nabi Muhammad s.a.w. serta ajaran Baginda.

Sekian, IB

Teguran buat “Bukan Profesor” - kita bila memilih nama untuk anak, kita dinasihatkan mencari nama-nama baik. Di akhirat nanti kita akan dipanggil dengan nama yang diguna di dunia ini. Rasanya adalah baiknya saudara mencari nama lain untuk emel saudara (khinzirjantan@yahoo.com). Khinzir itu bukan sejenis binatang yang elok untuk kita sabitkan dengan diri kita.

Melawan Fitnah Dengan Fitnah – Langkah Silap Anwar July 7, 2008

Posted by ibrahimbaba in Anwar, UMNO, politik.
Tags: , , , , , ,
3 comments

Apabila Bala membuat akuan bersumpahnya membabitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya dan beberapa pendedahan “explicit” dan keji yang lain, ada yang bersorak kerana dikatakan memerangkapkan Najib dan merasakan Najib sudah tersungkur.

Tetapi apakah benar begitu?

Mungkin ada kebernarannya bahawa Najib tersepit dan terpaksa berhempas pulas menangkis tuduhan dalam akuan bersumpah tersebut. Mungkin Najib mengelabah dibuat Bala.

Namun, apakah “bala” benar-benar menimpa Najib atau ianya turut terpalit terkena Anwar? Walapun mungkin ada yang tidak bersetuju, tetapi hakikatnya “bala” akibat dari bersama Balasubramanian pada hari pendedahan akuan bersumpah itu turut dirasai oleh Anwar.

Amat tidak wajar Anwar hadir sama apabila Bala membuat pendedahan tersebut. Ianya mengaitkan dengan Anwar. Walaupun tidak, seolah-olah Anwar terlibat merancangnya. Anwar kini sama-sama terbabit dengan “penyebaran fitnah” yang belum kita tahu kesahihannya.

Apa-apa pun Anwar seharusnya lebih cekap untuk tidak membabitkan dirinya dengan serangan peribadi seperti itu kerana itulah yang terkena ke atasnya. Maka tidak wajar DSAI mengguna senjata yang sama untuk menyerang balas Najib.

Sepatutnya Anwar membuat kenyataan akhbar lain di tempat berbeza selepas Bala mendedahkannya. Dan sepatutnya Bala tidak membuat kenyataan tersebut di premis PKR.

Namun, ianya sudah terjadi. Berhempas pulaslah Anwar dan PKR untuk menidakkan kaitan mereka dengan pendedahan Bala.

Sebagai orang Islam dan pemimpin yang sudah matang, Anwar tidak sepatutnya melawan fitnah dengan fitnah.

Sekian, IB

Pertembungan DSAI-Najib – Pak Lah Lega July 7, 2008

Posted by ibrahimbaba in Anwar, Melayu, UMNO, politik.
Tags: , , , , , , ,
add a comment

Kemungkinan DSAI memimpin kerajaan baru dikira sedang memuncak sehiingga terbantut semua harapan tersebut akibat kes laporan Saiful. Benar atau tidak itu soalan kedua. Berikutan dari kes tersebut, untuk tempoh yang terdekat, DSAI dan keseluruhan jentera PKR and juga Pakatan akan sibuk dengan pelbagai urusan termasuk siasatan dan akan banyak menghabiskan masa di mahkamah.

Begitulah juga Najib. Momentum yang sudah dibina untuk mencabar Pak Lah kini terhenjut. Tumpuan Najib kini teralih kepada menjawab tuduhan DSAI dan kes mahkamah. Mungkin di fikiran Najib buat masa ini lebih kepada melepaskan diri dari siasatan dan tindakan mahkamah.

Apakah kerana terzahir hasrat Najib kepada kemnya (walapun seberapa rahsia sekalipun) untuk menandingi Pak Lah untuk jawatan Presiden telah mengakibatkan laporan Bala terlaksana?

Akibat dari pertembungan Najib-Anwar dengan tuduhan fitnah dari “nominee” masing-masing disiarkan meluas, maka tumpuan kedua-dua mereka untuk menduduki kerusi PM kini teralih untuk menjawab serta menangkis tuduhan-tuduhan. Dan ianya sudah pasti membantut usaha-usaha dan perancangan asal mereka.

Anwar tidak dapat lagi mejelajah segenap negara sibuk meraih sokongan dan menyusun strategi jika tidak disertakan juga masa dan tumpuan untuk menangkis tuduhan terhadapnya.

Begitu juga Najib. DIa terpaksa perlahankan sedikit gerak-kerja menarik sokongan untuk mencabar Pak Lah kerana terpaksa menjawab tuduhan terbaru. Walaupun akuan bersumpah sudah ditarik – “damage has been done”. Hendak atau tidak Najib terpaksa menurunkan “gear”nya kerana terlalu bimbang Pak Lah akan mengguna peluang ini untuk benar-benar melemahkan asakan Najib.

Bukan sahaja kedua-dua mereka teralih tumpuan, rakyat pun tersentak dan sibuk berbicara pertembungan kedua-dua mereka ini hingga tenggelam semua isu lain.

Pak Lah pastinya tersenyum lega melihat kemelut yang dihadapi oleh lawannya dan juga oleh bakal pesaingnya. Apakah “budak-budak Tingkat 4″ ada peranan mereka dalam krisis terkini?

Sekian, IB

Semakin Banyak Bercakap Semakin Banyak Terlodeh July 4, 2008

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
5 comments

Berbalik kepada “Sifu” IB yang memberi petua “Do not volunteer information” Najib kini semakin mengelabah. Bukan setakat “body-language”nya yang terlalu banyak menimbulkan persoalan malah kata-katanya semalam turut menimbulkan banyak persoalan. Setiap kali dia membuka mulut, satu demi satu rahsia terbongkar.

Najib kata Saiful datang ke rumahnya mengadu diliwat oleh Anwar beberapa hari sebelum pengadu membuat laporan polis. Dari satu satu patah ayat ini telah banyak membongkar pelbagai persoalan.

Antaranya;

  • Kenapa mudah sangat Saiful dapat masuk ke rumah TPM?
  • Dalam kesibukan Najib - sempat untuk menerima aduan seorang “pekerja” Anwar?
  • Siapa yang membawa Saiful jumpa Najib?
  • Siapa lagi bersama TPM bila Saiful mengadu kes liwat?
  • Apakah Rosmah ada sama - sepertimana dicabar oleh Shamsul AMK?
  • Kenapa Saiful tidak lapor kepada pemimpin yang tertinggi - Pak Lah? Kenapa Najib?
  • Kenapa tidak hubungi terus pegawai polis? Najib kata dia percaya kepada sistem!
  • Kenapa Najib tidak suruh lapor sahaja kepada polis? Najib kata dia percaya kepada sistem!

Tetapi suatu “fakta” yang menimbul persoalan besar kepada IB ialah seperti berikut:

Mengikut laporan polis, Saiful dikatakan diliwat pada 26 Jun. Saiful lapor pada 28 Jun, 5.45 ptg. Najib kata Saiful jumpa dia beberapa hari sebelum buat laporan polis. Tidak mungkin 29hb. Kalau 29hb, disebut semalam. Bilakah harinya bila Najib sebut “beberapa hari” itu?

Suatu yang aneh dalam laporan polis tersebut ialah, Saiful tidak menyatakan waktu dia diliwat. Amat pelik bagi polis yang menerima laporan tidak bertanya dan meminta Saiful untuk meletakkan waktunya. Kalau kita buat laporan kemalangan, polis di kaunter akan suruh kita nyatakan waktu berlaku kemalangan!

Sebab itulah apabila kita berbohong, maka kita terpaksa berbohong lagi untuk menutupi pembohongan lampau. Dan apabila suatu pembohongan terbongkar, maka terlodeh terus yang lain, satu demi satu.

Sekian, IB

Kenapalah Najib? Kenapalah Najib? July 4, 2008

Posted by ibrahimbaba in UMNO, akhbar, politik.
Tags: , , , , , , , , ,
4 comments

IB sememangnya kerap gunakan ayat:

Once you compound a lie, you compounded the consequences

Sememangnya kata-kata yang diajar oleh seorang “sifu” IB amat bertepatan dalam kita mengharungi hidup. Tidak kira dalam kehidupan mengejar kerjaya, berpolitik, bersuami isteri (lebih-lebih lagi bila bermadu - jangan ikut kata-kata P. Ramlee mesti pandai temberang) dan terutama dengan anak-anak kita - mereka ingat sangat kata-kata kita [amat

Apabila kita berbohong, kerap kali kita terpaksa berbohong lagi demi menutup pembohongan sebelum ini dan ianya berterusan tanpa akhir.

Kenapalah Najib mengatakan bahawa Saiful hanya sekadar datang jumpa pegawai khasnya tiga bulan lalu, walhal Saiful turut datang ke rumahnya beberapa hari sebelum membuat laporan polis?

Kenapalah Najib memberitahu bahawa Saiful ke rumahnya beberapa hari sebelum membuat laporan polis - sedang dia tidak Najib sebut pada 30 Jun, semasa menafikan penglibatannya dalam kes ini. Nampak macam menyembunyi sesuatu, hari ini baru hendak diceritakan.

Kenapalah Najib mengatakan Saiful datang meminta sokongan untuk mohon biasiswa walhal Saiful sudah tercicir dari UNITEN dan tidak menuntut di mana-mana IPT pada masa itu?

Kenapalah Najib terpaksa menjawab kenyataan Shamsul AMK hanya selepas Bala membuat akuannya hari ini? Apakah Najib terpaksa menjelas pembohongan awalnya?

Selain dari petua di atas, kali ini IB ingin kongsikan satu lagi petua yang juga selalu dipesan oleh “sifu” IB:

Do not volunteer information

Di dalam suasana tertekan dengan lontaran pelbagai soalan, petang tadi, Najib terlanggar petua tersebut. Najib beberapa kali terlepas “maklumat”. Samada maklumat tersebut benar atau rekaan ianya nanti akan memakan diri beliau pula. Najib memang terlepas terlalu banyak maklumat yang bakal menghantuinya.

  • Najib memaklumkan bahawa Saiful ke kediamannya. Istimewa sungguh Saiful ini hingga dengan mudah boleh melepasi pelbagai sekatan birokrasi untuk berjumpa Najib di rumahnya!
  • Najib tidak menyuruh Saiful membuat laporan polis. Kenapakah tidak Najib nasihat sahaja Saiful buat laporan polis? Bukankah itu nasihat yang terbaik dari seorang pemimpin kepada “mangsa jenayah”?
  • Najib mencerita keadaan Saiful, reaksinya, dan beberapa lagi - itu banyak membuka pelbagai persoalan dan pelbagai andaian. Terlalu banyak mendedahkan “maklumat”.

Najib tidak wajar membiarkan wartawan terus menghujaninya dengan pelbagai persoalan. Sebab itu, antara perangai yang kurang elok ialah “mulut murai”. Bila terlalu banyak bercakap, kita terdedah kepada terlalu banyak persoalan. Demikianlah selalunya para peguam menasihatkan anak guam mereka untuk lebih baik berdiam dan menggunakan hak untuk tidak menjawab daripada menjawab dengan jawapan yang bakal membawa hujah lawan terhadap kita.

Dalam keadaan Najib pada petang semalam, Najib amat tertekan untuk memberi jawapan balasnya sebelum siaran berita perdana/utama di saluran-saluran TV menyiarkan laporan DSAI dan akuan bersumpah Bala tanpa disangkal/jawab. Sebab itu Najib terpaksa tergesa mengaturkan sesi akhbar lewat petang tadi.

Jika tidak dijawab petang ini juga (atau sekurang-kurangnya malam ini) - akan menjadi masalah kesokannya apabila semua akhbar menyiarkan laporan Bala dan DSAI tanpa pembelaan atau jawapan dari Najib. Najib mesti sangkal segera. Dengan tindakan tergesa Najib banyak terperangkap.

Tunggulah “Once you compound a lie, you compounded the consequences”

Sekian, IB

Astaghfirullah … July 3, 2008

Posted by ibrahimbaba in Kerajaan, Melayu, masalah sosial, politik.
Tags: , , , ,
3 comments

Amat mengerunkan. Dan beristighfar panjang bila IB membaca akuan bersumpah Balasubramanian, penyiasat persendirian yang diupah oleh Razak Baginda.

(Kalau nak bacalah … statutory_declaration-balasubramaniam-altantuya)

IB tidak hairan sangat dengan pendedahan bagaimana polis menutup sesetengah yang ingin mereka lindungi. Memang itu kerap kita dengar. Penyalah gunaan kuasa di kalangan pegawai dan anggota polis sudah menjadi budaya di kalangan kebanyakan mereka. Sebab itu bagi sesetengah orang yang meneliti gejala social yang berlaku – kerap kali kita dapati berlaku di kalangan anak-anak polis.

Tetapi IB AMAT TERKEJUT apabila membaca kandungan yang didedahkan oleh Bala. Terlalu “explicit” dan keji!

Jika benar apa yang diperkatakan dalam perakuan 16 muka surat itu … tidak tahu apa lagi yang ada boleh berlaku di kalangan orang-orang kenamaan kita.

Baru semalam, IB dimaklumkan peribadi dan perlakuan tidak bermoral dua orang menteri Melayu kita. Itu pun sudah menganggu fikiran IB hingga sukar untuk tidur. Perkara-perkara seperti ini amat menganggu fikiran IB kerana merenung nasib bangsa dan agama di tanah air kita nanti.

Apakah yang akan jadi pada negara, bangsa dan umat Islam kita jika dipimpin oleh mereka yang seperti ini. Apa akan jadi pada generasi berikutnya?

Astaghfirullah …

Sekian, IB

Encroachment of Muslims and Malay Rights July 2, 2008

Posted by ibrahimbaba in Anti-Islam, Islam.
Tags: , , , , , , , , , , , ,
1 comment so far

Ada sahabat-sahabat yang bertanya apakah yang IB maksudkan dengan “Ancaman demi ancaman terhadap hak Melayu dan Muslim dicabar di mahkamah kita yang ramai dari kita tidak berapa ambil peduli” di akhir penutup tulisan IB “Bilakah Ancaman Nyawa Terhadap DSAI?

Berikut IB siarkan petikan bagi maksud tersebut yang merupakan hebahan Peguam Pembela Islam yang dipetik dari laman “Membela Islam.”

Sekian, IB

************************************

Brief of issues

1. The Printing Presses And Publications Act was introduced in 1984. Under Control of Undesirable Publications of the Act ;section 7, the Kementerian dalam Negeri introduced Garis Panduan Penerbitan Kementerian Dalam Negeri (“Guidelines”).

2. A letter issued by Kementerian Dalam Negeri dated 19.05.1986 instructed and expressly among others stated that the words ‘Allah’, ‘Kaabah’, ‘Solat’ and ‘Baitullah’ shall not be used by the Herald, the Catholic-weekly; a publication belonging to the Titular Roman Catholic Church of Kuala Lumpur. Such words are deemed as sensitive to the Muslim Community and may cause disharmony, disunity and confusion among the community especially the Malay Muslim community.

3. The Church has consistently breached the Guidelines by reproducing the publication in the Herald containing the words ‘Allah’. Although they have been advised each time by the Kementerian Dalam Negeri to cease publishing the word ‘Allah’ in their publication, they have blatantly disregarded the Guideliness.

4. The Church has now sought to challenge this Guideliness through legal process by filing a Writ of Summons on 15.12.2007 for a Declaration that the Church among others;

a. That the Church is entitled to use the word ‘Allah’ in their publication;

b. That the Guideliness by the Kementerian Dalam Negeri is illegal;

c. and the use of the word ‘Allah’ is not exclusive for the religion of Islam.

5. Subsequently the Church filed application for leave dated 19.03 08 for a judicial review opposing the Guidelines which was heard and granted leave by the Court on 5.05.2008. The effect of the leave granted allows the Church to challenge the Guidelines and continue to use the word ‘Allah’ in the Church’s publication among others;

a. That the decision or stand taken by respondent on their application permit for the period 01.01.08 until 31.12.08 should not be subjected to ‘GARIS PANDUAN PENERBITAN’ dated 01.03.07 which prohibits the word “Allah” in “Herald – The Catholic Weekly” is null and void.

b. They are entitled to use the word “Allah” in “Herald – The Catholic Weekly”

c. the use of the word ‘Allah’ is not exclusive for the religion of Islam.

d. They applied for Order of Certiorari to quash the decision of the respondent based on ‘GARIS PANDUAN PENERBITAN’.

e. They applied for a stay of the decision of the respondent.

6. The decision of the judicial review and writ of summons by the Court may allow the Church not to be bound by the Guidelines and claim the right to use the word ‘Allah’ by the Christians.

7. This will open a floodgate for other Beliefs to challenge the Guidelines and use the word Allah in their practise.

8. Our response and concern at this juncture is due primarily to the confusion, uncertainty and disharmony it shall caused to the Muslim community especially the Malays who are largely practising Islam and Muslim of other races

9. The concept of Allah as understood, embraced and practised by the Muslim community in Malaysia is totally distinct and separate from the concept as understood by the Church conceptually, culturally and theologically.

10. The concept of Allah embraced by the Muslim community in Malaysia as defined in the context of Muslim and Malay tradition, culture and history is Allah in a MONOTHEIST (TAUHID) sense as opposed to the concept of TRINITY of God as understood by the Church.

11. Faced with the challenges impacting the interests and unity of the Muslims especially the Malay Muslim community, Majlis Agama Islam of States view this development with the deepest of concern and alarm and have subsequently filed applications to be admitted as interveners to the Church’s application namely in the Writ of Summon and Review.

******************************************

Seruan Peguam Pembela Islam (PPI) yang mengharapkan kita menyebarkan maklumat ini kepada yang lain:

Seruan:

Kami memohon agar umat Islam, khususnya pendukung-pendukung NGO-NGO Islam yang berkelapangan untuk hadir di Mahkamah berkenaan pada tarikh-tarikh tersebut di atas (sila ke lamannya yang menyenaraikan tarikh-tarikh penting) bagi mengikuti secara langsung perbicaraan kes-kes yang dinyatakan, demi menzahirkan keprihatinan serta memberi sokongan moral kepada perjuangan ini serta pihak-pihak yang terlibat. Kes-kes tersebut merangkumi pelbagai isu melibatkan kepentingan umat Islam dan kedudukan Islam di dalam perlembagaan persekutuan. Sebarang pertanyaan/ pengesahan kehadiran boleh berhubung dengan Hj. Zainul Rijal Abu Bakar (0192351555) atau Azril Mohd Amin (0123037110).

Bilakah Ancaman Nyawa Terhadap DSAI? July 2, 2008

Posted by ibrahimbaba in Anti-Islam, Anwar, politik.
Tags: , , , , , ,
add a comment

Satu persoalan di kalangan mereka yang tidak mudah menerima sesuatu berita secara bulat-bulat ialah “bilakah ancaman nyawa terhadap Anwar ini timbul?”

Apakah ianya timbul setelah laporan terhadap beliau oleh Saiful dibuat - sebagai mengkaburi (smokescreen) suasana laporan tersebut? Jika benar ada kesahihannya, apakah ia hanya timbul sekarang kerana laporan Saiful - kerana mungkin DSAI bakal dihumban dalam lokap dan kemungkinan berlaku seperti malam 20 September 1998? Jadi “ancaman” nyawa yang diwar-warkan ini mungkin sebagai “tindakan preemptive” Anwar supaya Polis perlu lebih berwaspada?

Atau apakah ancaman nyawa tersebut memang sudah timbul sebelum laporan Saiful ini lagi dan ianya tiada kaitan langsung pun dengan kemungkinan Anwar bakal menerima nasib seperti mana berlaku pada malam yang malang tersebut?

Yang disebut oleh DSAI, ancaman ini telah dimaklumkan kepada beliau sebelum kes terkini lagi. Malah punca ancaman juga, difahamkan, diketahui Anwar. Katanya beberapa kenalan Anwar telahpun dimaklumkan kemungkinan ini berbulan sebelum ini lagi. Wallahu a’lam.

Apakah ancaman ini benar-benar ada? Mungkin ada kebenarannya. Jika benar, dari manakah kemungkinan punca hingga ada yang benci sangat Anwar hingga sanggup mengancam nyawa seorang insan lain? Hanya apabila seseorang merasakan Anwar bakal mengancamkan kedudukannya maka mungkinlah seseorang itu bertindak hingga sedemikian rupa.

Atau mungkinkah dalam siri pembongkaran demi pembongkaran yang dibuat oleh Anwar, ada pihak-pihak tertentu terasa mengancam periuk nasi mereka. Laporan polis di Shah Alam pada 1 Julai yang dibuat Anwar mungkin juga telah diketahui bakal dibuat oleh beliau.

Atau mungkin kes penyiasatan rakaman video Lingam telah melodehkan seseorang hingga sukar untuk memaafkan Anwar dan dirasakan wajar untuk menghapuskan DSAI. Kalau dilihat nilai pasaran saham tokoh yang terlibat dalam kes tersebut agak menjunam dan bakal merudum lagi. Sememangnya Anwar mengancam periuk nasi sesetengah orang.

IB masih mencari jawapan. Namun yang pasti, peristiwa yang berlaku semenjak Sabtu lepas ini telah berjaya mengalih pandangan dan tumpuan masyarakat umum terhadap banyak lagi isu-isu yang mendesak dan amat perlu perhatian yang sewajarnya. Ancaman demi ancaman terhadap hak Melayu dan Muslim dicabar di mahkamah kita. Sayangnya tidak ramai yang benar-benar ambil peduli.

Sekian, IB

Saiful Mohon Biasiswa Bila Sudah Dibuang UNITEN? June 30, 2008

Posted by ibrahimbaba in Anwar, politik.
Tags: , , , ,
3 comments

Apabila kita berbohong, kita terpaksa mereka “fakta”. Apabila “fakta” tersebut diselidiki dan dipersoalkan, maka kita terpaksa mereka helah demi helah, tipu demi tipu untuk menutupi pemalsuan fakta yang telah dibohongi sebelum ini.

“Once you compound a lie, you compounded the consequences”

Itulah yang mungkin berlaku dalam kes tuduhan terbaru terhadap DSAI. Dikatakan Saiful Bukhari telah dibuang dari UNITEN - maknanya sudah tidak lagi menuntut di IPT. Walhal, Najib membuat kenyataan (hari ini) bahawa Saiful ke pejabat TPM untuk mohon biasiswa tiga (3) bulan lalu. Tiga bulan lalu Saiful tidak lagi menuntut di IPT. Biasiswa apa yang hendak dipohon?

Kemudian, dalam laporan lain, Saiful yang dikatakan pernah menjawat Timbalan Presiden MPP di UNITEN, telah mempunyai biasiswa semasa di universiti. Biasiswa apa lagi yang hendak diminta?

Kemudian lagi, AgendaDaily pula melaporkan bahawa selepas diperiksa dengan pegawai di pejabat TPM, gambar tersebut dirakam pada Januari 2008. Mana satu yang betul? Najib kata tiga bulan lalu - Mac 2008? Saiful mula bertugas dengan Anwar semenjak PRU2008 (Mac?). AgendaDaily kata Januari 2008! Mana yang betul?

Ini baru permulaan. Kita tunggulah nanti - pelbagai helah, fakta, pembohongan, dakwaan, dan sebagainya - akan timbul. Kita teliti kesemuanya. Jangan pula jadi pindaan tarikh seperti dulu kerana Tivoli Villa belum siap atau tilam diusung lagi.

Apa-apa pun jangan kita mudah menghukum dan perlu kita ingat dengan ayat Al Qur’an,

Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.

Surah An Nuur ayat 4

Sekian, IB

Tenggelam Semuanya Isu Lain June 30, 2008

Posted by ibrahimbaba in Anwar, Kerajaan, PRU2008, politik.
Tags: , , , , ,
2 comments

Satu demi satu isu timbul. Tetapi satu demi satu juga isu tersebut tenggelam. Dengan perkembangan terbaru DSAI, maka habis semua tenggelam isu-isu yang hangat semenjak 3-4 bulan ini. Apakah ini perancangan untuk mengalih tumpuan orang ramai (diversion) ketika pelbagai isu memuncak dan tidak mampu ditangani lagi?

Sebaik sahaja keputusan PRU2008, satu demi satu isu timbul. Hilang kepercayaan rakyat terhadap BN. Kelemahan Pak Lah sebagai ketua BN. Ada juga menyalahkan Pak Lah sebagai orang yang tidak lagi mampu memimpin UMNO.

Tumpuan selepas PRU2008 ialah kepada janji dan usaha DSAI untuk menubuhkan kerajaan PR apabila sebilangan ahli parlimen BN akan melompat masuk ke PR (ada yang kata 32 orang, ada yang kata kini sudah 48 orang dan sebagainya).

Kerajaan BN bukan sahaja tertekan dengan isu-isu tersebut. Kenaikan harga pelbagai barangan dan serta kekurangan bekalan sesetengah barangan keperluan menekankan lagi kerajaan pimpinan BN.

Namun apabila kerajaan memeranjatkan rakyat sekalian dengan kenaikan harga petrol yang mendadak baru-baru ini, ia telah mampu mengalih perbincangan umum kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan isu terbaru dihebahkan oleh Shahril Samad. Maka seluruh media dan rakyat berbincang pasal kenaikan harga barang, cara-cara hendak berjimat, pelbagai saranan mengurangkan belanja, penggunaan NGV dan sebagainya. Maka hilang habis suara yang mengamatkan suasana politik yang meminta Pak Lah letak jawatan.

Kemudian timbul pula kes Raja Petra dengan Altantuyanya. Bila Rosmah dan beberapa lagi dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya, perbicaraan mahkamah kedai kopi sudah beralih isu lagi. Kehangatan kenaikan harga barangan sudah tidak menjadi tumpuan utama - walaupun masih dibincangkan.

Kini, dengan ledakan isu terbaru, mampukah Pak Lah terselamat dan Najib merasa lega sebentar?

Sekian, IB